KUALA LUMPUR: Hati ibu mana yang tidak rungsing apabila anak kesayangan hilang dari pandangan matanya.
Itulah perasaan yang dialami aktres Noorkhiriah Ahmad Shapie selama beberapa jam apabila anak sulungnya, Muhammad Hudhaifah Azfaizul, 12, dilaporkan hilang awal pagi tadi di sekitar kawasan Kota Damansara.
Selain hanya berdoa kepada Allah agar menemukannya, Noorkhiriah turut memaklumkan kehilangan Hudhaifah di akaun media sosialnya dengan harapan orang ramai dapat membantu mengesannya.
Berita kehilangan Hudhaifah itu turut dikongsi beberapa selebriti lain di akaun media sosial masing-masing.
Selepas menyedari kehilangan anaknya, Noorkhiriah seakan ‘hilang arah’ seketika sehingga tubuhnya menggigil kerana takut dengan situasi itu.
“Saya tak mampu bayangkan kalau dia (anak) hilang selama lamanya," itu reaksi Noorkhiriah ketika ditanya apa yang terbayang di fikirannya saat mengetahui Hudhaifah tiada di depan mata.
Kata Noorkhiriah, paling dirisaukannya hal-hal yang tidak elok berlaku pada anaknya itu.
"Jujur saya menggigil ketakutan fikir bukan-bukan. Apa jadi kepadanya? Macam-macam berlegar dalam kepala.
"Tapi syukur, kawan suami saya menemuinya di sebuah kawasan parkir kereta beberapa jam selepas itu," ujarnya yang menyambut berita penemuan anaknya itu dengan penuh kesyukuran.
Noorkhiriah yang masyhur menerusi lakonannya dalam drama Nur berkongsi mengenai kehilangan anaknya kali terakhir dilihat berbasikal merah dan menyarung baju panas berwarna kuning tertera tulisan negara Australia.
Noorkhiriah berkahwin dengan Azfaizul Ahtan sejak 15 tahun lalu dan dikurniakan tiga cahaya mata.
Selain Hudhaifah, pasangan berkenaan juga mempunyai seorang lagi anak lelaki Muhammad Yusoff, 10, dan anak perempuan bernama Nur, 2.
Astro Awani
Thu May 20 2021
'Kehilangan' Muhammad Hudhaifah Azfaizul selama beberapa jam buatkan Noorkhiriah menggigil ketakutan bimbang perkara tidak elok terjadi pada anak sulungnya itu.
Tumpuan Sabtu – 18 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (17 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
11 pendatang tanpa izin ditahan di Muallim
Jabatan Imigresen (JIM) Perak menahan 11 pendatang tanpa izin dalam serbuan di tujuh premis perniagaan berasingan di sekitar daerah Muallim, semalam.
Bekas Datuk Bandar disyaki lulus projek, 3 yang lain terima imbuhan
Bekas Datuk Bandar yang ditahan dalam Op Ragada bersama dua wanita dan seorang lelaki pada Rabu dan semalam disyaki antara individu yang bertanggungjawab meluluskan projek diselewengkan pegawai pengurusan tertinggi sebuah stesen penyiaran di Sarawak.
Dua lelaki terlibat pelbagai jenayah di empat negeri ditahan
Dua lelaki disyaki terlibat dalam 19 siri jenayah pecah kedai dobi layan diri, samun dan curi kenderaan yang berlaku di Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur, dan Perak, ditahan polis semalam.
Polis Selangor terima 31 laporan libatkan RM2.1 juta kerugian
Polis setakat ini menerima 31 laporan membabitkan kerugian RM2.1 juta berhubung penipuan umrah di negeri itu.
Empat diberkas bersama dadah bernilai RM4.03 juta di Johor
Polis menahan empat individu dan merampas pelbagai dadah bernilai RM4.03 juta dalam serbuan di dua kondominium mewah di sekitar bandar raya ini pada 10 dan 11 Januari lalu.
Saya harap ayah ditemukan sama hidup atau mati - Anak
Anak kepada salah seorang nelayan yang dikhuatiri hilang di Pulau Undan, Melaka tengah bersedia dengan sebarang kemungkinan dan berharap pasukan penyelamat dapat membawa pulang bapanya dengan selamat.
Pahang dan UAE ganding bahu lindungi spesies harimau Malaya
Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat bercemar duli menyaksikan majlis tandatangan kerjasama strategik antara Pahang dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk melindungi harimau Malaya yang semakin kritikal populasinya.
Projek bernilai RM99.8 juta yang dibiayai oleh Tabung Pemuliharaan Spesies Mohamed bin Zayed itu memberi tumpuan kepada pemuliharaan spesies harimau, pemulihan habitat semula jadi serta pembangunan komuniti setempat.
Projek bernilai RM99.8 juta yang dibiayai oleh Tabung Pemuliharaan Spesies Mohamed bin Zayed itu memberi tumpuan kepada pemuliharaan spesies harimau, pemulihan habitat semula jadi serta pembangunan komuniti setempat.
ASEAN 2025: Malaysia akan meremajakan mekanisme utama
Malaysia juga tidak mahu terjebak dengan pertikaian kuasa-kuasa besar, sebaliknya lebih suka bekerjasama dengan negara-negara anggota yang sehaluan dan rakan dialog.
Noorkhiriah menggigil anak hilang beberapa jam
'Kehilangan'anak sulung selama beberapa jam membuatkan Noorkhiriah menggigil ketakutan.