Kelahiran Nur Azura Yamani pada pukul 5.35 petang Khamis disambut seniman ternama, Datuk Jamal Abdillah dengan penuh rasa syukur.
Tiada apa yang menggembirakannya selain daripada Nur Azura Yamani yang dilahirkan isterinya, Datin Zai Izzati Khiruddin dengan cukup sifat serta sihat.
Sebaik Nur Azura Yamani melihat dunia, Jamal mendedahkan, beliau mengazankan anaknya itu dengan nada suara paling indah dan terbaik.
“Saya mahu Nur Azura buat kali pertama mendengar kalimah yang paling indah dalam hidupnya. Saya azankan ke telinganya dengan suara dan lagu terbaik,” kata Jamal berkongsi cerita dengan Astro AWANI ketika dihubungi.
Nur Azura Yamani selamat dilahirkan isteri Jamal, Datin Zai Izzati Khiruddin pada pukul 5.35 petang di sebuah pusat perubatan swasta di Shah Alam.
Cahaya mata perempuan tunggal buat penyanyi yang masyhur dengan lagu Kekasih Awal Dan Akhir itu disifatkan beliau anugerah yang terlalu indah buatnya yang sudah mencecah usia 60 tahun.
“Saya terlalu gembira sehinggakan seperti mahu melompat selepas isteri selamat melahirkan Nur Azura, namun menyedari saya berada di hospital, hasrat untuk melompat terbantut,” katanya menyambung perbualan dalam nada girang.
Dalam perbualan itu, Jamal teruja bercerita, Zai Izzati melahirkan permata hati mereka yang putih melepak, comel serta mempunyai iras wajahnya.
Nur Azura Yamani dilahirkan dengan berat 2.7 kilogram.
Menurut Jamal, Nur Azura Yamani hadir membawa kegembiraan yang berganda buat beliau dan isteri.
“Saya amat bersyukur pada Allah kerana menghadirkan Nur Azura Yamni. Saya dan isteri sepakat untuk memastikan anak kami dibesarkan dengan kasih sayang serta dibekalkan dengan ilmu dunia dan akhirat,” kata Jamal lagi.
Penghibur tersohor negara itu juga berkata, hasrat beliau dan isteri ialah Nur Azura Yamani apabila besar kelak akan menjadi seorang anak yang membanggakan ibu dan ayahnya.
“Saya dan isteri mahu melihat Nur Azura Yamani menjadi seorang peguam apabila dia besar kelak. Kami mahu dia belajar di tadika Mandarin dan dihantar ke sekolah antarabangsa. Itu perancangan saya dan isteri,” cerita Jamal mengenai perancangan beliau dan isteri pada Nur Azura Yamani.
Memandangkan nama Azura menjadi pilihan penyanyi itu dan isteri sempena nama karakter dalam filem popular lakonannya, maka Jamal mendedahkan yang dia turut menyanyikan dua baris lirik lagu Azura pada puterinya itu.
“Khas untuk Azura, saya nyanyikan dia dua baris lirik lagu itu,” kata Jamal sambal tersenyum penuh makna.
Nur Azura Yamani merupakan anak ketiga buat Jamal. Sebelum ini, beliau dikurniakan dua anak lelaki, Osama Yamani, 18, dan Ahmad Zaki Yamani, 13, hasil perkahwinan terdahulu.
Astro Awani
Thu Oct 10 2019
![Nur Azura Yamani pelengkap perkahwinan Jamal Abdillah dan isteri Nur Azura Yamani pelengkap perkahwinan Jamal Abdillah dan isteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-10/71570722211_anak.jpg)
Zai Izzati, 25, selamat melahirkan anak perempuannya, Nur Azura Yamani (gambar) secara pembedahan di pusat perubatan swasta di Shah Alam pada jam 5.35 petang. - Foto: Datuk Jamal Abdillah
Sasaran jumlah dagangan AS$10 bilion bakal buka peluang baharu
Sasaran Turkiye untuk menggandakan nilai jumlah dagangan kepada AS$10 bilion dengan Malaysia tahun ini, bakal membuka lembaran baharu.
![Laporan harga kenderaan naik pada 2026 tidak tepat - MOF Laporan harga kenderaan naik pada 2026 tidak tepat - MOF](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739259928_Toyotacars.jpg)
Laporan harga kenderaan naik pada 2026 tidak tepat - MOF
MOF dan MITI bersama-sama pihak industri automotif sedang meneliti kaedah penilaian kenderaan bagi memastikan pengenaan cukai dilaksanakan secara adil, seragam dan neutral serta konsisten.
Kes strok haba dilapor, petugas kesihatan titip nasihat
Terdapat beberapa kes strok haba serta sesak nafas dilaporkan ketika lebih 20,000 penganut Hindu serta pelancong luar hadir ke sambutan Thaipusam di Kuil Sri Subramaniar Swamy, Batu Caves di Gombak pada Selasa.
1.5 juta pengunjung hadiri Sambutan Thaipusam di Batu Caves
Polis Selangor menganggarkan seramai 1.5 juta pengunjung memenuhi kawasan Batu Caves sempena sambutan Thaipusam, pada Selasa.
Kedudukan 25 negara teratas sukar, kecuali reformasi drastik
Bagaimanapun, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Pushpan Murugiah menegaskan perkara itu tidak mustahil jika reformasi secara drastik dilaksanakan bermula dari tahun ini.
![Sasaran jumlah dagangan AS$10b bakal buka peluang baharu dengan Malaysia - Erdogan Sasaran jumlah dagangan AS$10b bakal buka peluang baharu dengan Malaysia - Erdogan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739261538_AnwarIbrahimErdog.jpg)
Sasaran jumlah dagangan AS$10b bakal buka peluang baharu dengan Malaysia - Erdogan
Erdogan berkata, sasaran itu adalah selari dengan visi kedua-dua negara untuk meningkatkan mobiliti dan kepelbagaian dalam perdagangan dan pelaburan, yang bakal memanfaatkan Malaysia dan Turkiye.
![Nekmat nafi terlibat penyelewengan minyak diesel subsidi Nekmat nafi terlibat penyelewengan minyak diesel subsidi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739259519_nelayan.jpg)
Nekmat nafi terlibat penyelewengan minyak diesel subsidi
Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) menafikan terlibat dalam kegiatan penyelewengan minyak diesel subsidi yang menggunakan lori dengan logo persatuan itu.
![Indeks Persepsi Rasuah: Sasaran Malaysia kedudukan 25 negara teratas sukar dicapai - C4 Indeks Persepsi Rasuah: Sasaran Malaysia kedudukan 25 negara teratas sukar dicapai - C4](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739259414_rasuah.jpg)
Indeks Persepsi Rasuah: Sasaran Malaysia kedudukan 25 negara teratas sukar dicapai - C4
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Pushpan Murugiah menegaskan perkara itu tidak mustahil jika reformasi secara drastik dilaksanakan bermula dari tahun ini.
[TERKINI] Majlis Penandatangan MoU dan Sidang Media Bersama PM Anwar dan Presiden Türki
Ikuti Majlis Penandatangan MoU dan sidang media bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Türkiye, Recep Tayyip Erdoğan di Putrajaya.
![Malaysia-Turkiye terus fokus kukuhkan hubungan bilateral Malaysia-Turkiye terus fokus kukuhkan hubungan bilateral](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739259031_AnwarErdoganPutr.jpg)
Malaysia-Turkiye terus fokus kukuhkan hubungan bilateral
Pertemuan empat mata di antara Anwar dan Erdogan menyentuh fokus memperkukuhkan lagi hubungan bilateral, selain bertukar-tukar pandangan tentang isu serantau dan global.
![Zayn Malik, Gigi Hadid dikurnia bayi perempuan Zayn Malik, Gigi Hadid dikurnia bayi perempuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-03/61520977561_TBZAYNEGIGIBROKE.jpg)
Zayn Malik, Gigi Hadid dikurnia bayi perempuan
Tahniah Zayn Malik dan Gigi Hadid.
![Wanita dakwa 'diberi nasihat' untuk kelar leher, buang mayat anak dalam tong sampah Wanita dakwa 'diberi nasihat' untuk kelar leher, buang mayat anak dalam tong sampah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/81598402085_KrystalLewFortWorth.jpg)
Wanita dakwa 'diberi nasihat' untuk kelar leher, buang mayat anak dalam tong sampah
Ketika menjawab soalan berkaitan kehilangan anaknya, tiba-tiba wanita berkenaan memberitahu pegawai operator 911 mengenai perbuatannya terhadap kanak-kanak malang itu.