KUALA LUMPUR: Tan Sri Mohamad Norza Zakaria hari ini mengumumkan bahawa beliau akan meletakkan jawatan sebagai Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) semasa Mesyuarat Majlis akan datang dijangka pada 24 Ogos, hanya dua minggu selepas Sukan Olimpik Paris 2024 dijadualkan dari 26 Julai hingga 11 Ogos.
Beliau berkata Timbalan Presiden I BAM Datuk V. Subramaniam akan berkhidmat sebagai pemangku Presiden sehingga Perhimpunan Agung Tahunan (AGM) pada akhir penggal semasa dijangka April hingga Jun tahun depan untuk memilih pemegang jawatan baharu.
Mohamad Norza yang menerajui BAM sejak 2017 sebelum ini mengumumkan mahu melepaskan jawatannya pada Disember 2023 dengan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dinamakan sebagai penggantinya.
Bagaimanapun, setelah dipujuk oleh Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, beliau bersetuju untuk kekal sehingga Paris 2024.
"Saya masih ingat semasa saya kata nak lepaskan jawatan, terus terang saya katakan, banyak aktiviti politik dalam persatuan. Saya akan tinggalkan lebih awal sebelum penggal tamat pada 2025. Demi mengekalkan kestabilan dan mengukuhkan apa yang kita ada pada masa ini, semua orang menerima bahawa perlu dipilih calon dalaman (sebagai pemangku Presiden).
"Saya perlu mengotakan apa yang saya kata, saya telah menunaikan apa sahaja janji yang saya buat kerana saya tidak lebih besar daripada institusi itu. Saya telah melakukan secukupnya untuk membina BAM ke tahap ia berada sekarang, kini masa Majlis memikirkan untuk pemimpin baharu akan datang, kerana saya juga ada perkara lain yang perlu dilakukan," katanya selepas Mesyuarat Majlis BAM di Arena Axiata di sini hari ini.
Beliau akan kekal sebagai Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) sehingga Sukan Olimpik Los Angeles 2028.
Ditanya mengenai pencalonan Tengku Zafrul sebagai Presiden akan datang, beliau berkata terpulang kepada ahli Majlis untuk membuat keputusan.
Sementara itu, Subramaniam bersedia memikul tanggungjawab besar yang ditinggalkan Mohamad Norza dalam meneruskan usaha beliau untuk memperkasakan lagi badan induk badminton negara itu.
"Sama ada saya mahu bertanding (untuk jawatan Presiden) atau tidak pada pemilihan akan datang, kita akan bincang kemudian. Apa yang lebih penting, saya mahu meneruskan apa sahaja kerja dan rancangan yang ditinggalkan oleh Presiden untuk BAM.
"Saya, pasukan pengurusan bersama Tan Sri dan Setiausaha Agung (Datuk Kenny Goh) telah bekerjasama dengan penaja seperti Petronas dan Yonex selama ini, kami kenal antara satu sama lain. Saya tidak fikir akan ada isu, mereka akan terus menyokong kami," katanya.
Subramaniam telah terlibat dengan Persatuan Badminton Selangor sejak 1988 sebelum mula berkhidmat sebagai Naib Presiden BAM pada 2007.
Pada Mac 2022, BAM telah menandatangani perjanjian penajaan terbesarnya dengan Petronas untuk tempoh tiga tahun, di samping perjanjian penajaan lima tahun dengan jenama badminton antarabangsa terkenal Yonex bernilai RM55 juta pada April 2021.
Mengenai perkembangan lain, Majlis BAM juga bersetuju untuk melaksanakan insentif berasaskan prestasi untuk ahli gabungan (persatuan negeri) dan sistem akreditasi kelab seperti di negara Eropah.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 25 2024

Mohamad Norza (tengah) bercakap pada sidang media selepas Mesyuarat Majlis Persatuan Badminton Malaysia (BAM) di Axiata Arena, Bukit Jalil hari ini. - Bernama

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Jalani ada peluang terajui BAM
Menurut sumber, Jalani perlu mendapatkan sekurang-kurangnya satu pencalonan untuk menjadi calon bagi menjawat jawatan Presiden BAM yang baharu.

BAM sedih dengan insiden yang menimpa Momota
Presiden BAM Datuk Seri Norza Zakaria ketika dihubungi berkata pemain itu sedang dalam tempoh pemerhatian rapi di wad Hospital Putrajaya.

Badminton Malaysia sedang harungi peralihan - Mohamad Norza
Mohamad Norza berpandangan pengunduran senior seperti beregu lelaki, Tan Wee Kiong-Goh V Shem, serta beregu campuran, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying, perlu ditangani dengan penuh profesional.