PUTRAJAYA: Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) bertekad untuk mengukuhkan agenda pemuliharaan biodiversiti di negara ini, kata Menterinya Nik Nazmi Nik Ahmad.
Beliau berkata sebagai satu daripada 17 negara yang paling kaya dengan biodiversiti, Malaysia telah pun mengambil langkah untuk mengintegrasikan Rangka Kerja Biodiversiti Global Kunming-Montreal (KMGBF) di peringkat kebangsaan berdasarkan keadaan, keutamaan dan keupayaan negara.
KMGBF bertujuan menyeru semua pihak berkepentingan bertindak untuk menghentikan dan memulihkan kehilangan biodiversiti dengan menyokong pelaksanaan kerangka biodiversiti global itu.
"Dalam hubungan ini, Malaysia menjadi negara ASEAN pertama dan antara negara parti kepada Konvensyen Kepelbagaian Biologi (CBD) yang terkehadapan dalam melaksanakan semakan semula terhadap dasar biodiversiti peringkat kebangsaan supaya selaras dengan keperluan semasa dan KMGBF.
"Biodiversiti merupakan khazanah negara yang sangat berharga dan memuliharanya adalah tanggungjawab kita bersama. Berbekalkan komitmen dan iltizam yang tinggi, saya yakin kita dapat menjalankan amanah bagi memulihara aset semula jadi kita demi kesejahteraan generasi masa kini dan masa depan," katanya dalam kenyataan hari ini bersempena dengan Hari Biodiversiti Antarabangsa (IDB).
Nik Nazmi berkata dalam usaha mengukuhkan agenda pemuliharaan biodiversiti di negara ini, pelbagai langkah progresif telah dilaksanakan melalui inisiatif nasional seperti insentif kewangan bagi konservasi biodiversiti dan hutan (EFT), Program Perlindungan dan Rondaan Biodiversiti (BP3) serta Bantuan Kerugian Harta Benda dan Tanaman Akibat Serangan Hidupan Liar.
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 2000 telah mengisytiharkan secara rasmi 22 Mei sebagai IDB bagi meningkatkan kefahaman dan kesedaran masyarakat dunia berkaitan isu-isu biodiversiti, dengan tema yang dipilih bagi tahun ini ialah 'Be part of the Plan' atau 'Jadilah Sebahagian Daripada Pelan'.
Nik Nazmi berkata bagi memeriahkan sambutan IDB, NRES telah merancang pelbagai aktiviti antaranya sesi dialog awam bagi menambahbaik pelaksanaan EFT, sesi dialog awam bagi penubuhan Pusat Biodiversiti Malaysia (MBC) dan Muzium Sejarah Alam Semula Jadi (NHM) Malaysia, sesi bual bicara dan demonstrasi serta kuiz biodiversiti.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 22 2024

Nik Nazmi berkata, sebagai satu daripada 17 negara yang paling kaya dengan biodiversiti, Malaysia telah pun mengambil langkah untuk mengintegrasikan Rangka Kerja Biodiversiti Global Kunming-Montreal di peringkat kebangsaan. - Foto Bernama

Bekas jurulatih MMA warga Iran dipenjara sembilan tahun, 20 sebatan miliki kanabis
Seorang bekas jurulatih MMA warga Iran dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun dan 20 sebatan kerana memiliki 1,858.3 gram kanabis.

BAS.MY Ipoh dilancar, tambahan laluan ke Kuala Kangsar, Kampar - Loke
Kemudahan bas henti-henti BAS.MY Ipoh dilancar hari ini di bawah Program Transformasi Bas Berhenti-henti (SBST).
AWANI Ringkas: Salah guna teknologi | Sistem keselamatan LRT berfungsi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sistem keselamatan hentian kecemasan berfungsi - Anthony
Kementerian Pengangkutan menolak tanggapan insiden di LRT Titiwangsa yang menyebabkan kematian seorang lelaki OKU penglihatan berpunca kegagalan sistem keselamatan hentian kecemasan pencerobohan penumpang.
Menteri Luar Thailand bertemu pemerintah Myanmar
Menteri Luar Thailand, Maris Sangiampongsa mengadakan pertemuan bersama pemerintah Myanmar, Jeneral Min Aung Hlaing baru-baru ini.
Kes penculikan jejas sentimen warga China terhadap Thailand
Thailand berdepan tekanan untuk mencapai sasaran kemasukan 9 juta pelancong dari China tahun ini.

Malaysia sasar capai sifar eksport MSM, tingkat keluaran produk hiliran - Johari Ghani
Daripada 19.3 juta tan MSM dihasilkan pada 2024, hanya 3 juta tan dieksport manakala selebihnya diproses menjadi produk hiliran.

Indonesia lancar dana kekayaan berdaulat bernilai AS$900 bilion
"Danantara akan menjadi pemangkin kemajuan, menghubungkan pelaburan dengan projek utama, mempercepatkan pembangunan ekonomi."

Bayaran tunggakan pencen RM1.7 bilion kiraan kasar, bukan ancaman - KPPA
Ia pengiraan kasar dibuat berdasarkan data-data sedia ada yang kini perlu dirujuk silang dengan rekod perkhidmatan dan dibuat secara bona fide.

Timor-Leste mungkin jadi anggota ke-11 ASEAN pada Oktober ini - Mohamad Hasan
Timor-Leste berkemungkinan besar menyertai ASEAN sebagai anggota tetap pada Sidang Kemuncak ke-47 ASEAN di Kuala Lumpur Oktober ini.

NRES cadang bangunkan kebun di tanah JKPTG - Nik Nazmi
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam berhasrat membangunkan kebun komuniti di tanah Persekutuan di bawah kendalian Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan.

PAC cadang NRES pinda Akta Pembangunan Mineral, kenakan tindakan perlombongan haram
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mencadangkan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) meminda Akta Pembangunan Mineral 1994 (Akta 525).

Usaha rakyatkan isu alam sekitar perlu dilaksanakan pelbagai pihak - Nik Nazmi
Ruang perbincangan mengenai isu alam sekitar haruslah dilaksanakan pelbagai pihak tanpa mengira fahaman, kepakaran dan agama.

Dakwaan negara bakal kehilangan 3.2 juta hektar hutan semula jadi diteliti - Nik Nazmi
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam akan meneliti laporan sebuah badan pemerhati alam sekitar yang mendakwa negara berisiko kehilangan kira-kira 3.2 juta hektar hutan semula jadi.

NRES tekad kukuh agenda pemuliharaan biodiversiti
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) bertekad untuk mengukuhkan agenda pemuliharaan biodiversiti di negara ini.

Malaysia perlu peruntukan sehingga RM90 bilion biayai projek tenaga kritikal 10 tahun akan datang
Malaysia memerlukan peruntukan sebanyak RM60 bilion hingga RM90 bilion untuk membiayai projek kritikal melibatkan peralihan tenaga dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Amalkan budaya kelestarian alam sekitar semasa menyambut Aidilfitri
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) menyeru orang ramai untuk mengamalkan budaya kelestarian alam sekitar ketika menyambut Aidilfitri.

NRES terus kerjasama dengan kerajaan negeri bendung aktiviti perlombongan haram
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam akan terus bekerjasama dengan kerajaan negeri dalam membendung aktiviti perlombongan haram.

Kempen 'Jom Beli Produk Hijau' diteruskan tahun ini - Nik Nazmi
Nik Nazmi berkata, kempen Jom Beli Produk Hijau selama empat bulan bermula September tahun lepas mencatatkan perkembangan positif.

Pelaksanaan projek NRES kurangkan insiden kebakaran hutan paya gambut
Nik Nazmi berkata aktiviti pencegahan kebakaran tanah gambut dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat juga dijalankan di bawah projek SMPEM.