KUALA LUMPUR: National Task Force (NTF) yang ditubuhkan khas bagi melaksanakan Op Benteng ketika pandemik COVID-19 melanda negara pada 2020 akan dibubarkan secara rasminya pada 31 Disember ini.
Perkara itu diumumkan oleh Panglima Angkatan Tentera (PAT) Jeneral Tan Sri Affendi Buang pada Majlis Penghargaan Perkhidmatan Perkhidmatan Op Benteng yang diadakan di Wisma Pertahanan di sini hari ini.
Majlis tersebut turut dihadiri oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.
Jelas beliau, NTF yang melibatkan gabungan 18 agensi kerajaan termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta agensi lain telah berjaya melaksanakan tugas dengan cemerlang dalam mencapai misi mengekang risiko penularan wabak COVID-19 ke negara ini menerusi pencerobohan pendatang tanpa izin (PATI).
Malah katanya sepanjang tempoh Op Benteng, NTF berjaya melakukan rampasan pelbagai barangan dan aset bernilai RM1.10 bilion menerusi 7,490 tangkapan membabitkan PATI dan tekong bot warga asing.
Katanya lagi, menerusi perkongsian maklumat dan aset kesemua agensi terlibat telah membuahkan banyak kejayaan dalam mencapai misi tersebut.
Justeru, NTF telah mengemukakan beberapa cadangan penambahbaikan dalam konteks penguatkuasaan dan kawalan sempadan negara yang lebih efektif kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN).
"Kita akan perbaiki mekanisme kawalan sempadan menggunakan kaedah-kaedah NTF yang sedia ada.
"Selepas fasa endemik, penggunaan penguatkuasaan itu sudah tidak relevan jadi selepas ni kita akan kembali dengan kaedah asal tapi perlu ditambah baik," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.
Op Benteng dilaksanakan dengan mengatur gerak angkatan bersepadu untuk mengawal kawasan teras (daratan) dan menguasai kawasan lanjutan serta hadapan (maritim/udara).
Operasi kawalan sempadan tersebut dilaksanakan menggunakan kaedah pencegahan (deter), pengesanan (detect) dan penghindaran (deny), selain pengusiran pelencongan (detor), penahanan (detain) dan pengusiran (deport).
Op Benteng dilancarkan melalui kuasa yang diperuntukkan akta 342 iaitu Pencegahan dan Pengawalan Pentakit Berjangkit 1988.
NTF turut melakar sejarah negara apabila berjaya membentuk gabungan terbanyak agensi penguatkuasaan dan keselamatan dalam kerajaan.
Raja Hisyam Raja Zaid
Wed Dec 28 2022

Affendi meninjau operasi NTF di Bukit Kayu Hitam tahun lalu. - Gambar fail/ Bernama

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.

NTF bubar secara rasmi 31 Disember
National Task Force (NTF) yang ditubuhkan khas bagi melaksanakan Op Benteng ketika pandemik COVID-19 melanda pada 2020 akan dibubarkan secara rasminya pada 31 Disember ini.

Status NTF diketahui pertengahan tahun depan - Affendi
NTF terbukti keberkesanannya dalam mengekang kemasukan pendatang tanpa izin dalam operasi benteng sejak negara ini dilanda wabak COVID-19.

Kuih di dada langit... Pengalaman berbuka di dalam pesawat tentera
Mungkin ada yang teringin tapi tak semua dapat merasainya namun kadangkala kerana tugas, ia tidak lagi menjadi pilihan sebaliknya begitulah cara untuk berbuka puasa.

Amaran keras kepada tekong mendalangi penyeludupan PATI
NTF tidak teragak-agak untuk mengenakan tindakan keras terhadap mereka yang menjalankan kegiatan itu.

Bocorkan bot bagi elak diusir, 269 PATI Rohingya akhirnya ditahan
Bot membawa lebih 216 dan satu mayat wanita pendatang asing tanpa izin (PATI) Rohingya dikesan di perairan negara awal pagi Isnin.