Ahli Parlimen Parit Sulong daripada Barisan Nasional (BN) Datuk Dr Noraini Ahmad dijangka dipilih sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen pada sesi persidangan Dewan Rakyat kali ini.
Cadangan pemilihan itu disenaraikan di tempat ke sembilan dalam Aturan Urusan Mesyuarat (AUM) Dewan Rakyat yang dikeluarkan hari ini.
Aturan mesyuarat itu menyebut Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan membuat cadangan itu bagi menggantikan Ahli Parlimen Beluran Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee yang merupakan Pengerusi PAC sebelum ini.
Dilapor isu Pengerusi PAC Parlimen menjadi hangat apabila Ronald yang sebelum ini anggota UMNO Sabah, bertindak keluar daripada parti dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), satu daripada komponen Pakatan Harapan (PH), bersama enam lagi wakil rakyat UMNO Sabah tahun lalu.
Ronald yang mempertahankan kerusi Parlimen Beluran sejak lima penggal atas tiket UMNO, dipilih sebagai Pengerusi PAC Parlimen buat pertama kali daripada blok pembangkang, berikutan janji manifesto PH pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang menetapkan Pengerusi PAC Parlimen mesti dipilih dalam kalangan Anggota Parlimen pembangkang.
Ketika ditanya pemberita di lobi parlimen hari ini mengenai cadangan penggantian itu, Dr Mahathir berkata: "Kita telah berjanji anggota pembangkang (dilantik) sebagai Pengerusi PAC, tetapi apabila Kiandee tinggalkan Umno, kita tidak ada calon, jadi dia teruskan pada waktu itu.
"Kini kita sudah ada calon, kita kena tanya pada calon itu juga, sama ada beliau bersedia untuk mengambil tugas tersebut," katanya.
Sementara itu, Timbalan Pengerusi PAC Wong Kah Woh yang mengesahkan perkara itu berkata ia merupakan satu agenda dalam aturan mesyuarat, dan sekiranya aturan itu tidak berubah sehingga akhir sidang Parlimen, ia dijangka dibentang pada hari terakhir persidangan.
Juga sama ada agenda ini akan dibawa ke depan bergantung pada Parlimen, tambahnya.
Noraini ketika ditemui Bernama untuk mengulas perkara ini dengan ringkas berkata : "Tunggu sehingga usul dibawa ke Dewan Rakyat".
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 04 2019

Cadangan pemilihan itu disenaraikan di tempat ke sembilan dalam Aturan Urusan Mesyuarat (AUM) Dewan Rakyat yang dikeluarkan hari ini. - Gambar fail/BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Noraini mahu kemudi KPT selaras dengan amanah Perdana Menteri
Datuk Dr Noraini Ahmad Noraini mahu melihat prestasi pengajian tinggi meningkat di peringkat antarabangsa dan dalam negara.

Noraini Ahmad akan dilantik Pengerusi PAC baharu
Anggota Parlimen Parit Sulong daripada Barisan Nasional (BN) Datuk Dr Noraini Ahmad dijangka dipilih sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).