KUALA LUMPUR: OCBC Bank (Malaysia) Bhd melantik Tan Chor Sen sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 1 Jan 2023, menggantikan Datuk Ong Eng Bin yang akan bersara.
Pengerusi OCBC Malaysia Tan Ngiap Joo berkata Chor Sen mempunyai rekod prestasi yang kukuh dengan kumpulan OCBC berikutan beliau berjaya membina perniagaan yang kukuh dan juga pasukan yang kuat di seluruh rantau ini.
"Saya yakin Chor Sen akan membawa francais OCBC di Malaysia ke fasa pertumbuhan dan transformasi seterusnya," katanya dalam satu kenyataan.
Bank itu berkata pengetahuan mendalam Chor Sen tentang ASEAN dan pengalaman yang luas dalam menghubungkan syarikat di seluruh rantau ini akan mengembangkan francais OCBC Malaysia melangkaui perniagaan tempatannya yang telah lama bertapak.
Beliau memainkan peranan penting dalam mengembangkan perniagaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia, Indonesia dan Hong Kong, memperkenalkan model perniagaan baharu, penyelesaian digital dan inovasi perkhidmatan yang disesuaikan untuk segmen ini.
Beliau secara aktif mengetuai teras strategik bank untuk mengukuhkan aliran perdagangan dan pelaburan rentas sempadan dalam ASEAN dan Greater China.
Chor Sen telah berkhidmat dengan OCBC Bank di Singapura selama lebih daripada 17 tahun dan merupakan ahli jawatankuasa pengurusan di peringkat kumpulan.
Beliau kini merupakan Ketua Perbankan Perusahaan Global Antarabangsa di ibu pejabat OCBC Bank di Singapura, mengawasi pertumbuhan perniagaan aliran rentas sempadan PKS dan syarikat bermodal sederhana di rantau ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 25 2022

Chor Sen telah berkhidmat dengan OCBC Bank di Singapura selama lebih daripada 17 tahun dan merupakan ahli jawatankuasa pengurusan di peringkat kumpulan. - Bernama

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.

Mahkamah Tinggi benarkan petisyen penggulungan OCBC Bank terhadap subsidiari Sarawak Cable
Percubaan mendapatkan kelulusan pemiutang untuk skim pengaturan hutang melibatkan Leader Cable dan Universal Cable pada 26 Sept tidak berjaya.

Tiada perubahan dalam pendirian dasar monetari BNM - OCBC
Lavanya Venkateswaran berkata, profil pertumbuhan KDNK yang perlahan sentiasa menjadi perhatian memandangkan faktor luaran yang lemah.

OCBC Bank Malaysia lantik CEO baharu
Chor Sen berjaya membina perniagaan yang kukuh dan pasukan yang kuat di seluruh rantau ini.

BNM dijangka kekalkan OPR dalam keadaan ketidaktentuan mata wang dunia
Walaupun ia terus menekankan pertambahan risiko ke bawah disebabkan ketidaktentuan global, namun peningkatan dalam beberapa petunjuk, termasuk eksport telah memberi kelegaan kepada BNM.

Pertumbuhan ekonomi negara sederhana kepada 4.7%, 2016 - OCBC Bank
Pertumbuhan ekonomi negara dijangka berkurangan kepada 4.7 peratus bagi 2016 berbanding 4.8 peratus tahun lalu.