Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) diminta untuk membuat kertas kerja Kabinet bagi menangani insiden lemas yang berlaku kebelakangan ini.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata kertas kerja itu akan dibentangkan oleh Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot Jaem kepada jemaah menteri untuk dibincangkan dengan lebih teliti.
"Langkah ini juga supaya penyelesaian jangka panjang dapat dicari.
"Ini penting demi keselamatan pengunjung di pantai bukan sahaja di Pantai Timur tetapi di seluruh negara dan dalam situasi yang lain," kata beliau.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan pra-pelancaran Persidangan dan Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) ke-16 dan Pameran Keselamatan Antarabangsa Asia (NATSEC) pada Selasa.
Pada Ahad, anggota Majlis Keselamatan Aktiviti Air Kebangsaan, Tan Sri Lee Lam Thye telah menuntut sebuah jabatan bertaraf penuh perlu diwujudkan bagi melaksanakan langkah pencegahan insiden lemas di air.
Hafiz Marzukhi
Tue Feb 20 2018

NIOSH telah diminta untuk membuat kertas kerja Kabinet bagi menangani insiden lemas yang berlaku kebelakangan ini foto YouTube
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pemilihan CEC DAP: Chow Kon Yeow umum bertanding
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengesahkan akan bertanding pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan depan.

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.

NIOSH nafi kontrak pengerusi tidak disambung
Tiada sebarang kenyataan atau keputusan yang dibuat NIOSH mahupun Kementerian Sumber Manusia berhubung kontrak Lee.

Segerakan langkah bendung masalah mental
Pertimbangan, pengiktirafan, perhatian dan sokongan kewangan sewajarnya perlu diberikan kepada usaha, kempen dan program kesihatan mental.

Kemurungan: Majikan perlu ambil berat, elak risiko tempat kerja
Peranan majikan di negara ini dalam mempromosikan kesedaran soal kesihatan mental di tempat kerja masih pada tahap rendah.

NIOSH diminta sedia kertas kerja tangani tragedi lemas
Kertas kerja itu akan dibentangkan oleh Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot Jaem kepada jemaah menteri untuk dibincangkan dengan lebih teliti.