Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menggerakkan usaha untuk menguruskan aspek politik dan kemanusiaan membabitkan pelarian Rohingya sebagai sebahagian daripada kempen berterusannya untuk menyokong minoriti Islam yang ditindas di Myanmar.
Sejajar dengan usaha ini, Setiausaha Agung OIC Iyad Ameen Madani, mengarahkan pejabat OIC di Geneva dan New York supaya menyelaraskan kerjasama aktif dengan agensi serta pertubuhan antarabangsa yang berkaitan untuk menyumbang kepada ikhtiar kemanusiaan itu.
Isu itu akan turut menjadi agenda utama mesyuarat Majlis Menteri-Menteri Luar di Kuwait pada Rabu, dengan pelan tindakan bersama akan dibincangkan untuk diterima pakai, kata pertubuhan berpusat di Jeddah itu menerusi kenyataan.
Sementara itu, Duta Khas OIC ke Myanmar, Tan Sri Syed Hamid Albar, bergiat aktif di lapangan selain bekerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO) setempat dan menghubungi pegawai OIC dalam kempen untuk membantu Rohingya, yang disifatkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sebagai sebuah daripada minoriti paling teruk ditindas di dunia.
OIC turut berhubung dengan rangkaian kemanusiaan NGO untuk mewujudkan pelan tindakan menyeluruh bagi menangani isu itu di samping membuat persediaan untuk melancarkan kempen kesedaran media dan kutipan derma di kesemua 57 negara anggotanya.
OIC memperjelaskan bahawa krisis yang berlaku sekarang sebahagian besarnya berpunca daripada situasi dahsyat dihadapi kaum Rohingya, yang mengakibatkan kira-kira 100,000 daripada mereka melarikan diri dari negeri Rakhine dengan menaiki bot ekoran penindasan, ketakutan, penderaan dan pembunuhan sejak 2012.
Pertubuhan itu menegaskan bahawa komuniti antarabangsa mesti mendesak Kerajaan Myanmar supaya berhenti mencabuli hak asasi manusia kaum Rohingya dan mengiktiraf mereka sebagai warganegara sepenuhnya, dalam usaha menyeluruh untuk menangani keadaan yang tidak dapat dipertahankan itu.
Menurut OIC, pertubuhan itu secara aktif menyokong Rohignya untuk mendapatkan semula kewarganegaraan yang dibatalkan pada 1982, dan telah membantu dalam mengasaskan Arakan Rohingya Union, sebuah entiti mewakili Rohingya di seluruh dunia, bagi mendapatkan sokongan komuniti antarabangsa selain meningkatkan kesedaran terhadap nasib mereka.
Ia turut menerima pakai pelan tindakan untuk memujuk kerajaan Myanmar supaya "mengambil tindakan" terhadap mereka yang menyebarkan kebencian dan memupuk keganasan terhadap Rohingya, selain mengadakan dialog antara komuniti dan antara agama.
OIC turut menghantar misi mencari maklumat ke Myanmar dan mencadangkan kepada kerajaan supaya membuka sebuah pejabat kemanusiaan OIC tetapi ditolak oleh pihak berkuasa Myanmar.
Malaysia dan Indonesia bersetuju menyediakan tempat perlindungan sementara bagi 7,000 pelarian Rohingya dan Bangladesh serta migran yang hanyut di laut selama setahun.
Bernama
Tue May 26 2015

IYAD AMEEN: OIC gerakkan usaha bantu pelarian Rohingya - Gambar fail

Ahli Parlimen perlu bahas perkara bantu pupuk perpaduan, bukan berunsur hasutan - Fahmi
Ahli Parlimen diingatkan untuk membahaskan perkara yang boleh membantu memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat dan bukannya membangkitkan isu berunsur hasutan.

Jururawat wanita maut selepas langgar belakang lori di lebuh raya SILK
Seorang jururawat wanita maut dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan di Kilometer 28.2 Sistem Lingkaran-Lebuhraya Kajang (SILK) semalam.

Firma guaman dikenal pasti terlibat isu seleweng tanah di Selangor - MB
Firma guaman antara entiti lain yang dikenal pasti terlibat dalam kegiatan pindah milik tanah secara tidak sah di Selangor, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor diberitahu.

Lebih 150 ‘false killer whale’ terdampar di pantai Australia
Lebih 150 false killer whales ditemukan terdampar di sebuah pantai di Australia pada Rabu, lapor pihak berkuasa tempatan.

Berang kena marah, remaja lelaki bakar bapa hidup-hidup
Remaja lelaki berusia 14 tahun bertindak kejam membakar bapa kandungnya selepas dimarahi kerana disyaki mencuri wang di rumah sewa mereka di Ajay Nagar Part 2, Faridabad, India awal pagi Selasa.

Insiden Steven Sim kena marah: DAP siasat jika ada aduan - Anthony
DAP akan menjalankan siasatan tatatertib sekiranya terdapat sebarang aduan dikemukakan berkaitan kejadian Pengerusi DAP Pulau Pinang Steven Sim dimarahi pada satu majlis di Pulau Pinang, Sabtu lepas.

Malaysia dijangka berdepan cabaran pembangunan pusat data AI dengan sekatan terkini AS - Liew
Malaysia dijangka berdepan cabaran dalam pembangunan pusat data kecerdasan buatan (AI) dengan sekatan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat.
Trump kenakan tarif 25% ke atas kenderaan dan cip
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menyatakan hasrat untuk mengenakan tarif 25% ke atas import kenderaan serta kadar serupa terhadap cip semikonduktor dan produk farmaseutikal.
Menurutnya, tarif sektor farmaseutikal dan cip semikonduktor akan bermula pada kadar 25% atau lebih tinggi, dengan peningkatan ketara dalam tempoh setahun.
Menurutnya, tarif sektor farmaseutikal dan cip semikonduktor akan bermula pada kadar 25% atau lebih tinggi, dengan peningkatan ketara dalam tempoh setahun.
3,316 graduan dilantik pegawai perubatan siswazah
Semua 3,316 graduan perubatan yang berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia (MMC) tahun lalu, dilantik sebagai pegawai perubatan siswazah (PPS) di Hospital Latihan Siswazah (HLS) di seluruh negara.
KKDW pertimbang guna kaedah IBS bina rumah PPRS
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sedang mempertimbang penggunaan kaedah Sistem Binaan Berindustri (IBS) dalam pembinaan Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS).

OIC gerakkan usaha bantu pelarian Rohingya - Iyad Ameen
OIC menggerakkan usaha untuk menguruskan aspek politik dan kemanusiaan membabitkan pelarian Rohingya sebagai sebahagian kempen untuk menyokong minoriti Islam yang ditindas di Myanmar.