BARU-baru ini, ibu bapa Allahyarham Ashraf Sinclair meluangkan masa di Jakarta menziarahi pusara arwah sempena memperingati ulang tahun kelahiran anak mereka.
Menerusi perkongsian ibu Allahyarham Ashraf, Khadijah Abdul Rahman, mereka sekeluarga menziarahi pusara arwah Ashraf Sinclair dan disertai oleh isteri arwah, Bunga Citra Lestari dan anaknya Noah.
Turut kelihatan ahli keluarga yang turut berada di pusara Allahyarham Ashraf yang terletak di Tanah Perkuburan San Diego Hills (San Diego Hills Memorial Park), Kerawang, Jawa Barat..
Tarikh ulang tahun kelahiran Allahyarham Ashraf Sinclair jatuh pada 18 September dan beliau menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Jakarta pada 18 Februari, 2020 pada usia 41 tahun.
Bunga Citra Lestrai yang juga penyanyi serta pelakon terkenal Indonesia telah memuat naik gambar Allahyarham di Instagram dengan kapsyen menyatakan rasa rindunya terhadap Allahyarham Ashraf.
Ibu arwah turut berkongsi momen-momen sebak ketika menziarahi pusara dan memaklumkan cucunya, Noah telah memimpin bacaan Yasin. Dia turut mendoakan agar arwah anak sulungnya itu ditempatkan di syurga Jannah.
Ashraf Sinclair atau nama sebenarnya, Ashraf Daniel Mohamed Sinclair mendirikan rumah tangga dengan Bunga Citra Lestari pada November 2008 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Noah Aidan Sinclair, 12.
Pada Februari 2019, Ashraf telah dilaporkan meninggal dunia ketika dalam tidur dan dipercayai mengalami serangan jantung.
Artikel asal ini diterbitkan di portal Pa & Ma
Pa and Ma
Wed Sep 21 2022
Ashraf Sinclair atau nama sebenarnya, Ashraf Daniel Mohamed Sinclair mendirikan rumah tangga dengan Bunga Citra Lestari pada November 2008 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Noah Aidan Sinclair. - foto portal Pa&Ma
Polis terima laporan gangguan seksual anggota polis terhadap aktivis pelajar
Polis menerima laporan daripada seorang aktivis pelajar yang mendakwa diganggu secara seksual oleh anggota agensi keselamatan itu ketika keterangannya direkodkan.
Penderma organ masih rendah, lebih 10,000 pesakit menunggu untuk teruskan kehidupan
Lebih 10,000 pesakit menunggu dengan penuh harapan giliran untuk menerima sumbangan organ bagi memberi peluang mereka meneruskan kehidupan.
Sebuah MPV, motosikal musnah dalam kebakaran rumah teres dua tingkat di Klang
Sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire dan motosikal Honda Dash musnah dalam kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat di Jalan Tengku Badrishah di Taman Klang Ria, Klang, petang semalam.
Serangan udara Israel di selatan Lubnan, langgar gencatan senjata
Letupan kuat kedengaran di kampung Baisariyeh, yang kemudiannya disahkan berpunca akibat serangan udara Israel.
AWANI Tonight 7 Feb 2025
AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. Govt appoints three companies for vehicle inspections
2. Jakim's advise not policy, says Govt
1. Govt appoints three companies for vehicle inspections
2. Jakim's advise not policy, says Govt
Seorang rakyat Malaysia antara 61 mangsa penipuan dalam talian diselamatkan di Myanmar
Kedutaan Malaysia di Bangkok telah mengesahkan identiti warganegara Malaysia itu dengan pihak berkuasa Thailand.
Thaipusam: Lebih 20 jalan di pusat bandar ditutup mulai Ahad - Polis
Lebih 20 jalan di sekitar ibu kota akan ditutup dan dilencongkan secara berperingkat bermula pada Ahad ini bagi memberi laluan kepada perarakan pedati bersempena dengan sambutan Thaipusam.
It's About YOUth: Creating a greener future with art
Can art inspire a greener future? Andrew Woon from Faber-Castell Malaysia and young artist Chan Ellen explore the transformative power of art in fostering environmental awareness among youth.
Liputan 5G di Sarawak capai 63.8 peratus kawasan berpenduduk - Pengurus Besar SMA
Tahun lepas juga menyaksikan SMA memperkukuh keselamatan siber untuk agensi kerajaan negeri menerusi Program CyberSarawak.
Setiausaha Agung ASEAN tegaskan komitmen perkukuh hubungan media pada sesi libat urus
Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn menegaskan komitmennya untuk memperkukuh hubungan dengan komuniti media.
"Ariel kawan baik saya" - Bunga Citra Lestari
BCL jawab tuduhan liar dia menjalin hubungan intim dengan Ariel (Noah).
Noah pimpin bacaan Yasin sempena hari jadi arwah bapanya, Ashraf Sinclair
Ibu bapa kepada Allahyarham Ashraf Sinclair mengambil penerbangan ke Jakarta untuk menziarahi pusara arwah anak sulungnya itu sempena dengan hari jadi arwah.
Dua tahun kematian Ashraf Sinclair, BCL sudah ikhlas, 'on the way' bahagia
BCL kini menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal selepas suami tercinta meninggal dunia pada 18 Februari 2020.
BCL belum terbuka hati untuk bernikah lagi
Bunga Citra Lestari atau lebih mesra disapa BCL berkata, buat masa sekarang keinginan untuk mencari pengganti Ashraf belum ada.
Bunga Citra Lestari bakal kembali bekerja Sabtu ini
Penyanyi Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) membuat keputusan untuk kembali bekerja selepas kehilangan suaminya, pelakon kelahiran Malaysia, Ashraf Sinclair pada 18 Februari lalu.