Anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar akan dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Parlimen berhubung pertemuan beliau dengan anak perempuan kepada penceroboh Sabah, Jamalul Kiram III, Jacel Kiram.
Usul untuk merujuk Nurul Izzah itu tersenarai dalam aturan mesyuarat di sidang Parlimen hari ini dan akan dicadangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said.
Beliau berkata kerajaan memutuskan untuk membentangkan usul di bawah Perintah Tetap 27(3) dan 80 untuk merujuk naib presiden PKR itu kepada jawatankuasa berkenaan.
"Perincian usul tersebut telah menyatakan bahawa pertemuan tersebut telah dilihat bertentangan dengan angkat sumpah sebagai ahli Parlimen dan sumpah setia Nurul Izzah kepada Malaysia.
"Tindakan Naib Presiden PKR itu dianggap suatu penghinaan kepada Majlis Mesyuarat yang turut mencemarkan nama baik dan imej Dewan Rakyat," katanya di Parlimen.
Azalina berkata, keputusan itu akan memberi peluang kepada Nurul Izzah untuk memberi penjelasan kepada jawatankuasa itu berhubung pertemuannya dengan Jacel.
Menurutnya, gambar Nurul Izzah bersama seorang anggota keluarga diraja Sulu terkenal itu yang bertanggungjawab dalam pencerobohan ke atas Lahad Datu merupakan "isyarat yang nyata terhadap ketidaksetiaan kepada negara".
Beliau berkata teras kepada perkara ini adalah Nurul Izzah gagal menjawab dengan jelas persoalan yang dibangkitkan berhubung pertemuannya dengan Jacel.
"Berikutan wujudnya tingkah laku kurang baik oleh Anggota Parlimen tertentu, kod perilaku atau lebih tepat lagi, kod etika perilaku, perlu menjadi keutamaan memandangkan ia bertujuan mengawal selia anggota Parlimen kita, terutamanya dalam mengadakan pertemuan dengan kumpulan dari luar negara," kata Azalina.
Beliau berkata meskipun Nurul Izzah cuba memohon maaf, sebagai anggota Parlimen, perilaku beliau itu tidak boleh diterima.
Ini, katanya, bertentangan dengan sumpah yang diikrarkan beliau yang berjanji untuk melindungi negara dan mendukung Perlembagaan, oleh itu bermaksud beliau menyedari sepenuhnya tanggungjawabnya, lebih-lebih lagi dalam perkara berkaitan kedaulatan negara.
"Tidak akan ada kompromi di sini ataupun tolak ansur terhadap apa jua percubaan oleh mana-mana anggota Parlimen untuk melanggari sumpah mereka kepada dewan yang mulia ini," katanya.
Jacel memuat naik empat gambar pertemuannya dengan Nurul Izzah pada 9 Nov, dalam akaun Facebook beliau.
BACA: Tian Chua, jangan nafi terlibat dalam pertemuan Nurul Izzah-Jacel - Ahmad Zahid
BACA: Pertemuan Nurul Izzah dengan Jacel Kiram dipersoal ahli politik termasuk pembangkang
VIDEO: Polis akan siasat Nurul Izzah
Hafiz Marzukhi
Wed Nov 25 2015
![Nurul Izzah dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Parlimen Nurul Izzah dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Parlimen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-11/41447949793_JacelKiramNurulI.jpg)
Azalina berkata gambar itu merupakan "isyarat yang nyata terhadap ketidaksetiaan kepada negara". - Gambar Fail
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Data kanak-kanak British maut mungkin telah dipadamkan Tiktok
Keluarga kanak-kanak berusia antara 12 higga 14 tahun itu telah menfailkan saman terhadap Tiktok dan syarikat induknya, Bytedance dalam usaha memaksa syarikat tersebut mendedahkan data anak-anak mereka.
Kanak-kanak 8 tahun maut ditikam guru di sekolah
Seorang guru menikam murid perempuan berusia lapan tahun hingga maut di sebuah sekolah rendah di Korea Selatan pada Isnin, menurut laporan media tempatan yang memetik pihak berkuasa.
Kenyataan Trump sangat 'berbahaya dan gila'- Penduduk Palestin
Kebimbangan penduduk rakyat Palestin di Tebing Barat disuarakan terhadap kenyataan terbaru Presiden Amerika Syarikat.
Tebusan dibebaskan jika hormati gencatan senjata - Hamas
Tebusan Israel hanya akan dibebaskan dari Gaza jika perjanjian gencatan senjata antara Hamas-Israel dihormati.
![Kes saman Nurul Izzah terhadap Ismail Sabri mungkin selesai secara baik Kes saman Nurul Izzah terhadap Ismail Sabri mungkin selesai secara baik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/61520587318_NurulIzzah.jpg)
Kes saman Nurul Izzah terhadap Ismail Sabri mungkin selesai secara baik
Sivarasa berkata sepatutnya hari ini ditetapkan untuk mendengar hujahan lisan kedua-dua pihak, namun ditangguhkan.
![Bicara penuh bagi kes saman Nurul Izzah terhadap KPN, Ismail Sabri Bicara penuh bagi kes saman Nurul Izzah terhadap KPN, Ismail Sabri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-11/61448542751_950x600.jpg)
Bicara penuh bagi kes saman Nurul Izzah terhadap KPN, Ismail Sabri
Mahkamah berpandangan bahawa saman itu patut dibenarkan untuk menjalani perbicaraan penuh, dan menetapkan 8 Mei, 2017, bagi perbicaraan.
![Usul rujuk Nurul Izzah ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan bukan secara peribadi - Azalina Usul rujuk Nurul Izzah ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan bukan secara peribadi - Azalina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-11/41447949793_JacelKiramNurulI.jpg)
Usul rujuk Nurul Izzah ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan bukan secara peribadi - Azalina
Usul tersebut telah dibahas dan diluluskan Dewan Rakyat pada 3 Dis lepas dan Nurul Izzah sepatutnya menggunakan peluang itu untuk membuat penjelasan.
![Nurul Izzah dilarang masuk Sarawak sebab tidak patriotik, tidak sensitif Nurul Izzah dilarang masuk Sarawak sebab tidak patriotik, tidak sensitif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-09/51441711455_NURULIZZAH.jpg)
Nurul Izzah dilarang masuk Sarawak sebab tidak patriotik, tidak sensitif
Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sarawak berkata Nurul Izzah perlu lebih tahu sikapnya itu melukakan penduduk Sarawak dan Sabah.
![Rakyat Sabah terasa hati ada pihak jumpa dalang serangan Lahad Datu Rakyat Sabah terasa hati ada pihak jumpa dalang serangan Lahad Datu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-11/61448784635_RelaKuantan.jpg)
Rakyat Sabah terasa hati ada pihak jumpa dalang serangan Lahad Datu
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, perbuatan itu bagaikan tidak menghormati perjuangan anggota keselamatan mempertahankan negara sehingga 10 daripada mereka terkorban dalam insiden itu.
![Nurul Izzah sedia beri penjelasan kepada Jawatankuasa Parlimen Nurul Izzah sedia beri penjelasan kepada Jawatankuasa Parlimen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-11/61448542751_950x600.jpg)
Nurul Izzah sedia beri penjelasan kepada Jawatankuasa Parlimen
Nurul Izzah nyatakan kesediaan beri penjelasan berhubung pertemuan dengan Jacel H. Kiram baru-baru ini kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.
![Nurul Izzah saman KPN dan Menteri KKLW Nurul Izzah saman KPN dan Menteri KKLW](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-09/81441711211_NURULIZZAH.jpg)
Nurul Izzah saman KPN dan Menteri KKLW
Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar memfailkan saman Ketua Polis Negara dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah kerana menuduhnya sebagai pengkhianat negara.
![Demonstrasi gabungan NGO tidak mahu Nurul Izzah, Tian Chua ke Sabah Demonstrasi gabungan NGO tidak mahu Nurul Izzah, Tian Chua ke Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-11/41448447376_SabahDemo.jpg)
Demonstrasi gabungan NGO tidak mahu Nurul Izzah, Tian Chua ke Sabah
Kecaman itu berikutan tindakan Nurul berjumpa dengan Jacel Kiram iaitu anak perempuan Jamalul Kiram III yang mengetuai tindakan pencerobohan ke atas Sabah.
![Saya akan berdepan Jawatankuasa Parlimen dengan hati terbuka - Nurul Izzah Saya akan berdepan Jawatankuasa Parlimen dengan hati terbuka - Nurul Izzah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-09/51441711455_NURULIZZAH.jpg)
Saya akan berdepan Jawatankuasa Parlimen dengan hati terbuka - Nurul Izzah
Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar bersedia untuk berdepan Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Parlimen.
![Nurul Izzah dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Parlimen Nurul Izzah dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Parlimen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-11/41447949793_JacelKiramNurulI.jpg)
Nurul Izzah dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Parlimen
Anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar akan dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Parlimen berhubung pertemuan beliau dengan anak perempuan bekas ketua kumpulan pengganas Sulu.