KUALA LUMPUR: Penubuhan Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) akan membolehkan tindakan bersepadu dan segera bagi menyekat pengaliran dana selanjutnya serta mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap pelaku jenayah siber.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata NSRC telah ditubuhkan seperti yang diumumkan dalam Bajet 2023 sebagai satu daripada inisiatif bagi menangani kes-kes jenayah penipuan siber dengan lebih berkesan dan bersepadu.
Beliau berkata NSRC merupakan pusat respons setempat yang menggabungkan sumber dan kepakaran daripada Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), institusi perbankan serta syarikat perkhidmatan telekomunikasi bagi menerima laporan daripada mangsa penipuan siber.
"Bagi membolehkan pihak NSRC mengambil tindakan yang berkesan khususnya untuk menyekat pengaliran dan pelupusan wang mangsa, mereka boleh terus menghubungi talian khusus bank masing-masing berkenaan laporan insiden penipuan siber yang akan beroperasi 24 jam atau talian NSRC iaitu 997 yang akan beroperasi setiap hari termasuk cuti umum dari 8 pagi hingga 8 malam," katanya dalam kenyataan hari ini.
Wan Junaidi berkata tindakan segera menghubungi pihak bank atau NSRC adalah sangat penting bagi membolehkan tindakan menyekat pengeluaran wang mangsa selanjutnya daripada sistem perbankan.
Beliau berkata bagi memudahkan tindakan penguatkuasaan, mangsa perlu memberikan maklumat berkaitan insiden penipuan siber yang dialami semasa menghubungi pihak bank atau NSRC antaranya maklumat komunikasi antara mangsa dengan suspek dan maklumat transaksi yang membawa kepada mangsa ditipu seperti nombor akaun dan nama bank mangsa dan suspek serta jumlah dana yang terlibat.
Menurut Wan Junaidi orang ramai juga diingatkan supaya sentiasa berwaspada apabila dihubungi oleh mereka yang mengaku kononnya daripada pihak berkuasa atau berkaitan apa-apa perkhidmatan yang diragui.
"Pihak NSRC, agensi-agensi berkaitan di bawah NSRC atau bank-bank tidak akan menghubungi orang ramai untuk meminta maklumat perbankan peribadi seperti nombor pengenalan peribadi (PIN), Kod Pengesahan Transaksi (TAC), kata laluan sekali sahaja (OTP) atau kata laluan.
"Orang ramai dinasihatkan membuat semakan yang sewajarnya bagi mengesahkan keabsahan fakta-fakta jika dihubungi oleh pihak yang meminta maklumat berkenaan," katanya.
Hubungi NFCC di talian 03-88613830, PDRM di talian 03-26101222 dan BNM di talian 1-300-88-5465 untuk maklumat lanjut mengenai NSRC.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 14 2022

Wan Junaidi berkata NSRC telah ditubuhkan seperti yang diumumkan dalam Bajet 2023 sebagai satu daripada inisiatif bagi menangani kes-kes jenayah penipuan siber dengan lebih berkesan dan bersepadu. - Fail/BERNAMA

PDRM siasat video hina agama Islam
Polis sedang menyiasat sebuah video yang tular di laman sosial sejak semalam yang didakwa menghina dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap agama Islam.

Ejen haram warga asing tumpas, enam individu ditahan termasuk majikan - Imigresen
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menumpaskan ejen haram warga asing dengan menahan enam individu dalam satu operasi khas di tiga lokasi.

Ejen insurans rugi lebih RM1.5 juta terperdaya skim pelaburan berkaitan judi
Seorang ejen insurans kerugian kira-kira RM1.58 juta selepas mendakwa diperdayakan sindiket skim pelaburan berkaitan kegiatan perjudian di Singapura, tahun lepas.
Dialog Tiga Penjuru: Wanita tidak celik hal kewangan?
Realitinya, adakah benar wanita khususnya golongan B40 berdepan masalah kurangnya pengetahuan tentang hak kewangan di bawah undang-undang Syariah Malaysia?
Kekangan birokrasi dan tekanan sosial punca halang wanita dapat hak yang sewajarnya? Apa cara nak lindungi hak kewangan wanita?
Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam
Kekangan birokrasi dan tekanan sosial punca halang wanita dapat hak yang sewajarnya? Apa cara nak lindungi hak kewangan wanita?
Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam
Watsons Malaysia lancar filem Watsons Raya Terunggul, tampil watak ikonik
Watsons Malaysia memperkenalkan filem Raya 2025 berjudul Raya Terunggul, yang mengetengahkan nilai kasih sayang dan kekeluargaan sempena Syawal.

Audit penerima dana USAID, pastikan tiada campur tangan asing - Sivaraj
Kerajaan digesa memastikan tiada campur tangan asing dalam urusan politik dan pentadbiran negara menerusi bantuan dana yang disalurkan oleh Agensi Pembangunan Antarabangsa AS.
PETRONAS kerjasama dengan Energy Institute, percepat peralihan tenaga
PETRONAS menjalin kerjasama strategik dengan Energy Institute (EI), menjadikannya syarikat pertama beribu pejabat yang berpusat di Asia Tenggara menyertai badan profesional berpangkalan di United Kingdom itu sebagai rakan teknikal.
AWANI Sabah+: SYUKUR inisiatif basmi kemiskinan tegar
Kerajaan Negeri Sabah terus komited dalam usaha membasmi kemiskinan di wilayah itu melalui Program Sentuhan Kasih Rakyat atau SYUKUR yang menyediakan bantuan bulanan RM300 kepada mereka yang layak.
MWC 2025: 19 MoU dimeterai, perkukuh teknologi, digital Malaysia
Malaysia terus memperkukuh transformasi digitalnya hasil pemeteraian 19 memorandum persefahaman (MoU) antara pemain industri tempatan bersama peneraju teknologi global di sela Mobile World Congress (MWC) 2025.

Kerajaan adakan jerayawara dapatkan maklum balas RUU Pembiayaan Politik - Azalina
Kerajaan akan mengadakan jerayawara ke seluruh negara bagi mendapatkan maklum balas mengenai cadangan Rang Undang-Undang Pembiayaan Politik.

22,000 kes tipu dilaporkan kepada NSRC libat kerugian RM147 juta setakat Sept 2024
Kira-kira 22,000 kes penipuan melibatkan kerugian lebih RM147 juta dilaporkan kalangan mangsa kepada Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) setakat September 2024.

NSRC sekat RM19 bilion wang jenayah penipuan dalam talian - PM
Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) berjaya menyekat RM19 bilion wang jenayah penipuan dalam talian dan menyita sejumlah RM6 juta setakat ini, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

6,619 kes jenayah komersial babitkan kerugian RM68.5 juta di Perak
Sejumlah 6,619 kes jenayah komersial direkodkan di Perak melibatkan kerugian melebihi RM68.5 juta dari Januari hingga 31 Julai lepas.

Jururawat rugi RM88,700 akibat "phone scam"
Seorang jururawat wanita berusia 41 tahun kerugian RM88,700 selepas terpedaya dengan sindiket penipuan "phone scam" yang menyamar sebagai pegawai dari Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC).

Curi RM24.2 juta: Pemegang akaun terjejas perlu dapat bayaran balik segera - BNM
Kesemua pemegang akaun yang terjejas dalam kes kehilangan wang daripada beberapa akaun simpanan tetap melibatkan kerugian berjumlah RM24.2 juta, perlu mendapat bayaran balik dengan segera.

Menyamar pegawai NSRC: ABM dan AIBIM gesa orang ramai hati-hati
Persatuan Bank-Bank dalam Malaysia (ABM) dan Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM) menggesa orang ramai supaya lebih berhati-hati.

Menyamar pegawai NSRC, nilai kerugian lebih RM6.8 juta
Lebih RM6.8 juta nilai kerugian dicatatkan melibatkan kes penyamaran sebagai pegawai Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) sejak 1 Januari lalu.

Pemandu rugi lebih RM11,000 diperdaya 'rakan lama'
Seorang pemandu e-panggilan kerugian RM11,600 selepas diperdaya seorang individu yang menyamar sebagai rakan lamanya.

NSRC rekod kerugian berjumlah RM1.34 bilion bagi kes jenayah dalam talian - Teo
Pusat Respons Scam Kebangsaan merekodkan kerugian berjumlah RM1.34 bilion melibatkan 33,235 kes jenayah dalam talian dari 1 Jan hingga 8 Dis tahun lepas.

'Scammer' menyamar pegawai Pusat Respons Scam Kebangsaan, tipu mangsa hampir RM1 juta
Polis menerima 24 laporan berhubung kes penyamaran sebagai pegawai daripada Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) melibatkan nilai kerugian berjumlah RM729,995.20.