Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menyangkal dakwaan masalah teknikal punca helikopter Sikorsky S61A-4 Nuri terpaksa membuat pendaratan cemas di Pulau Perak, Kedah, Isnin lepas.
Panglima TUDM Jen Tan Sri Rodzali Daud berkata ini kerana helikopter tersebut baharu beberapa jam melalui pemeriksaan kedua di Pangkalan TUDM sebelum dibenar terbang.
"Siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku bukan disebabkan faktor teknikal pesawat seperti apa yang dilapor dalam akhbar tetapi kemungkinan disebabkan oleh faktor operasi termasuklah cuaca dan pengendalian pesawat," katanya kepada pemberita, di sini Jumaat.
Menurutnya TUDM sudah menubuhkan lembaga penyiasat bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.
Mengenai tiga anak kapal termasuk juruterbang pesawat berkenaan, beliau berkata kesemua mereka yang mengalami cedera ringan masih berehat di rumah.
Mengulas saranan agar pesawat Nuri diganti, Rodzali berkata perkara itu dalam perancangan dan TUDM mempertimbang untuk menggunakan pesawat Eurocopter yang baru dibelinya bagi mengambil alih tugas Nuri.
Sekarang Malaysia mempunyai 15 pesawat Nuri yang tugasnya termasuk operasi mencari dan menyelamat, katanya.
"Kita memerlukan 27 pesawat sebagai persediaan menghadapi sebarang bencana dan Eurocopter akan menggantikan pesawat Nuri pada masa hadapan," katanya.
TUDM kini memiliki 12 pesawat Eurocopter yang dijangka mula beroperasi pada Jun atau Julai tahun depan, katanya.
Bernama
Fri Dec 27 2013
Gambar fail helikopter jenis Sikorsky S61A-4 Nuri.
Banjir terburuk landa Bintulu, kebajikan mangsa jadi keutamaan
Beberapa kawasan di bandar Bintulu yang sebelum ini tidak pernah dilanda banjir, turut dinaiki air termasuk beberapa kawasan perumahan.
Polis kesan tiga lagi suspek kes langgar lari di Jalan Klang Lama
Polis sedang mengesan tiga lagi suspek dalam kejadian langgar lari melibatkan dua kenderaan yang dipandu secara melulu di hadapan sebuah pusat hiburan di Jalan Klang Lama, di sini, awal pagi semalam.
Mekanisme ASEAN terlalu elitis, tidak dirasai orang awam - Penganalisis
ASEAN ketika ini bergerak dengan mekanisme yang disifatkan terlalu elitis sehingga tidak dapat dihargai serta dirasai oleh orang awam yang mendiami negara-negara Asia Tenggara.
AWANI Tonight: Trump to send some migrants to Guantanamo Bay
U.S. President Donald Trump orders the construction of a migrant detention facility at Guantanamo Bay with a capacity of up to 30,000, targeting criminal illegal immigrants.
AWANI Tonight: Hamas, Israel carry out third exchange of hostages
Hamas and Israel conduct a third hostage exchange—Hamas releases eight captives, including three Israelis and five Thai nationals, while Israel is set to free 110 Palestinian prisoners.
AWANI Tonight: Digitalisation: Changing mindsets, narrative for SMEs
SAMENTA's Datuk William Ng shares key insights on what SMEs really need to tackle challenges in digital transformation.
AWANI Tonight 30 Jan 2025
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. Floods: Over 6,700 victims in Sabah, Sarawak
2. Gaza ceasefire: Hamas, Israel carry out third exchange of hostages
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Floods: Over 6,700 victims in Sabah, Sarawak
2. Gaza ceasefire: Hamas, Israel carry out third exchange of hostages
#AWANIEnglish #AWANINews
Bantuan awal RM1,000 bagi setiap KIR berdaftar di PPS - TPM Fadillah
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof hari ini mengumumkan bantuan awal berjumlah RM1,000 kepada setiap Ketua Isi Rumah (KIR) yang berdaftar dan dipindahkan ke PPS.
Israel tangguh pembebasan 110 tebusan, Hamas desak pengantara campur tangan
Hamas mendesak pihak pengantara untuk campur tangan dalam penangguhan pembebasan tahanan Palestin oleh Israel.
AWANI Ringkas: Rasuah | Pelajar Hilang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pendaratan cemas Nuri dipercayai berpunca akibat masalah mekanikal
Insiden pendaratan cemas sebuah helikopter Nuri milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di kawasan Kem Gubir dekat Kedah petang semalam dipercayai berpunca daripada kerosakan mekanikal.
SPM di lokasi lain jika SMK Balung tidak selamat - Kamalanathan
Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanathan berkata ia bagi memastikan keselamatan pelajar sekolah berkenaan terjamin.
Nuri mendarat cemas bukan disebabkan masalah teknikal - Panglima TUDM
Siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku kemungkinan disebabkan oleh faktor operasi termasuklah cuaca dan pengendalian pesawat.
ATM tidak berhasrat untuk jual Nuri
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak berhasrat menjual 30 pesawat helikopter Nuri jenis Sikorsy buatan Amerika, yang telah berkhidmat lebih 50 tahun dalam Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM).