KUALA LUMPUR: Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) akan memberi fokus sepenuhnya terhadap usaha menangani isu perubahan iklim kerana impaknya terutama banjir sudah menjadi bencana tahunan di negara ini.
Menterinya Nik Nazmi Nik Ahmad dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan NRECC akan terus mendepani isu berkenaan dengan terus berusaha mencari penyelesaian kepada isu yang membelenggu masa depan negara itu.
Katanya Pakatan Harapan (PH) sentiasa mengutamakan isu perubahan iklim, bukan sahaja melalui Manifesto PH tetapi juga berdasarkan cadangan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mewujudkan Jawatankuasa Khas Perubahan Iklim dan Biodiversiti yang telah dibentuk pada 4 Ogos lepas ketika Anwar masih Ketua Pembangkang.
Beliau berkata malah pembentukan NRECC yang dipertanggungjawabkan untuk menangani perubahan iklim juga merupakan bukti kerajaan kini sudah mengambil langkah segera dan positif ke arah mencorak masa depan lebih mampan.
"Dalam pada itu, NRECC pada 19 Dis 2022 juga mencadangkan kepada Speaker Dewan Rakyat, pembentukan Jawatankuasa Pilihan Alam Sekitar dan Perubahan Iklim.
"Matlamat utama Jawatankuasa Pilihan ini adalah untuk membantu kerajaan dalam mengesyorkan dasar yang jelas serta mengenal pasti kaedah mitigasi terhadap perubahan iklim.
"Kita sudah tidak boleh bergerak seperti biasa. Percayalah bahawa kami akan memperhalusi setiap komitmen kerajaan secara terperinci untuk memerangi perubahan iklim serta impaknya yang dahsyat," katanya.
Mengenai krisis bencana banjir yang sedang melanda negara ini, Nik Nazmi berkata kementeriannya akan berusaha sedaya upaya menjalankan tanggungjawab memberi bantuan bencana banjir seperti amaran awal melalui Jabatan Meteorologi Malaysia dan Jabatan Pengairan Saliran.
"Kami akan terus menyokong dan membantu mengikut keperluan setiap usaha yang dijalankan oleh kerajaan Malaysia serta agensi berkaitan.
"Kerajaan Persekutuan sedang mengambil langkah proaktif untuk membantu rakyat dan akan meningkatkan lagi respons sekiranya perlu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 24 2022
Nik Nazmi memaklumkan NRECC akan terus mendepani isu berkenaan dengan terus berusaha mencari penyelesaian kepada isu yang membelenggu masa depan negara itu. -Gambar fail/Bernama
Paras plumbum di udara Los Angeles melebihi norma 100 kali ganda akibat kebakaran - Laporan
Paras plumbum di udara Los Angeles melebihi norma sehingga 100 kali ganda akibat kebakaran, manakala paras klorin meningkat sebanyak 40 kali ganda.
Trump tandatangan perintah eksekutif tangguh larangan TikTok
Trump berusaha mencari penyelesaian untuk melindungi keselamatan negara sambil memastikan kelangsungan platform yang digunakan oleh 170 juta rakyat Amerika.
Timbalan pengarah agensi kerajaan antara ditahan bantu siasatan kes rasuah RM600,000
Dua lelaki termasuk timbalan pengarah sebuah agensi kerajaan direman enam hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM600,000.
Kementerian Komunikasi terus pastikan kebajikan pengamal media terbela - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan terus mengutamakan kebajikan dan keperluan pengamal media, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Syria selepas perang: Sebuah negara dalam mod percubaan
Syria pasca perang bukanlah destinasi pelancongan yang ideal, tetapi, ia adalah bumi yang sarat dengan pelajaran tentang ketahanan manusia.
Umairah kini artis naungan syarikat milik Siti Nurhaliza, SN Legacy
Penyanyi remaja, Ummi Umairah kini artis di bawah pengurusan syarikat milik Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, SN Legacy.
AWANI Ringkas: NACCOL mahu selesaikan isu padi, beras
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Jajaran Seksyen 2 WCE dibuka bermula tengah malam ini
Pembukaan jajaran ini dijangka mengurangkan kos operasi sektor logistik, mempermudah penghantaran barangan, dan meningkatkan daya saing Malaysia di peringkat antarabangsa.
Farid Kamil lantik peguam sebagai JKP sebutan kes cerai
Pelakon Farid Kamil melantik peguam sebagai wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) bagi sebutan kes penceraian bersama isterinya, Diana Danielle.
Tiada lagi tol percuma musim raya, pertimbang ganti mekanisme baharu
Pemberian tol percuma mungkin akan dilaksanakan sekiranya terdapat pertimbangan lain dan ia akan diumumkan dari semasa ke semasa.
Malaysia tekan kepentingan kerangka industri mineral di FMF25 - Nik Nazmi
Malaysia menekankan kepentingan kerangka industri mineral yang lestari dan keperluan untuk dunia menangani ketegangan geopolitik pada "Future Minerals Forum 2025" nanti.
Miskin tegar: 14,041 KIR dikeluarkan daripada kategori itu - Nik Nazmi
Seramai 14,041 Ketua Isi Rumah (KIR) telah dikeluarkan daripada kategori miskin tegar menerusi dua fasa tahun lepas.
Proses penggantian lif di PA Desa Rejang telah bermula - DBKL
DBKL menerusi kenyataan memaklumkan proses penggantian lif di PA Desa Rejang telah bermula secara berperingkat oleh kontraktor yang dilantik.
Sistem terbaharu MetMalaysia mampu ramal risiko bencana 14 hari lebih awal - Nik Nazmi
Jabatan Meteorologi (METMalaysia) kini menggunakan Sistem Pengkomputeran Berprestasi Tinggi bagi melakukan ramalan cuaca di negara ini.
Malaysia bukti komitmen matlamat iklim dengan dasar yang konsisten - Nik Nazmi
Malaysia memperkukuh komitmen menghadapi perubahan iklim melalui beberapa inisiatif yang konsisten bagi mengurangkan pelepasan karbon.
Malaysia desak negara maju tingkatkan pembiayaan iklim di COP29
Malaysia menempelak negara-negara maju yang sanggup membelanjakan trilion dolar untuk konflik dan peperangan tetapi menafikan pembiayaan tindakan iklim untuk negara membangun.
COP29: Malaysia dan ASEAN kukuhkan kerangka pasaran karbon untuk ekonomi mampan
Malaysia memimpin usaha membangunkan kerangka karbon menyeluruh di peringkat ASEAN, dengan inisiatif yang dimulakan oleh Kumpulan Kerja Pasaran Karbon.
Gombak-Hulu Langat Geopark diharap dapat pengiktirafan UNESCO - Nik Nazmi
Pengisytiharan Gombak-Hulu Langat (GHL) Geopark sebagai geopark kebangsaan pertama di Selangor diharap mampu menerima pengiktirafan sebagai UNESCO Global Geopark (UGGp).
6 Harimau Malaya mati dilanggar sejak 2023, habitat terganggu jadi punca - Nik Nazmi
Sebanyak enam ekor Harimau Malaya mati dilanggar kenderaan sejak tahun lalu, kata Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Pelan pengurusan hidupan liar dilaksana tangani impak projek ECRL
Pelan Pengurusan Hidupan Liar (Wildlife Management Plan) telah dilaksanakan bagi mengurangkan impak projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) kepada khazanah biodiversiti negara.