"Di mana ada kemahuan di situ ada jalan."
Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dimanfaatkan seorang suri rumah dengan bercucuk tanam bersama ahli keluarganya di tepi kediaman mereka di Taman Keranji di sini, dalam usaha menjimatkan perbelanjaan harian.
Sehingga kini, Norhayati Derani, 45, dan anaknya Mohd Azri Haziq Azizan, 10, menanam lebih 15 jenis sayur-sayuran, antaranya cili, tomato, daun sup, bayam Brazil, pegaga, sawi, daun kunyit, kobis, kacang bendi dan sayur mayong.
Selain itu, mereka turut menanam pokok buah-buahan seperti nanas dan pisang.
"Dalam masa PKP ini, bosan kalau kita hanya duduk sahaja di ruma tanpa buat apa-apa. Jadi, saya tanam sayur di tepi rumah untuk jimat belanja.
"Disebabkan tiada kerja... kalau bercucuk tanam, dapatlah hasil. Boleh juga beri sedikit kepada jiran," katanya kepada Astro AWANI ketika ditemui.
Norhayati berkata, hasil tanamannya itu telah membuahkan hasil dengan banyak di luar jangkaannya.
Selain itu, katanya, dia juga dapat menjimatkan perbelanjaan keluarga kerana tidak perlu membeli sayur di pasar.
Menurutnya, sepanjang tempoh PKP, dia banyak menghabiskan masa terluang dengan berkebun bersama suami dan tiga anaknya.
Sementara itu, Mohd Azri yang selalu membantunya berkata, dia gembira dapat membantu ibu berkebun.
"Saya buat aktiviti seperti potong rumput, tolong emak. Walaupun tak boleh keluar rumah, tetapi sekurang-kurangnya dapat keluarkan peluh," katanya.
Adie Sufian Zulkefli
Tue Apr 21 2020
Norhayati menanam lebih 15 jenis sayur-sayuran termasuk cili, tomato, daun sup, bayam Brazil dan pegaga. Foto Astro AWANI.
TRAVEX 2025 menghimpunkan peserta dari lebih 40 negara
Penganjuran ASEAN Travel Exchange (TRAVEX) 2025 yang diadakan bersempena dengan Forum Pelancongan ASEAN (ATF) 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, menghimpunkan peserta dari 42 negara, mencerminkan jangkauan luasnya.
Syarikat pembekal sandwic kontroversi dakwa bahan mentah ada sijil halal
Syarikat itu memberitahu, penghasilan sandwic itu menggunakan roti, keju, dan kepingan daging ayam yang diperakukan halal oleh Jakim.
Malaysia perkukuh perdagangan minyak sawit, kerjasama serantau - MPOB
Malaysia komited memanfaatkan rangka kerja serantau seperti Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) ASEAN dengan negara seperti Korea Selatan, Australia dan New Zealand.
MOTAC seru negara anggota ASEAN tingkat kerjasama
Malaysia menyeru semua negara ASEAN mempertingkatkan kerjasama bagi melonjakkan sektor pelancongan di rantau ini.
Saya telah bertemu Jho Low di Abu Dhabi sebelum sertai 1MDB - Arul Kanda
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy memberitahu beliau bertemu Jho Low di Abu Dhabi, empat tahun sebelum pelantikannya ke dalam syarikat itu.
Pengerusi ASEAN 2025: Malaysia akan turut fokus isu pemerdagangan bahan buangan
Timbalan Menteri MITI, Liew Chin Tong berkata, perkara itu memerlukan kerjasama semua negara anggota ASEAN, serta negara pembekal bahan buangan di Eropah dan Amerika Utara.
ASEAN 2025: Inisiatif label 'Buatan ASEAN' untuk perdagangan serantau
Cadangan inisiatif label 'Buatan ASEAN' sempena Pengerusian ASEAN 2025, dengan matlamat meningkatkan integrasi ekonomi serantau dan mempromosikan produk berkualiti premium setanding standard antarabangsa. Langkah ini turut menekankan kerjasama antara negara anggota untuk menghapuskan halangan perdagangan dan memperkasa PMKS di rantau ini.
Perancis harap kemajuan ASEAN di bawah kepimpinan Malaysia
Perancis menyatakan komitmen untuk terus bekerjasama rapat dengan blok Asia Tenggara, berikutan peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini.
Perang dagang: ASEAN dijangka menerima manfaat terbesar
Firma penyelidikan RHB Investment Bank menjangka, manfaat terbesar akan dinikmati oleh Malaysia, Vietnam, Indonesia dan Thailand.
Harga runcit RON95 kekal, RON97 dan diesel naik lima sen
Harga runcit RON95 kekal pada RM2.05 seliter, manakala RON97 meningkat lima sen kepada RM3.38 seliter bagi tempoh 16 hingga 22 Jan.
Bermula sebagai hobi, kini ramai menikmati manfaat berkebun
Hortikultur bukan tren baharu kerana kegiatan ini sudah bertapak sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
PKPD: Aktiviti pertanian dilarang di enam kampung Orang Asli
60 pengusaha kebun sayur dalam kawasan itu diberikan permit untuk membawa keluar hasil tanaman.
Normal baharu: Norhayati berkebun tampung perbelanjaan keluarga
Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dimanfaatkan seorang suri rumah di Kuala Nerang, Kedah dengan bercucuk tanam bersama anggota keluarga.