KUALA TERENGGANU: Obor-obor beracun dikenali sebagai portuguese man o' war atau nama saintifiknya physalia physalis dilihat muncul kembali di pesisiran pantai di Terengganu.
Pengarah Perikanan Terengganu, Ruzaidi Mamat berkata, hasil tinjauan pada Ahad mendapati terdapat obor-obor itu di sekitar pantai Kampung Kelulut dan Pulau Kerengga di daerah Marang.
"Setakat pagi ini kita menemukan empat ekor obor-obor yang terdampar di pantai. Tinjauan masih lagi dijalankan dan kita tidak menolak kemungkinan masih terdapat lagi obor-obor spesies sama yang terdampar di kawasan pantai," katanya dalam kenyataan, disini, pada Ahad.
Beliau menjelaskan, fasa musim Monsun Timur Laut pada masa ini menjadi antara faktor obor-obor berkenaan terdampar di perairan Pantai Timur.
"Kali terakhir spesies hidupan beracun itu dilihat di perairan Pantai Timur pada Februari 2020.
"Kajian sebelum ini pernah merekodkan lebih 1,000 obor-obor itu terapung di perairan Lautan Hindi.
"Ia bergerak dengan cara hanyut dibawa arus atau angin. Untuk mengelakkan ancaman di permukaan, ia boleh mengempiskan beg udara dan tenggelam buat seketika," katanya.
Dalam pada itu, Ruzaidi meminta orang ramai supaya lebih berwaspada dengan kemunculan hidupan itu.
Katanya, purata panjang sulur sesungut spesies itu boleh mencapai lebih sembilan meter panjang dan diliputi oleh nematocyst yang dipenuhi racun digunakan untuk melumpuhkan, membunuh ikan dan makhluk kecil lain.
"Sengatan obor-obor ini amat menyakitkan. Obor-obor yang sudah mati dan dihanyutkan ke pantai juga boleh menyebabkan sengatan jika tersentuh pada badan.
"Orang ramai perlu lebih berhati-hati dan tidak melakukan aktiviti pantai di kawasan spesies ini ditemui.
"Walaupun kes yang membawa maut sangat jarang berlaku namun perlu berhati-hati," katanya.
Beliau berkata, individu yang terjumpa obor-obor ini di lokasi lain diminta segera melaporkan kepada Jabatan Perikanan terdekat.
"Walaupun obor-obor ditemui sudah mati, individu dinasihatkan untuk tidak menyentuh bangkai obor-obor tersebut kerana ia masih beracun dan sangat berbahaya.
"Jika terkena sengatan, segera ke klinik atau hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Jan 09 2022

Gambar obor-obor beracun dikenali sebagai portuguese man o' war yang terdampar di pantai di daerah Marang. -Foto ihsan pembaca

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Obor-obor beracun muncul kembali di pantai Terengganu
Fasa musim Monsun Timur Laut pada masa ini menjadi antara faktor obor-obor berkenaan terdampar di perairan Pantai Timur.