GEORGE TOWN: Sumbangan besar kaum ‘Jawi Peranakan’ di Pulau Pinang dalam sejarah pemodenan negeri itu, sesuatu yang tidak dapat dinafikan.
Peranan masyarakat Jawi Peranakan atau lebih dikenali sebagai ‘Mamak’ atau India Muslim terhadap landskap sosio-ekonomi negeri itu juga sangat signifikan.
Berikutan penghijrahan masyarakat itu dari India membawa bersama tradisi dan budaya yang sehingga kini diwarisi generasi demi generasi.
Antara warisan yang terus dipulihara dengan tertib oleh masyarakat India Muslim di Pulau Pinang ialah resepi tradisional termasuk nasi kandar yang turut menyumbang pada populariti negeri itu sebagai syurga makanan.
Selain nasi kandar, setiap kali tibanya Ramadan, juadah istimewa yang ditunggu-tunggu masyarakat negeri itu khususnya di sebelah Tanjung (bahagian pulau) ialah bubur lambuk istimewa Jawi Peranakan yang dikenali sebagai Nombu Kanji.
Lebih tepat lagi, Nombu Kanji di Masjid Kapitan Keling yang terletak di pusat bandar George Town sentiasa menggamit perhatian ramai penggemar bubur lambuk itu.
Nombu Kanji yang berwarna kuning serta dihiasi taburan daun sup dan bawang goreng yang disajikan di masjid berkenaan sepanjang bulan Ramadan sering ditunggu semua kaum di negeri itu.
Menurut tukang masak Nombu Kanji , Sakinah Bee Mohd Ali, 63, bubur istimewa yang disediakannya itu merupakan resepi turun temurun keluarganya dari India.
Kata Sakinah Bee, keenakan dan kelazatan Nombu Kanji kekal sama sejak awal tahun 1800 sehingga ke hari ini tanpa sebarang penambahan atau pengurangan.
Nombu Kanji yang dimasak oleh Sakinah Bee berbeza dengan bubur lambuk yang lain kerana menggunakan campuran 26 jenis rempah ratus , bijirin dan sayur-sayuran sahaja.
"Kita tidak menggunakan ayam, daging dan makanan laut sebaliknya, hanya menggunakan 26 jenis rempah ratus, hanya sayur-sayuran antaranya daun pudina, daun pandan, karot, kacang dal, kacang buncis, santan dan juga 'tumisan rahsia’ penyedap kanji,” kata Sakinah Bee memulakan perbualan mengenai Nombu Kanji bersama Astro AWANI.
JENDELA RAMADAN AL-MUBARAK
Dalam pertemuan dengannya di Masjid Kapitan Keling, Sakinah Bee mendedahkan resepi itu diwarisi daripada datuknya, Allahyarham Mohamad Rasul yang membawanya dari negara kelahirannya, India.
Katanya, Allahyarham Mohamad Rasul merupakan antara tukang masak yang masyhur di masjid berkenaan berdekad-dekad lalu.
Resepi Nombu Kanji diwariskan Allahyarham kepada generasi seterusnya termasuk bapa Sakinah Bee.
“Sampailah bapa saya pula meneruskan tradisi memasak bubur kanji ini dan sekarang saya pula meneruskan tradisi keluarga memasak Nombu Kanji ini.
"Saya amat berbangga kerana dapat mewarisi resepi turun temurun keluarga dari India dan sangat gembira kerana dapat berkongsi keenakan sajian ini dengan orang ramai di Masjid Kapitan Keling,” kata Sakinah Bee yang sudah 40 tahun memasak juadah tradisi di masjid tersebut selain sering menjadi pilihan ramai bagi menyediakan juadah untuk majlis-majlis perkahwinan di sekitar negeri itu.
Menurut Sakinah Bee juga, pada setiap hari sepanjang bulan Ramadan, dia akan memasak 30 kilogram
beras (bersamaan tiga periuk besar) dan mengambil masa kira-kira tiga jam untuk menyiapkan Nombu Kanji.
"Selain memasak Nombu Kanji, kita juga ada menyediakan air teh halia yang juga mendapat permintaan tinggi di kalangan jemaah masjid di sini" kata wanita kecil molek yang ramah disapa Mami Sakinah itu.
Berasal dari keluarga tukang masak, kecekapan dan kelincahan Sakinah Bee di dapur tidak perlu dipertikai kerana dia turut menjadi tukang masak jemputan di beberapa masjid lain di sekitar bandaraya ini setiap kali tiba bulan Ramadan.
Sakinah Bee juga tidak lokek berkongsi resepi kanji turun temurun keluarganya dan berharap air tangan keluarganya akan sentiasa menjadi makanan tradisi yang akan menyatu padukan semua masyarakat.
"Juadah ini memang makanan orang India Muslim tetapi sekarang semua orang makan, kalau mahu cuba memasak sendiri, resepi ini senang sangat, bahan-bahannya mudah didapati, rempah ratusnya juga mudah diperolehi," katanya lagi.
Seperti masjid-masjid lain, Masjid Kapitan Keling yang sudah berusia 221 tahun meraikan kedatangan Ramadan dengan pelbagai program yang diatur sepanjang sebulan.
Sementara itu, menurut Setiausaha Jawatankuasa Masjid Kapitan Keling, Mohamed Rizwan Abdul Ghafoor, Nombu Kanji ini lazimnya dinikmati sewaktu berbuka puasa.
Nombu Kanji juga, jelasnya, sangat sinonim dengan Masjid Kapitan Keling.
Pada setiap hari, kata beliau, sebanyak 30 kilogram beras digunakan untuk menghasilkan 600 bungkus bubuk lambuk yang diagihkan kepada semua lapisan masyarakat di pekarangan masjid sepanjang Ramadan.
“Tradisi Nombu Kanji ini atau kita sebut sebagai bubur berbuka puasa ini adalah tradisi di masjid Kapitan Keling ini sejak penubuhannya pada 1801 dan ia menjadi kegemaran masyarakat tempatan Islam dan bukan Islam.
“Dari dulu sampai hari ini kita masak kanji ini dan kita beri kepada 500 hingga 600 orang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat,” kata Mohamed Rizwan lagi.
Mohamed Rizwan berkata, bubur yang siap dibungkus itu kemudian akan diagihkan secara percuma kepada orang awam selepas solat Asar setiap hari sepanjang Ramadan.
Dewi Nur Harasha Alias
Fri Apr 08 2022
Berbeza dengan bubur lambuk yang biasa dijamah, Nombu Kanji menggunakan campuran 26 jenis rempah ratus, bijirin dan sayur-sayuran sahaja. - Gambar Astro AWANI
Nelayan hilang mungkin hanyut ke Indonesia - Maritim Malaysia
Operasi mencari dan menyelamat dua nelayan yang hilang di perairan Pulau Undan Melaka diperluaskan kepada 1,372 kilometer persegi.
Strategi pelaburan Malaysia, depani ketidaktentuan global
Misi Malaysia untuk meneroka peluang ekonomi baharu diteruskan dengan lawatan selama 5 hari Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke London, United Kingdom.
AWANI Ringkas: SPRM tahan empat lagi pegawai bank
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Calon tunggal jawatan Presiden bukti keyakinan FAM - Joehari
Joehari percaya perkhabaran positif menjadi calon tunggal menggantikan tempat Hamidin sebagai Presiden sebagai tanda keyakinan FAM kepada dirinya.
Parlimen Lembah Pantai kumpul dana RM5 juta bantu rakyat tampung kenaikan caj PPUM - Fahmi
Parlimen Lembah Pantai akan mengumpulkan dana RM5 juta tahun ini bagi menampung kenaikan kadar caj perkhidmatan Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk golongan memerlukan.
Satu kegagalan jika kita gagal kerjasama depani cabaran global - Mohamad
Kegagalan ASEAN untuk bekerjasama mendepani pelbagai cabaran global akan menjadi satu pembaziran besar.
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, itu menjadi nada utama yang ditekankan Malaysia sepanjang kepengerusiannya tahun ini.
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, itu menjadi nada utama yang ditekankan Malaysia sepanjang kepengerusiannya tahun ini.
Op Sky: Empat lagi pegawai bank ditahan SPRM
Empat lagi pegawai bank ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Jumaat berhubung sindiket pinjaman membabitkan mangsa penjawat awam.
[KOLUMNIS] Melihat dari mata burung; perspektif filem dalam ASEAN
Kementerian Luar melalui Pusat Diplomasi Bahasa & Budaya berpotensi besar untuk menjalankan kerangka yang berstruktur dalam melestari filem dan sinema dalam sebarang usaha diplomasi.
Imigresen Johor tahan 72 warga asing, tiga majikan dalam operasi di dua daerah
Jabatan Imigresen menahan 72 warga asing dan tiga majikan warga tempatan dalam serbuan di 13 buah premis sekitar daerah Muar dan Batu Pahat.
Peneraju baharu FAM mampu bawa Harimau Malaya ke peringkat lebih tinggi - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh optimis sekiranya Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayob dipilih peneraju baharu FAM.
Nombu Kanji, resepi warisan India Muslim sempena Ramadan di Pulau Pinang
Nombu Kanji ialah bubur lambuk masyarakat Jawi Peranakan sangat popular di Masjid Kapitan Keling, Pulau Pinang.