KUALA LUMPUR: Seorang Orang Kene Tahan (OKT) yang cuba melarikan diri setelah melakukan ujian saringan COVID-19 di Klinik Kesihatan Beranang, Semenyih dekat sini kelmarin, ditahan semula polis kira-kira 50 meter dari lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata dalam kejadian pada 11 pagi itu, anggota polis bertugas telah mengiringi 19 OKT dari Balai Polis Kajang ke klinik berkenaan dengan menaiki lori polis.
"Setelah selesai ujian saringan, kesemua OKT dinaikkan semula ke dalam lori polis...secara tiba-tiba seorang daripada mereka cuba melarikan diri namun OKT itu ditahan semula dan dimasukkan ke lokap Balai Kajang dengan selamat," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Beliau merujuk satu video tular di laman sosial TikTok menerusi akaun id@goodymy_official berdurasi 38 saat yang memaparkan seorang OKT memakai baju dan seluar berwarna ungu terlepas semasa urusan menaikkan OKT berkenaan ke dalam lori polis.
Katanya, lelaki terbabit merupakan OKT yang ditahan bersabit kes samun dan sedang dalam tempoh reman hingga hari ini.
Mohd Zaid berkata polis telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 223 dan 224 Kanun Keseksaan kerana melarikan diri daripada tahanan polis.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 12 2022
Video tular OKT yang cuba melarikan diri setelah melakukan ujian saringan COVID-19 di Klinik Kesihatan Beranang, Semenyih semalam. -Video tular
Sukan perpaduan akan diperluas - Saraswathy
Sukan Perpaduan yang berjaya menarik kehadiran orang ramai pada tahun lepas, akan diperluas dari segi skala mahupun jumlah acaranya tahun ini.
PM Australia rombak kabinet menjelang PRU
Albanese menyifatkan perubahan dalam kabinet ini sebagai langkah untuk memastikan kerajaan terus "kuat, bersatu dan stabil" selepas peletakan jawatan Bill Shorten sebagai Menteri Skim Insurans Hilang Upaya Nasional (NDIS) dan Perkhidmatan Kerajaan.
10 Berita Pilihan - (16 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Jumaat – 17 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jimat minyak sambil bantu rakyat Palestin di Gaza
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Iltizam Relief Society, Mohd Shah Sapiei, produk FuelPlus terbukti memberi manfaat kepada pemilik kenderaan dengan menjimatkan penggunaan bahan api serta penjagaan enjin yang lebih baik.
KPDN teliti syor larang warga asing beli minyak masak paket
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan meningkatkan operasi penguatkuasaan bagi mengekang isu ketirisan minyak masak paket bersubsidi.
Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, ini termasuk meneliti cadangan untuk melarang warga asing daripada membelinya.
Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, ini termasuk meneliti cadangan untuk melarang warga asing daripada membelinya.
Jabatan Veterinar didakwa tidak siasat aduan
Jabatan Perkhidmatan Veterinar didakwa tidak menyiasat atau mengambil tindakan ke atas kes-kes penganiayaan haiwan yang dilaporkan.
Gunakan Akta Kebajikan Haiwan 2015 henti penganiayaan
Aktivis kebajikan haiwan mendesak kerajaan untuk memperketatkan penguatkuasaan undang-undang untuk menghentikan penganiyaan ke atas binatang dengan segera.
Tiga tuntutan perhimpunan rakyat benci rasuah termasuk menghentikan gejala rasuah
Menerusi sebuah kenyataan media oleh SRBR pada Khamis, antaranya termasuk tindakan pantas dan tegas terhadap semua kes rasuah melibatkan ahli politik tanpa sebarang pilih kasih.
Najib mengaku bersemuka, tidak selesa gaya hidup mewah Jho Low
Najib juga tidak pernah mengesahkan dakwaan pembelian hartanah bernilai jutaan ringgit dan karya seni oleh Jhoe Low adalah bagi pihak Sheikh Mansour Zayed Al Nahyan, iaitu adik kepada Putera Mahkota Abu Dhabi.
OKT lari selepas ujian saringan COVID-19 ditahan semula polis
Anggota polis bertugas telah mengiringi 19 OKT dari Balai Polis Kajang ke klinik berkenaan dengan menaiki lori polis.