Umat Islam di negara ini diingatkan supaya menyesuaikan diri pada bulan Ramadan tahun ini dengan normal baharu susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam usaha mencegah pandemik COVID-19.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, aktiviti solat fardu secara berjemaah dan solat Tarawih di masjid tidak akan berlaku sepanjang tempoh tersebut.
Walau bagaimanapun, katanya, ibadah tersebut boleh dilaksanakan di rumah bersama ahli keluarga.
“Kita semua hendak beribadah dalam Ramadan sebagai mana sedia kala kerana ia adalah usaha memelihara agama (hifz al-din) dalam maqasid al-syariah.
“Namun, memelihara nyawa (hifz al-nafs) juga adalah penting ketika ini. Akhirnya, kita akan dapat satu jawapan; matlamat hifz al-din takkan tercapai kecuali dengan hifz al-nafs.
“Sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), sejujurnya saya mahukan Ramadan yang terbaik untuk umat Islam di Malaysia.
“Saya bersyukur kerana anda semua amat memahami dan bersama-sama saya untuk memutuskan rantaian wabak COVID-19. Yakinlah, Allah S.W.T melihat apa yang kita lakukan, mendengar apa yang kita doakan,” katanya dalam perutusan khas sebentar tadi.
Mengulas lanjut, beliau mengakui, bahawa semestinya sukar untuk umat Islam membiasakan perkara tersebut khususnya pada bulan Ramadan.
“Namun, saya yakin ada hikmahnya.
“Kepada frontliners, sesibuk mana pun anda, jangan lupa untuk bersahur. Pada sahur itu ada barakah. Anda perlu kuat untuk kami, demi negara.
“Kepada ibu-ibu di rumah, jangan lupa ajak sekali suami dan anak-anak menyiapkan menu sahur. Barulah meriah dapur di awal pagi.
"Pastikan ada peluang walaupun sedikit untuk menunaikan solat Tahajud. Bilakah saat terakhir kita sekeluarga sama-sama menunaikan solat Tahajud dan bermunajat kepadaNya? Saya yakin, dengan Ramadan new normal ini, kita boleh sama-sama laksanakannya,” katanya.
Astro Awani
Thu Apr 23 2020

Solat Tarawih sekalipun tidak dapat dilaksanakan di masjid, masih boleh dilakukan di rumah bersama ahli keluarga, kata Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Tumpuan Isnin – 10 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (9 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sindiket penipuan: Ribuan terperangkap selepas dipaksa jadi 'scammer'
Bulan lalu, satu operasi oleh pihak berkuasa Thailand, China dan Myanmar membawa kepada pembebasan lebih 7,000 mangsa dari lokasi di mana mereka terpaksa memperdayakan orang ramai untuk melabur wang simpanan mereka.
BN tiada masalah cari calon sesuai
Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai masalah untuk mencari calon yang sesuai bagi mewakili parti itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini.
Jalan TAR meriah, warga kota buat persiapan awal Hari Raya
Meskipun baru seminggu umat Islam berpuasa, warga kota sudah memulakan persiapan awal bagi menyambut Aidilfitri.
Bagi mendapatkan suasana kemeriahan itu, kita bersama rakan setugas, Khalis Khadir yang kini berada di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.
Bagi mendapatkan suasana kemeriahan itu, kita bersama rakan setugas, Khalis Khadir yang kini berada di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 9 Mac 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 9 Mac 2025.

Mayat lelaki warga asing ditemukan terapung di Sungai Pantai
Mayat seorang lelaki warga asing ditemukan terapung di Sungai Pantai berdekatan Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Angkasapuri, pada 4.39 petang tadi.

Jumlah mangsa banjir di Sabah semakin meningkat, Sarawak kekal
Keadaan banjir di Sabah dilaporkan semakin buruk manakala jumlah mangsa di Sarawak yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) kekal malam ini.
Rodrigo dan Sara Duterte melawat Hong Kong
Bekas presiden Filipina, Rodrigo Duterte dan anak perempuannya Sara, yang merupakan Naib Presiden Filipina, melawat Hong Kong pada hujung minggu ini.

Sultan Nazrin berangkat ke Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran Negeri Perak
Majlis dimulakan dengan bacaan ayat suci al-Quran, tahlil dan doa selamat diikuti bacaan doa berbuka puasa yang dihadiri lebih 300 jemaah.

PKP: Sabah benar solat fardu berjemaah, solat Jumaat mulai 12 Feb ini - Masidi
Solat fardu berjemaah, solat Jumaat serta aktiviti keagamaan di semua masjid dan surau di Sabah dibenarkan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula Jumaat ini (12 Feb).

Bilangan jemaah solat Jumaat dan fardu di Perak ikut kapasiti ruang solat
Perak akan membenarkan pertambahan jemaah bagi solat Jumaat dan fardu di semua masjid serta surau di seluruh negeri, bermula Jumaat ini.

Perak benarkan solat berjemaah di masjid, surau mulai Jumaat
Dalam masa sama, bilangan jemaah untuk solat Jumaat juga ditambah daripada 12 kepada 40 orang, tidak termasuk pegawai masjid dan Ahli Jawatankuasa Kariah.

Kebanyakan masjid dibuka 2 Jun, solat Jumaat kekal digantung
Langkah-langkah pemutus rantaian lebih ketat yang dikuatkuasakan oleh republik ini bermula 7 April lepas bagi mengekang penularan wabak COVID-19 akan berakhir pada 1 Jun.

COVID-19: Umat Islam di Songkhla tunai solat Jumaat pertama selepas larangan
Hampir 400 umat Islam di Pekan Chana, Songkhla menunaikan solat Jumaat di Masjid Nuruddin Chana yang berlangsung selama kira-kira 20 minit.

11 lelaki ditahan ingkar PKP kerana solat terawih berjemaah
Perbuatan itu terbongkar selepas foto mereka tular di media sosial.

Normal Baharu: Umat Islam disaran biasakan Ramadan tanpa solat Tarawih di masjid
Aktiviti solat fardu berjemaah dan solat Tarawih di masjid tidak akan berlaku sepanjang tempoh tersebut.

Datuk Bandar wajibkan pekerja pejabat solat subuh berjemaah, jika tidak...
Terdapat peringatan penting bagi pihak yang tidak mahu menjalankan arahan tersebut sepanjang tempoh lima tahun ke depan.