KUALA LUMPUR: Gandingan Nur Ain Nabilah Tarmizi dan Aleena Ahmad Nawawi mempamerkan aksi cemerlang apabila muncul juara di Kejohanan Boling Padang Dunia biarpun kali pertama menyertai kejohanan yang berlangsung di Gold Coast, Australia.
Kejayaan itu juga merupakan pencapaian bersejarah buat Malaysia apabila menamatkan kemarau 15 tahun untuk memenangi pingat emas pertama sejak acara wanita dipertandingan dalam Kejohanan Dunia pada 1969.
Pasangan negara itu menewaskan lawan mereka Rebecca Rixon-Connie Leigh Rixon dari Malta 15-11 dalam acara pairs wanita berlangsung di Broadbeach Bowls Club.
Terdahulu, Nur Ain Nabilah, 25 dan Aleena, 24, melangkah ke peringkat akhir selepas mengetepikan Emma McIntyre-Claire Anderson dari Scotland 17-10 di separuh akhir manakala wakil Malta menundukkan pasangan England Sophie Tolchard-Amy Pharaoh 20-17.
Nur Ain Nabilah pernah memenangi pingat perak acara triples wanita di Sukan Komanwel 2022 Birmingham dan pingat emas acara fours di Sukan SEA 2017 dan 2019 manakala Aleena muncul juara bawah 25 tahun (B-25) dan beregu campuran di Kejohanan Boling Padang Asia di Ipoh, awal tahun ini.
"Kemenangan yang sangat bersejarah dicipta oleh pairs wanita kita. Walaupun baru diganding setahun dan masih muda, mereka telah beraksi dengan baik dan mempunyai ketahanan mental yang kuat.
"Kejayaan membanggakan buat pasukan dan Malaysia. Mereka telah tunjukkan bahawa dengan usaha keras, mereka mampu mencapai kejayaan besar dan menarik lebih ramai orang muda sertai sukan ini," kata ketua jurulatih kebangsaan Zuraidi Puteh ketika dihubungi hari ini.
Dalam acara singles lelaki, Izzat Shamer Dzulkeple tidak berjaya meneruskan perjuangan apabila terkandas di suku akhir.
Sementara itu, Idham Amin Ramlan-Izzat Dzulkeple meraih pingat gangsa dalam acara pairs lelaki selepas tewas kepada wakil tuan rumah Aaron Wilson-Aaron Teys 12-23 pada separuh akhir.
Safuan Said pernah meraih gelaran juara dunia acara singles lelaki pada edisi 2008 di New Zealand manakala pencapaian terbaik skuad wanita adalah pingat perak acara fours pada 2012 di Adelaide.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 09 2023

Gandingan Nur Ain Nabilah Tarmizi dan Aleena Ahmad Nawawi mempamerkan aksi cemerlang apabila muncul juara di Kejohanan Boling Padang Dunia biarpun kali pertama menyertai kejohanan yang berlangsung di Gold Coast, Australia. - Foto Sinar Harian

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Ramai kakitangan Pentagon dijangka diberhentikan - Laporan
Pentagon dijangka memberhentikan kakitangan mereka bermula minggu ini, sebagai sebahagian daripada inisiatif penjimatan kos, memetik satu laporan semalam.
7 maut dibunuh akibat diserang di Balochistan
Menurut pihakberkuasa Pakistan, kejadian itu berlaku ketika bas berkenaan dalam perjalanan ke Wilayah Punjab timur dari bandar Quetta
Pengawasan udara Filipina di Laut China Selatan sah
Pengawal Pantai Filipina pada Rabu mempertahankan tindakan mereka melakukan pengawasan udara di Laut China Selatan.
Prabowo Ganti Menteri Pendidikan Tinggi dalam Rombakan Kabinet Pertama
Prabowo menggantikan Satro Soemantri Brodjonegoro dalam rombakan kabinet pertamanya sejak memegang jawatan.
Minat pada burung buka ruang jana pendapatan
Taleb menubuhkan sebuah pusat perlindungan dengan hanya beberapa ekor burung pada tahun 2019, sebelum memutuskan untuk mengembangkan menjadi sebuah perniagaan di Basra, Iraq.

KBS sedia timbang ganjaran kepada juara dunia boling padang
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sedia menimbangkan pemberian ganjaran khas kepada gandingan Nur Ain Nabilah Tarmizi dan Aleena Ahmad Nawawi yang muncul juara pada Kejohanan Boling Padang Dunia di Go

Nur Ain Nabilah-Aleena muncul juara dunia boling padang
Gandingan Nur Ain Nabilah Tarmizi dan Aleena Ahmad Nawawi mempamerkan aksi cemerlang apabila muncul juara di Kejohanan Boling Padang Dunia.

Birmingham 2022: Trio boling padang negara terpaksa puas hati pingat perak
Pencapaian trio negara itu sekali gus menyaksikan skuad boling padang kebangsaan setakat ini meraih satu pingat perak dan satu gangsa.