IPOH: Satu objek menyerupai bom mortar dijumpai di Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz atau Padang Polo, di sini, hari ini.
Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, objek itu ditemui orang awam di tepi kolam ketika beriadah di kawasan berkenaan sekitar jam 3 petang.
“Langkah awal telah diambil dengan memasang pita kuning PDRM dan mengawal orang ramai supaya tidak mendekati lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi.
Menurutnya, Pasukan Unit Pemusnah Bom (UPB) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak telah tiba di lokasi kejadian untuk menyiasat dan memproses objek berkenaan.
Beliau berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan ke atas objek berkenaan.
Abd Razak Mohd Ali
Fri Jun 30 2023

Objek itu ditemui orang awam di tepi kolam ketika beriadah di kawasan berkenaan sekitar jam 3 petang. - Gambar/ PDRM
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.
10 Berita Pilihan - (21 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 22 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerajaan kutip RM46 juta menerusi nombor pendaftaran istimewa
Kerajaan berjaya mengutip kira-kira RM46 juta menerusi jualan nombor pendaftaran istimewa (NPI) pada tahun lalu.
Kerajaan setuju kaji pemberian geran perkapitan berdasarkan bilangan penduduk
Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula pemberian geran perkapita kepada kerajaan negeri berdasarkan bilangan penduduk di setiap negeri

Penyewa ‘tinggal’ bom mortar dalam rumah
Objek itu dipercayai ditinggalkan oleh bekas penyewa yang telah berpindah keluar pada Januari lalu.

Tukang kebun jumpa bom mortar
Sebutir bom mortar berkarat berukuran 60 milimeter ditemukan di belakang sebuah rumah di Kampung Tersusun dekat Serkam Darat di sini hari ini.

Objek disyaki bom mortar ditemui di Padang Polo, Ipoh
Satu objek menyerupai bom mortar dijumpai di Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz atau Padang Polo, di sini, hari ini.

Bom mortar ditemukan di tepi sungai
Sebutir bom mortar ditemukan sekumpulan kanak-kanak yang sedang mandi di tepi Sungai Gertak Kertitir di Pasir Tumboh, Kubang Kerian.

Objek menyerupai bom mortar ditemui di Segambut
Polis telah menerima aduan berhubung penemuan objek menyerupai bom mortar yang ditemui di kawasan perumahan Kg Segambut Bahagia, Kuala Lumpur.

Pemotong rumput terkejut, temui bom lama berhampiran hotel
Seorang pemotong rumput terkejut selepas menemui satu objek disyaki bom lama berhampiran sebuah hotel di Kuala Nerus.

Serbuan narkotik bawa kepada penemuan bom mortar
Polis menemukan sebutir bom mortar yang masih aktif ketika menyerbu sebuah rumah dipercayai milik ketua sindiket pengedaran dadah di Kuala Kurau awal pagi semalam.