KUALA LUMPUR: Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE) menyelar tindakan pemberhentian pekerja oleh HSBC Bank Malaysia (HSBC).
Ia selepas syarikat bank antarabangsa itu mengumumkan pelaksanaan Skim Pemisahan Sukarela (VSS) dan Skim Pemisahan Bersama (MSS) pada 3 Jun lalu, kali ketiga dalam tempoh enam tahun.
Setiausaha Agungnya, J Solomon berkata HSBC yang terus merekodkan keuntungan, tidak sewajarnya melaksanakan VSS dan MSS yang dijangka melibatkan sekitar 600 pekerja daripada kumpulan B40 dan M40.
"Pada hari ketiga 'lockdown total', pengurusan HSBC telah mengadakan taklimat pelaksanaan VSS dan MSS meskipun NUBE, dalam dua perbincangan yang diadakan pada 25 dan 28 Mei 2021 lalu, telah meminta HSBC supaya menangguhkan pengumuman pelaksanaan VSS dan MSS sementara perbincangan lanjut diadakan antara kesatuan dan pengurusan HSBC.
"Bagaimanapun pengurusan HSBC terus bersikap degil untuk meneruskan pengumuman mereka.
"Oleh itu, NUBE beranggapan bahawa HSBC tidak mengikut prosedur yang betul apabila bertegas untuk mengumumkan pelaksanaan VSS dan MSS pada 3 Jun 2021 atas alasan penyusunan semula fungsi dan rancangan penutupan tujuh buah cawangan di seluruh negara," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata, NUBE percaya rancangan penyusunan semula dan penutupan cawangan ini tidak muncul semalaman, sebaliknya sudah pasti melibatkan satu perancangan berbulan dan bertahun lama.
"NUBE berpegang kepada pendirian bahawa perincian perancangan ini seharusnya telah diberikan demi kepentingan setiap pemegang taruh, terutama pihak berkepentingan bank yang paling penting, yang merupakan 'pekerja' itu sendiri dan pelanggan.
"Lebih-lebih lagi memandangkan HSBC Bank Malaysia memperoleh keuntungan secara berterusan, penyusunan semula harus meningkatkan tenaga kerja atau meningkatkan faedah bagi pekerjanya atau paling tidak, melatih dan menambah baik skil pekerja agar bersedia untuk industri perbankan yang sedang berkembang," katanya.
NUBE pada masa sama menyifatkan HSBC bertindak bertentangan dengan norma dalam melakukan pemberhentian pekerja serta bertentangan dengan Perjanjian Kolektif yang mengikat HSBC dan NUBE.
Malah, HSBC juga disifatkan tidak telus dan tidak menghiraukan keperluan rundingan ikhlas diadakan bersama NUBE sehingga keputusan bersama yang muktamad dicapai.
"Tindakan HSBC juga bertentangan dengan Kod Tatalaku Keharmonian Industri, amalan-amalan terbaik, serta layan adil dan saksama kepada pihak-pihak berkepentingan.
"Di sebalik pelanggaran ini, kerajaan telah memberikan kelulusan kepada HSBC untuk melaksanakan VSS dan MSS, terutama ketika penguatkuasaan ‘lockdown total' sekarang," menurutnya.
Meskipun HSBC bertindak bertentangan dengan semangat Perjanjian Kolektif, Solomon akui, NUBE masih bersikap optimis dan akan terus terbuka dalam memastikan HSBC mengutamakan kebajikan pekerja terutama ahli-ahli NUBE.
Selain itu, NUBE turut meminta ahli-ahlinya yang terjejas dengan tindakan unilateral HSBC itu bertenang dan NUBE akan terus memperjuangkan nasib dan kebajikan pekerja.
Astro Awani
Sun Jun 06 2021

NUBE menyifatkan HSBC bertindak bertentangan dengan norma dalam melakukan pemberhentian pekerja serta bertentangan dengan Perjanjian Kolektif yang mengikat HSBC dan NUBE. - Foto fail

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

NUBE selar tindakan HSBC laksana VSS, MSS
HSBC bertindak bertentangan dengan norma dalam melakukan pemberhentian pekerja serta bertentangan dengan Perjanjian Kolektif yang mengikat HSBC dan NUBE.

NUBE rayu cuti raya tambahan untuk pekerja sektor kewangan
Setiausaha Agungnya J. Solomon berkata cuti yang dipohon itu tidak akan menjejaskan sektor berkenaan.