KUALA LUMPUR:Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) mencadangkan agar jadual keberadaan pelajar di dalam kelas dan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) diselaraskan di semua sekolah seluruh negara.
Setiausaha Agungnya Harry Tan Huat Hock berkata pelaksanaan itu penting bagi mengelak guru dan pelajar hilang fokus dan tenaga akibat sesi yang terlalu lama selain menjamin kualiti PdP.
"Pihak NUTP mendapati ada sekolah yang memaksa guru untuk mengajar dari pukul 7.30 pagi hingga 4.30 petang yang melebihi waktu rasmi sesi pembelajaran tamat iaitu 2.30 petang.
"Masa yang terlalu lama di sekolah akan melemahkan semangat serta minat pelajar untuk membuat persediaan bagi menghadapi SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) dan STPM (Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia) kelak, begitu juga dengan guru yang telah bertungkus-lumus menyedia dan mengajar secara PdPR sebelum ini," katanya dalam kenyataan hari ini.
Tambahnya, daya tahan kesihatan guru dan pelajar juga dikhuatiri terjejas kerana berada di dalam kelas dalam tempoh lama tanpa melakukan aktiviti riadah yang dapat menguatkan ketahanan dan imunisasi badan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Sementara itu, Tan juga meminta agar Kementerian Pendidikan (KPM) mengkaji semula aspek keselamatan guru yang mengajar pelajar calon peperiksaan utama seperti SPM dan STPM yang menjalani sesi persekolahan secara bersemuka.
Katanya KPM juga perlu menyediakan peralatan perlindungan diri (PPE) seperti pelitup muka dan baju 'overcoat', mengikut prosedur operasi standard ditetapkan agar keselamatan dan kesihatan guru lebih terjamin.
Tan juga meminta pihak berkaitan lebih peka dengan situasi COVID-19 dan tidak menganjurkan sebarang aktiviti yang boleh mengundang risiko jangkitan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 25 2021

Tan berkata pelaksanaan itu penting bagi mengelak guru dan pelajar hilang fokus dan tenaga akibat sesi yang terlalu lama selain menjamin kualiti PdP.

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.
Pentagon umum pengurangan kakitangan awam
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) akan mengurangkan sekurang-kurangnya lima peratus tenaga kerja awamnya, bermula minggu depan.

KPM sedia pertimbang permohonan kurangkan tempoh pertukaran guru - Fadhlina
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata isu kebajikan guru sentiasa menjadi perhatian dan keutamaan KPM.

Jangan polemikkan isu SPM diteruskan - NUTP
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP) berharap masyarakat tidak mempolemikkan isu pelaksanaan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mengikut jadual.

NUTP mohon kuota anggota tetap dalam NLAC
NUTP juga menyokong langkah kerajaan untuk melaksanakan pembaharuan dalam perkhidmatan awam seperti dinyatakan Perdana Menteri.

Pelarasan gaji penjawat awam kurangkan trend guru bersara awal
Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) dengan pelarasan gaji yang lebih baik dijangka dapat mengurangkan trend guru bersara awal pada masa kini.

NUTP sokong guru lemah, cuai dikecualikan kenaikan pangkat secara "time-based"
NUTP menyokong langkah kerajaan mengecualikan guru yang lemah, cuai dan melanggar disiplin daripada mendapat kenaikan pangkat secara "time-based".

Selain guru, tugas didik pelajar adalah tanggungjawab bersama - PM Anwar
Tugas mendidik seseorang pelajar merupakan tanggungjawab bersama dan tidak seharusnya disandarkan sepenuhnya kepada guru, kata Perdana Menteri.

KPM sedia pertimbang cadangan keluar keputusan SPM lebih awal
Kementerian Pendidikan bersedia menimbang cadangan semua pihak termasuk NUTP supaya keputusan SPM 2023 diumumkan lebih awal.

Peruntukan RM100 juta bukti kepentingan pendidikan STEM
Inisiatif kerajaan memperuntukkan RM100 juta dalam pendidikan STEM mencerminkan keseriusan kerajaan dalam menangani kepentingan penguasaan STEM dalam negara ketika ini.

Hasrat Kerajaan tumpu pelajar B40, kembalikan matlamat asal SBP
Matlamat penubuhan SBP sebenarnya untuk beri peluang kepada pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah di luar bandar mendapatkan pelajaran terbaik.

Wujudkan agensi tunggal urus TVET menerusi Ekonomi Madani - NUTP
Pelbagai usaha diutarakan bagi memperkasakan TVET sebelum ini, namun hasilnya masih kurang memberangsangkan.