PETALING JAYA: Inisiatif Minggu Latihan Kebangsaan (NTW) 2023 diperkenalkan Kementerian Sumber Manusia bersama agensi di bawahnya, HRD Corp, diyakini mampu merekodkan jumlah melepasi sasaran awal 125,000 penyertaan dalam tempoh seminggu penganjurannya.
Ketua Pegawai Risiko, Integriti dan Tadbir Urus HRD Corp, Siti Fatimah Abdullah berkata, ia selepas melihat sambutan memberangsangkan dalam tempoh sehingga hari ini bagi penyertaan 5,000 kursus yang diadakan secara percuma melibatkan 5,000 pengajar.
Malah, NTW 2023 turut mendapat maklum balas positif dalam kalangan peserta yang hadir.
“Program ini dilihat sebagai pintu masuk kepada pertumbuhan peribadi dan pembangunan profesional, justeru itu, sahut cabaran yang mungkin anda hadapi sebagai batu loncatan ke arah masa depan lebih cerah.
“Kerana kita tahu bahawa pendidikan dan kemajuan diri tidak mempunyai had, malah, pengetahuan yang anda peroleh ketika menyertai latihan di sini akan melengkapkan anda dengan persediaan masa hadapan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada Astro AWANI ketika ditemui di Wisma HRD Corp, Petaling Jaya di sini pada Rabu.
Kursus-kursus dijalankan melalui pembelajaran secara bersemuka, dalam talian atau pembelajaran hibrid serta merangkumi pelbagai kemahiran insaniah serta teknikal dalam latihan, pemantapan, kemudahan, dan pembelajaran
Sementara itu, menurut Ketua Bahagian Khidmat Pelanggan HRD Corp, Siti Nabillah Natrah Hamshah, program yang pertama kali dilaksanakan ini mengumpulkan organisasi serta individu daripada pelbagai latar belakang industri untuk latihan dan pembangunan kemahiran.
“Kami mahu orang ramai untuk merebut peluang menyertai NTW 2023. HRD Corp ingin menggalakkan latihan diberikan kepada segenap usia dan memastikan setiap warga Malaysia layak untuk mengikuti latihan yang dianjurkan.
“Penganjuran ini juga mendapat sokongan yang baik daripada pelbagai kementerian, agensi kerajaan, pemain industri, individu, persatuan industri, ahli akademik, penyedia latihan, dan banyak lagi,” ujarnya.
Dalam pada itu, tenaga pengajar NTW 2023, Diyana Sofia berkata, model inisiatif dilaksanakan tersebut sangat efektif dan membantu masyarakat menilai minat mereka sebelum sepenuhnya menceburi cabang tertentu.
“Saya meneliti semua program-program yang ada dan kaedah atau pendekatan NTW ini memang berkesan dalam kita mengenal pasti minat dan kecenderungan seseorang untuk mereka secara pasti meneruskan dalam bidang pilihan mereka.
“Untuk penganjuran ini, saya mengajar berkaitan dandanan (grooming) dan solekan. Kami mendapat jumlah penyertaan tiga kali ganda berbanding sasaran awal sekitar 25 orang bagi satu sesi pembelajaran,” jelasnya.
Selaku peserta Health Wellbeing Champion, Rozalina Abdul Rahim berkata, penganjuran NTW 2023 tersebut wajar diteruskan pada masa hadapan kerana banyak memberi manfaat kepada para peserta dan masyarakat secara amnya.
“Kesihatan mental bukan lagi sesuatu yang tabu dalam masyarakat ketika ini dan semua pihak perlu memainkan peranan penting untuk membantu mereka yang menghidapi masalah ini, justeru, latihan hari ini memberi pendedahan dan pengetahuan kepada kami untuk mendepani mereka terkesan situasi ini.
“Selaku pemilik sebuah syarikat dan mempunyai kakitangan di bawah kelolaan saya, latihan ini juga sangat membantu sekiranya terdapat situasi sama berlaku dalam kalangan pekerja,” jelasnya.
Mereka yang berminat boleh melayari www.nationaltrainingweek.gov.my untuk mendaftar dengan mana-mana kursus yang tersedia.
Haikal Raman
Sat May 27 2023
Kursus-kursus dijalankan melalui pembelajaran secara bersemuka, dalam talian atau pembelajaran hibrid serta merangkumi pelbagai kemahiran insaniah serta teknikal.
Astro menang kes hak cipta, kafe pool didenda RM175,000 siar EPL secara haram
Astro menganggap kemenangan ini sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk mempertahankan pencipta, bakat, serta inovasi yang menjadi teras industri hiburan.
Samsung sahkan kerjasama bangunkan cermin mata pintar dengan Google
Cermin mata ini dijangka dilengkapi kamera dan kemampuan pemahaman multimodal AI dari Google Project Astra.
Seorang maut, lelaki tikam secara rambang di stesen keretapi
Sekurang-kurang seorang maut, dua cedera selepas beberapa orang ditikam secara rambang pada petang Rabu di sebuah stesen kereta api Jepun.
Menurut media tempatan, suspek lelaki berusia sekitar 40-an bagaimanapun melarikan diri dari tempat kejadian.
Menurut media tempatan, suspek lelaki berusia sekitar 40-an bagaimanapun melarikan diri dari tempat kejadian.
Cabaran digital dan realiti kehidupan pascaperang di Syria
Hanya sekitar 36% populasi Syria terhubung dengan internet, dengan kelajuan yang sangat rendah dan sering terganggu, terutama di kawasan luar bandar yang terjejas akibat konflik.
Lelaki kenya kerat bini, sumbat dalam beg galas
Polis Kenya menahan seorang lelaki didakwa membawa anggota badan isterinya yang telah dikerat-kerat dalam sebuah beg galas.
Menurut kenyataan dari Direktorat Siasatan Jenayah Kenya (DCI), pihak polis yang curiga dengan tingkah laku suspek, John Kiama Wambua, 29, telah memeriksa beg galasnya dan menemui anggota badan manusia di dalamnya.
Menurut kenyataan dari Direktorat Siasatan Jenayah Kenya (DCI), pihak polis yang curiga dengan tingkah laku suspek, John Kiama Wambua, 29, telah memeriksa beg galasnya dan menemui anggota badan manusia di dalamnya.
AWANI Ringkas: Keputusan Jemaah Menteri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Perbuatan bakar anak hidup-hidup kejam - Bapa
Bapa kepada mangsa bunuh dibakar ketika hidup dalam rumah bersama bapa angkatnya, disifatkan sebagai perbuatan kejam.
KKM nilai beberapa faktor sebelum laksana WBB secara menyeluruh
Pelaksanaan Sistem Waktu Bekerja Berlainan (WBB) di fasiliti kesihatan kerajaan masih di peringkat percubaan dan hanya akan dilaksanakan secara menyeluuruh selepas mendapat repon positif daripada semua pihak.
Industri getah perlu revolusi, tarik minat generasi muda - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menekankan pentingnya strategi mampan, progresif, dan inklusif untuk memperkasakan komuniti pekebun kecil, termasuk latihan kemahiran dan pengurusan moden.
Projek pembangunan Ipoh Sentral bermula enam bulan lagi
Projek ini bertujuan mengubah landskap Ipoh dengan menghubungkan ruang kediaman, komersial, dan rekreasi, serta dijangka membawa manfaat besar kepada ekonomi tempatan dan nasional.
Tingkat kebolehpasaran pekerja, manifestasi Malaysia negara berpendapatan tinggi
Perkara ini dapat membantu negara menangani isu ketidakpadanan kemahiran selain membuka laluan untuk memupuk bakat tempatan yang lebih berdaya saing.
NTW 2023, penganjuran sulung diunjur melepasi jumlah sasaran awal penyertaan
NTW 2023 diyakini mampu merekodkan jumlah melepasi sasaran awal 125,000 penyertaan dalam tempoh seminggu penganjurannya.
Majikan makin celik terhadap kepentingan tingkat kemahiran pekerja
Kesedaran para majikan di Malaysia terhadap kepentingan pembangunan bakat dan kemahiran pekerja kini semakin meningkat, khususnya selepas perluasan Akta PSMB 2001.