Kerajaan akan mengkaji semula dasar tenaga buruh asing yang ketika ini berjumlah kira-kira 2.3 juta orang di negara ini susulan pelbagai kesukaran yang dialami mereka semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan bagi membendung penularan pandemik COVID-19.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata bilangan buruh asing ini mungkin akan dapat dikawal, sekali gus membuka lebih peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.
"Meskipun begitu kita menyedari keperluan industri tertentu terhadap buruh asing bagi memenuhi tuntutan ekonomi," katanya di sini, malam tadi.
Sementara itu, Mustapa berkata pembukaan sektor ekonomi tertentu sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) hari ini dapat dapat mengelakkan ekonomi mengundur empat tahun ke belakang.
Menurutnya, sekiranya tiada sebarang tindakan diambil ekonomi akan sama seperti yang dicapai pada 2016 dan pendapatan perkapita turun kepada US$9,000 berbanding US$12,000.
"Pandemik yang melanda Malaysia dan dunia ini sangat bersejarah dalam ekonomi moden. Justeru operasi perniagaan ini diharap dapat membendung penurunan ekonomi negara," katanya.
Selain itu, katanya, PKPB turut memberi ruang kepada rakyat untuk mendapat pekerjaan dan tidak bergantung kepada Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), sekali gus meningkatkan kuasa beli.
"Kita sudah melandaikan keluk penularan COVID-19 tapi belum sepenuhnya, malah kesihatan tetap menjadi keutamaan.
"Sekarang kita masuk ke fasa mengerakkan semula ekonomi secara perlahan mengikut garis panduan ketat dan memerlukan disiplin tinggi," katanya.
Pada 27 Mac lepas kerajaan mengumumkan Pakej PRIHATIN bernillai RM250 bilion untuk meringankan beban rakyat dan komuniti perniagaan yang terjejas akibat COVID-19 serta PKP.
Mustapa berkata ada syarikat termasuk syarikat multinasional dalam sektor tekstil mengumumkan akan menghentikan operasi mereka kerana kurang mendapat permintaan dari negara-negara maju.
Menurutnya, perubahan strategi perniagaan oleh syarikat termasuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) boleh menyebabkan kehilangan pekerjaan dan pengganguran.
"Sebab itu subsidi upah ditambah baik agar majikan dapat melindungi pekerjaan. Namun kita sedar kadar pulih tidak akan berlaku serta merta," katanya.
Pada 6 April, peruntukan bagi program subsidi upah yang diumumkan pada 27 Mac lalu melalui Pakej PRIHATIN dinaikkan daripada RM5.9 bilion kepada RM13.8 bilion.
Bagi tempoh jangka masa panjang, Mustapa berkata, kerajaan sedang melihat semula industri-industri yang berkeupayaan untuk bersaing dan mengkaji insentif baharu bagi menggalakkan pelaburan asing dan tempatan.
Jaminan turut diberi terhadap pelaksanaan projek infrastruktur seperti Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) supaya menjadi 'game changer' (pembawa perubahan) yang akan mengubah lansdkap ekonomi negara.
"Rancangan Malaysia Ke-12 serta Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 akan diberi perhatian.
"Usaha meningkatkan taraf hidup rakyat diteruskan, tetapi ia hanya berlaku jika ada pertumbuhan ekonomi bermula sekarang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 04 2020
![Normal baharu: Kebergantungan terhadap buruh asing akan diperhalusi -Mustapa Normal baharu: Kebergantungan terhadap buruh asing akan diperhalusi -Mustapa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-05/81588566545_DSMustapaMohamed.jpg)
Mustapa berkata ada syarikat termasuk syarikat multinasional dalam sektor tekstil mengumumkan akan menghentikan operasi mereka kerana kurang mendapat permintaan dari negara-negara maju. Gambar fail/ Bernama
ASEAN 2025 | 7 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
![Sarawak beri lesen penjanaan tenaga solar 30 tahun kepada Zecon Sarawak beri lesen penjanaan tenaga solar 30 tahun kepada Zecon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738925130_ZeconSolar.jpg)
Sarawak beri lesen penjanaan tenaga solar 30 tahun kepada Zecon
Kerajaan Sarawak telah meluluskan permohonan lesen kepada Zecon Bhd untuk menjana tenaga solar di bawah Ordinan Elektrik Sarawak bagi membekalkan elektrik ke Taman Teknologi Hijau Kota Petra (KPGTP).
Latihan TVET homestay diperkenal sokong kepengerusian ASEAN 2025, TMM 2026 - Ahmad Zahid
Kursus khas usahawan dan program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) ‘homestay’ atau inap desa diperkenalkan bagi menyokong Kepengerusian ASEAN 2025 serta persediaan Tahun Melawat Malaysia 2026.
Kadar pengangguran di Filipina menurun pada Disember
Kadar pengangguran dalam kalangan individu berumur 15 tahun dan ke atas, berkurangan kepada 1.63 juta daripada 1.66 juta yang dicatatkan pada November 2024.
![Proton mulakan pembinaan kilang pemasangan EV pertama di Tanjung Malim Proton mulakan pembinaan kilang pemasangan EV pertama di Tanjung Malim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738920896_SaaraniMohamad.jpg)
Proton mulakan pembinaan kilang pemasangan EV pertama di Tanjung Malim
Proton Holdings Bhd (Proton) memulakan pembinaan kilang pemasangan kenderaan elektrik (EV) pertama di Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV), dekat sini dengan pelaburan berjumlah RM82 juta.
Pelarian Myanmar di Thailand menderita, AS beku bantuan kesihatan
Sekumpulan doktor dan jururawat Thailand berusaha menyelamatkan seorang pelarian Myanmar berusia 86 tahun, Adabi, di Hospital Tha Song Yang, Thailand.
Adabi yang mengidap kegagalan jantung dan pneumonia adalah antara pesakit serius yang datang ke hospital kerana perkhidmatan kesihatan di kem pelarian telah dihentikan selepas bantuan asing dihentikan oleh Amerika Syarikat.
Adabi yang mengidap kegagalan jantung dan pneumonia adalah antara pesakit serius yang datang ke hospital kerana perkhidmatan kesihatan di kem pelarian telah dihentikan selepas bantuan asing dihentikan oleh Amerika Syarikat.
Laos sasar lebih 4.3 juta pelancong asing tahun ini
Laos menetapkan sasaran untuk menarik lebih daripada 4.3 juta pelancong asing pada 2025 sebagai langkah mengukuhkan sektor pelancongan negara.
Ia merupakan peningkatan berbanding tahun lepas yang mencatatkan sebanyak 4.1 juta pelancong asing dengan perolehan pendapatan AS$1 bilion.
Ia merupakan peningkatan berbanding tahun lepas yang mencatatkan sebanyak 4.1 juta pelancong asing dengan perolehan pendapatan AS$1 bilion.
![Bekas Menteri Pengangkutan Singapura Iswaran ditahan di rumah Bekas Menteri Pengangkutan Singapura Iswaran ditahan di rumah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61728288300_SIswaran.jpg)
Bekas Menteri Pengangkutan Singapura Iswaran ditahan di rumah
Iswaran sebelum ini mengaku bersalah dan disabitkan dengan empat pertuduhan menerima barang berharga sebagai penjawat awam.
![Mangsa banjir berkurang di Sarawak, Sabah meningkat petang ini Mangsa banjir berkurang di Sarawak, Sabah meningkat petang ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738924595_BanjirKinabatangan.jpg)
Mangsa banjir berkurang di Sarawak, Sabah meningkat petang ini
Di Sarawak, jumlah keseluruhan mangsa yang ditempatkan di 21 PPS di lima bahagian negeri itu berkurang kepada 4,389 orang.
Kes rasuah di Laos meningkat, kerajaan ambil tindakan tegas
Dalam usaha menghapuskan rasuah, Kerajaan Laos telah mengambil langkah tegas selepas siasatan mendedahkan kerugian kewangan yang besar pada tahun 2024.
Tindakan ini menekankan komitmen kerajaan dalam memastikan ketelusan dan akauntabiliti dalam sektor awam.
Tindakan ini menekankan komitmen kerajaan dalam memastikan ketelusan dan akauntabiliti dalam sektor awam.
![Perang Dagang Global: Tonjolkan ASEAN sebagai rantau dagang stabil, adil - Penganalisis Perang Dagang Global: Tonjolkan ASEAN sebagai rantau dagang stabil, adil - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737481124_TBBENDERAASEAN.jpg)
Perang Dagang Global: Tonjolkan ASEAN sebagai rantau dagang stabil, adil - Penganalisis
ASEAN perlu menonjolkan kelebihannya sebagai sebuah rantau dagang yang stabil dan adil kepada semua negara-negara dunia yang mahu menjalankan perniagaan.
![Tarif elektrik baharu tidak beban pengguna domestik, ambil kira keperluan ekonomi - ST Tarif elektrik baharu tidak beban pengguna domestik, ambil kira keperluan ekonomi - ST](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738684412_SuruhanjayaTenaga.jpg)
Tarif elektrik baharu tidak beban pengguna domestik, ambil kira keperluan ekonomi - ST
Suruhanjaya Tenaga memaklumkan jadual tarif baharu yang akan dimuktamadkan itu mencerminkan kos pembekalan elektrik sebenar.
![ASEAN Coin: Berikut lima sebab mata wang digital ASEAN sukar dilaksana... ASEAN Coin: Berikut lima sebab mata wang digital ASEAN sukar dilaksana...](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738638763_ASEAN.jpg)
ASEAN Coin: Berikut lima sebab mata wang digital ASEAN sukar dilaksana...
Kepelbagaian ekonomi dan sistem kewangan di setiap negara anggota ASEAN menjadikan perjalanan ke arah penyatuan mata wang digital seragam satu proses yang kompleks namun penuh potensi.
![Sarawak antara lima negeri teratas prestasi ekonomi terbaik - Abang Johari Sarawak antara lima negeri teratas prestasi ekonomi terbaik - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737576189_AbangJohari.jpg)
Sarawak antara lima negeri teratas prestasi ekonomi terbaik - Abang Johari
Sarawak berada dalam kelompok lima negeri teratas di Malaysia dari segi prestasi ekonomi pada tahun lepas.
![GPI tafsirkan sumbangan suri rumah dalam bentuk kewangan - Penganalisis GPI tafsirkan sumbangan suri rumah dalam bentuk kewangan - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/41626698206_Mother.jpg)
GPI tafsirkan sumbangan suri rumah dalam bentuk kewangan - Penganalisis
Penunjuk Kemakmuran Tulen (GPI) memberikan gambaran menyeluruh mengenai produktiviti negara dengan mengambil kira aktiviti ekonomi dan selainnya.
![ASEAN berdepan kebimbangan akibat kadar kelahiran, kesuburan menurun ASEAN berdepan kebimbangan akibat kadar kelahiran, kesuburan menurun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61737883161_TBOrangramai.jpg)
ASEAN berdepan kebimbangan akibat kadar kelahiran, kesuburan menurun
Keadaan itu boleh menjadi masalah terhadap produktiviti ekonomi.
![China jadi pasaran runcit dalam talian terbesar dunia selama 12 tahun berturut-turut China jadi pasaran runcit dalam talian terbesar dunia selama 12 tahun berturut-turut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61731082054_onlineshopping.jpg)
China jadi pasaran runcit dalam talian terbesar dunia selama 12 tahun berturut-turut
Industri borong dan runcit di China mencatat kemajuan stabil didorong oleh pelbagai dasar.
![Suruhanjaya Eropah rancang ambil pendekatan agresif kurangkan birokrasi Suruhanjaya Eropah rancang ambil pendekatan agresif kurangkan birokrasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51737818428_EUFlag.jpg)
Suruhanjaya Eropah rancang ambil pendekatan agresif kurangkan birokrasi
Suruhanjaya itu akan melancarkan langkah yang tidak pernah dilakukan sebelum ini bagi menangani isu birokrasi.
![Indonesia wajibkan pengeksport mendepositkan keseluruhan keuntungan eksport selama setahun Indonesia wajibkan pengeksport mendepositkan keseluruhan keuntungan eksport selama setahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61737539152_TBCPOC.jpg)
Indonesia wajibkan pengeksport mendepositkan keseluruhan keuntungan eksport selama setahun
Ketetapan itu menggantikan peraturan semasa yang hanya mewajibkan deposit 30 peratus untuk tempoh minimum tiga bulan.
![BNM terus pantau inflasi domestik, prospek pertumbuhan BNM terus pantau inflasi domestik, prospek pertumbuhan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715927928_TBBNM.jpg)
BNM terus pantau inflasi domestik, prospek pertumbuhan
Gabenor Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour menegaskan pendekatan kepada dasar monetari kekal dipacu berasaskan data dan berpandangan ke hadapan.