Nilai moratorium bayaran balik pinjaman institusi kewangan dianggarkan berjumlah RM78.14 bilion setakat 21 Ogos, 2020, kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz hari ini.
Beliau berkata, daripada angka ini, sebanyak RM27.35 bilion adalah jumlah yang dimanfaatkan oleh sektor perniagaan manakala sejumlah RM50.79 bilion lagi oleh rakyat.
Bagi mereka yang masih memerlukan lanjutan moratorium dan bantuan bank bersasar selepas 30 September 2020, institusi perbankan bersedia untuk membantu peminjam, ujar Tengku Zafrul.
"Pihak yang masih terkesan boleh mula hubungi institusi perbankan untuk berbincang dan memohon fleksibiliti pembayaran balik," kata beliau dalam Laporan LAKSANA ke-19 mengenai Pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA).
Sementara itu, untuk dana pinjaman mudah perusahaan kecil sederhana (PKS) yang dikendalikan oleh Bank Negara Malaysia, Tengku Zafrul berkata, setakat 21 Ogos 2020, jumlah permohonan yang telah diluluskan oleh bank-bank tempatan dan disetuju terima ialah RM10.2 bilion yang akan memberi manfaat kepada 22,322 PKS.
Beliau berkata, jumlah berkenaan merupakan peningkatan daripada RM10.1 bilion pada minggu lalu yang memanfaatkan 22,143 PKS.
Jumlah ini termasuk dana Kemudahan Bantuan Khas, Kemudahan Automasi dan Digital, Kemudahan Semua Sektor Ekonomi dan Kemudahan Agromakanan, jelas beliau.
"Alhamdulillah, Kemudahan Bantuan Khas telah dimanfaatkan sepenuhnya dan lebih 21,000 PKS telah menerima kemudahan ini serta berjaya membantu mengekalkan lebih 400,000 pekerjaan.
"PKS masih boleh memohon pelbagai bantuan pembiayaan seperti dana institusi perbankan dan Tabung BNM seperti Kemudahan Automasi dan Digital, Kemudahan Semua Sektor Ekonomi dan Kemudahan Agromakanan," kata beliau.
Menyentuh mengenai Bantuan Sara Hidup (BSH), Tengku Zafrul berkata, seramai 4.18 juta penerima telah berjaya menerima bayaran BSH berjumlah RM2.7 bilion yang dikreditkan terus ke dalam akaun bank mereka.
Bagaimanapun, beliau menambah, penerima BSH yang 'gagal kredit' atau bayaran tidak dapat disalurkan ke dalam akaun bank boleh menuntut secara tunai di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) sehingga 31 Disember 2020.
"Saya ingin mengingatkan bahawa permohonan rayuan BSH 2020 dibuka sehingga 6 September 2020," kata Tengku Zafrul.
Sementara itu, bagi skim pengeluaran i-Lestari di bawah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), jumlah pengeluaran kumulatif di antara April sehingga 21 Ogos, 2020, adalah sebanyak RM7.48 bilion, melibatkan 4.57 juta penerima berbanding RM7.4 bilion dengan 4.55 juta penerima pada minggu lalu.
Sehingga 21 Ogos 2020, sebanyak RM10.3 bilion telah diluluskan bagi Program Subsidi Upah yang memanfaatkan lebih 2.61 juta pekerja.
"Daripada jumlah ini, sebanyak RM8.9 bilion telah berjaya disalurkan," kata Tengku Zafrul. - BERNAMA
Bernama
Wed Sep 02 2020

Menurut Tengku Zafrul, sebanyak RM27.35 bilion adalah jumlah yang dimanfaatkan oleh sektor perniagaan manakala sejumlah RM50.79 bilion lagi oleh rakyat. - Gambar fail
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

PTPTN akan keluar kenyataan rasmi berhubung cadangan henti pembiayaan - Zambry
Zambry berkata, PTPTN akan berbuat demikian setelah meneliti beberapa aspek dan faktor secara menyeluruh sebelum membuat sebarang keputusan.

Peminjam PTPTN diseru rebut peluang insentif diskaun bayaran balik
Bagi tempoh 14 Okt 2023 hingga 31 Jan 2024, lebih 394,000 peminjam menikmati insentif dengan jumlah diskaun diberikan RM57.78 juta.

Rakyat setuju bayaran balik PTPTN adalah tanggungjawab yang perlu dipenuhi
Maklum balas itu diperoleh daripada penganjuran Hari Terbuka Pendidikan Tinggi yang berlangsung pada 23 Okt lepas.

Rebut insentif diskaun bayaran balik PTPTN hingga 31 Mei
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyeru peminjam supaya memanfaatkan insentif diskaun bayaran balik pinjaman hingga 20 peratus yang ditawarkan oleh agensi itu hingga 31 Mei ini.

Pemegang saham YNH lulus cadangan jual aset RM422.5 juta
Pelupusan aset itu akan mengukuhkan lagi lembaran imbangan kumpulan dan membolehkannya mendapat ruang bagi pembiayaan projek-projek lain.

Lebih 500,000 peminjam PTPTN tidak pernah buat bayaran balik pinjaman
Seramai 539,284 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak pernah membuat bayaran balik setakat 30 Sept lepas, menurut Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Kadar Asas Standard akan ganti Kadar Asas bermula Ogos 2022 - BNM
Kadar Asas Standard akan menggantikan Kadar Asas sebagai kadar rujukan bagi pinjaman runcit berkadar terapung baharu.

Bayaran balik pinjaman isi rumah cecah 93 peratus separuh kedua 2020
Golongan berpendapatan kurang RM3,000 sebulan terus berdepan kesukaran kewangan dengan penampan kewangan yang rendah dan leveraj yang ketara lebih tinggi.

PERMAI: Peminjam MARA boleh mohon penjadualan semula, moratorium pinjaman
Peminjam kemudahan pinjaman pelajaran MARA boleh memohon penjadualan semula atau moratorium bayaran balik pinjaman sehingga 31 Mac 2021.

PERMAI: Moratorium, pengurangan bayaran balik diteruskan sepanjang PKP
Bantuan moratorium dan pengurangan bayaran balik pinjaman akan terus disediakan sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.