KUALA LUMPUR: Penguatkuasaan terhadap aktiviti cetak rompak perlu diubah seiring perkembangan teknologi semasa yang semakin meningkat.
Penerbit, pengarah dan aktivis Low Ngai Yuen berkata, cabaran yang mendepani pengkarya seni pada zaman teknologi canggih ketika ini memerlukan proses penguatkuasaan yang berkesan.
"Semestinya ramai yang mengatakan, kalau ada undang-undang tetapi tak ada penguatkuasaan, apa guna ada undang-undang.
"Dalam konteks penguatkuasaan, kita tahu mereka ini adalah lanun (cetak rompak). Kalau sudah namanya 'lanun', dia bukan terpampang secara jelas untuk kita tangkap mereka, ia bukan sesuatu yang senang.
"Jadi, saya faham dari segi (kekangan) penguatkuasaan. Namun, saya juga merasakan dari sudut penguatkuasaan mereka boleh guna teknologi berlainan untuk atasi masalah, kerana mereka tidak dapat pergi merata tempat untuk hentikannya," ujarnya ketika dihubungi Astro AWANI.
Jelas Low, para pemain industri bersama kerajaan dan agensi berkaitan boleh mempergiat lagi usaha dalam memastikan kandungan yang disiarkan melalui perkhidmatan media penstriman (OTT) dapat diakses dengan baik serta dikenakan caj berbaloi.
"Bayaran kita untuk OTT sudah semakin murah. Lebih kurang RM29 hingga RM55, sudah boleh akses lima skrin.
"Ini bermakna, sudah tidak ada sebab untuk orang bersusah payah pergi 'melanun', melayari atau klik situ sini untuk menonton kandungan secara tidak sah.
"Ini antara perkara yang perlu kita lakukan dan kita akan gembira menikmatinya selain para penonton tidak perlu lagi bersusah payah untuk menonton sesuatu kandungan," katanya.
Justeru, beliau berpandangan pentingnya pendidikan sivik dalam kalangan pengguna sendiri bagi memastikan setiap kandungan yang diakses adalah secara sah.
** Astro AWANI kini dalam usaha membantu industri seni tanah air membanteras cetak rompak menerusi kempen #NoToLanun. Berikan pandangan anda menggunakan tanda pagar #NoToLanun & #StopPiracyLah jika anda ingin bersama-sama membantu menyelamatkan industri seni tempatan.
Harits Asyraf Hasnan
Fri Mar 12 2021

Ngai Yuen berkata, pentingnya pendidikan sivik dalam kalangan pengguna sendiri dalam memastikan setiap kandungan yang diakses adalah secara sah. - Foto The Launchpad

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.

Bajet 2022 perlu lebih responsif terhadap golongan wanita - Ngai Yuen
Kerajaan disaran supaya bersikap lebih responsif dan tidak menyisihkan golongan wanita dalam pembentangan Bajet 2022.

#NoToLanun: Penguatkuasaan perlu diubah, mudahkan layari OTT
Pentingnya pendidikan sivik dalam kalangan pengguna sendiri dalam memastikan setiap kandungan yang diakses adalah secara sah.

Kenali pelanggan untuk luaskan pasaran
Pertanyaan saya hanya dibalas dengan senyuman yang sangat tawar. Saya tidak berpuas hati lalu meneruskan pertanyaan dalam bentuk cadangan.
![[PERSPEKTIF] Inovasi dalam segmen perniagaan kecil [PERSPEKTIF] Inovasi dalam segmen perniagaan kecil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-01/61546490566_WANITABERNIAGA.jpg)
[PERSPEKTIF] Inovasi dalam segmen perniagaan kecil
Tidak ramai peniaga yang menyedari potensi perniagaan mereka untuk berkembang pesat melalui inovasi.

HFM, WOMEN:girls tekad basmi Hepatitis menerusi filem 'Orang Itu'
Tahukah anda, 95% daripada 380,000 orang menghidapi Hepatitis C tidak sedar bahawa mereka terjangkit, terutamanya golongan gelandangan?

'Orang Itu' hasil garapan Ida Nerina, Yuen papar kisah hidup gelandangan kota
Dua nama yang tidak asing lagi, Ida Nerina dan Low Ngai Yuen bergabung tenaga menghasilkan filem yang memfokuskan kisah golongan gelandangan.

Sekolah Menengah Sri KDU bolot Junior Cammies
Anugerah Seni BOH Cameronian telah memperkenalkan kategori yang baharu iaitu Junior Cammies yang mengiktraf dan menggerakkan pencapaian pelajar-pelajar sekolah menengah dalam seni persembahan.

Teater muzikal Empress Wu menang besar
'Empress Wu' arahan Pun Kai Loon mengungguli enam dari 15 pencalonan di Anugerah Seni Boh Cameronian ke-10.
In Person: Hari Wanita Sedunia
In Person berbicara tentang Hari Wanita Sedunia bersama tetamu jemputan, Low Ngai Yuen.