Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar hanya mahu meraih undi dan bukannya bersikap ikhlas untuk berkhidmat kepada rakyat sehingga mengeluarkan kenyataan kontroversi dengan
menyokong kebebasan beragama dalam sebuah forum baru-baru ini.
Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata kenyataan Nurul Izzah dalam forum bertajuk 'Negara Islam: Versi Mana; Tanggungjawab Siapa?' di Subang Jaya, Selangor, pada 3 Nov lepas hanya mahu memuaskan hati peserta dalam forum berkenaan.
"Nurul Izzah sanggup menyokong kebebasan beragama tetapi akhirnya dia sedar bahawa ia adalah satu kenyataan yang kontroversi sehingga menimbulkan kemarahan dan bantahan dari pelbagai pihak dan seterusnya dia menyalahkan media pula," katanya pada sidang media selepas merasmikan Karnival 1Malaysia For Youth (1M4U) Lembah Pantai 2012 di sini hari ini.
Laporan portal berita pro pembangkang pada 3 Nov lepas memetik Nurul Izzah sebagai berkata: "Rakyat tidak seharusnya dipaksa menganut agama tertentu dan perkara ini juga patut terpakai kepada orang Melayu.
"Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama...bagaimana seseorang itu boleh berkata, maaflah, ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, ia sepatutnya diguna pakai secara sama rata," kata Nurul Izzah.
Raja Nong Chik berkata Barisan Nasional (BN) sentiasa mengotakan janji-janjinya kepada rakyat berbanding pembangkang yang hanya tahu bercakap (berceramah) di sana-sini dan mengeluarkan janji-janji kosong sahaja.
Ditanya mengenai pilihan raya umum ke-13 mungkin berlangsung selepas Tahun Baru Cina tahun depan seperti dalam ucapannya, Raja Nong Chik berkata itu hanya ramalan beliau sahaja kerana keputusan muktamad terletak pada budi bicara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
"Saya hanya meramal sahaja, bagaimanapun jentera BN harus bersiap-siaga dan mula mengerakkan kerja-kerja kempen di setiap kawasan," katanya yang juga Ketua Umno Lembah Pantai.
Mengenai Kompleks Keramat Mall yang dikatakan lengang akibat tiada pengunjung, Raja Nong Chik berkata isu itu sedang diuruskan oleh Timbalan Ketua Pengarah dan Pembangunan Sosio Ekonomi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Datuk Mohd Amin Nordin Abdul Aziz.
Katanya DBKL juga masih melakukan perbincangan dengan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan untuk mencari kaedah terbaik dalam menarik lebih ramai pengunjung dan pelanggan ke Keramat Mall.
Bernama
Sun Nov 11 2012


Bekas ahli perniagaan warga China rugi RM4.2 juta terpedaya Macau Scam
Seorang bekas ahli perniagaan warga China kerugian RM4.2 juta selepas terpedaya dengan sindiket penipuan macau scam yang mendakwa sebagai pegawai polis.

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Laporan AS tentang kebebasan beragama berdasarkan 'fahaman yang salah'
Kerajaan India menolak kajian dari Amerika Syarikat yang menyatakan keganasan terhadap agama minoriti di negara itu.

GPS pertahan kebebasan beragama, tolak ekstremisme - Abang Jo
Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan terus memelihara kebebasan beragama dan menolak unsur ekstremisme yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat berbilang kaum serta agama di negeri ini.

Ismail Sabri ucap selamat raikan Good Friday, Easter dan Vishu
Beliau berkata Malaysia meraikan kebebasan beragama dan kepelbagaian sebagai sebuah keluarga besar dan saling menghormati antara satu sama lain.

Kerajaan pandang serius isu lelaki didakwa murtadkan wanita Islam - Zulkifli
Menurut Zulkifli, kes berkenaan kini dalam siasatan dan tindakan pihak polis.

Dewan Perwakilan Perancis lulus undang-undang kekang pelampau agama
Sejumlah 347 menyokong rang undang-undang berkenaan, sementara 151 lagi membantah dan 65 berkecuali.

Mujahid bawa isu keamanan, halal dan haji ke China - Pejabat Menteri
Lawatan itu telah diluluskan Kabinet serta diberi panduan oleh Kementerian Luar bagi memastikan hubungan diplomatik antara Malaysia dan China tidak terjejas.

Bebas beragama tidak bermaksud bebas mempromosi agama - Mujahid
Perkara tersebut selalu menjadi perdebatan pelbagai pihak walaupun telah diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Tiada halangan guna kalimah Allah untuk agama lain di Sarawak - Adenan
Tan Sri Dr Adenan Satem juga memberi jaminan masyarakat bukan Islam di negeri berkenaan juga bebas mengamalkan agama masing-masing.

BN akan pastikan kebebasan beragama di negara ini terus terpelihara - TPM
Semua pihak perlu prihatin dan tidak bersikap buruk sangka kepada agama lain, kata Muhyiddin.

'Nurul Izzah hanya mahu meraih undi sehingga keluarkan kenyataan kontroversi'
Nurul Izzah Anwar hanya mahu meraih undi dan bukannya bersikap ikhlas untuk berkhidmat kepada rakyat sehingga mengeluarkan kenyataan kontroversi.