SERDANG: Meskipun mempunyai masalah pendengaran, kekurangan itulah yang menjadikan Dr Abdul Aziz Abdul Rahman, graduan doktor perubatan veterinar Universiti Putra Malaysia (UPM), lebih gemar berkomunikasi dan memahami haiwan.
Anak kelahiran Kuala Lumpur dengan masalah pendengaran separa normal itu kini bertugas sebagai doktor veterinar di sebuah klinik di Shah Alam dan merupakan antara penerima ijazah sempena Istiadat Konvokesyen UPM ke-45 di sini hari ini.
"Disebabkan kekurangan saya, saya lebih suka berkomunikasi dengan haiwan berbanding manusia. Sebab kalau manusia perlukan percakapan manakala haiwan memadai dengan menyaksikan tingkah laku mereka. Saya selesa dengan haiwan," katanya kepada pemberita selepas majlis konvokesyen itu.
Dr Abdul Aziz, 25, berkata beliau didiagnos mempunyai masalah pendengaran agak lewat iaitu ketika darjah satu iaitu menggunakan alat bantuan pendengaran pada usia tujuh tahun.
Beliau berkata arwah ibunya merupakan individu yang paling banyak menyokong cita-citanya untuk menjadi doktor veterinar, ketika terdapat orang sekeliling yang mempertikaikan impiannya selain bidang veterinar masih belum dikenali ramai ketika itu.
"Kini tugas saya di klinik meliputi pemandulan dan pembedahan tisu lembut haiwan. Cita-cita saya pula adalah menjadi pakar bedah veterinar," katanya yang turut menzahirkan penghargaan kepada majikannya yang sudi mengambilnya untuk bekerja biarpun tahu mengenai kekurangannya.
Dr Abdul Aziz turut menitipkan nasihat kepada golongan orang kurang upaya (OKU) agar tidak melihat kekurangan diri sebagai halangan untuk berjaya dalam hidup kerana semua orang berhak dan layak untuk memajukan diri masing-masing dengan usaha berterusan dan sokongan positif.
Graduan OKU berkerusi roda iaitu Hussain Said, 27, pula berjaya menamatkan pengajiannya dalam Master Bahasa Melayu setelah sebelum ini menamatkan pengajian dalam kursus Bacelor Sastera Bahasa dan Linguistik Melayu di UPM, hasil dorongan padu ibu bapanya yang mahu beliau belajar ke peringkat lebih tinggi.
Ditanya sebab memilih bidang pengajian bersandarkan Bahasa Melayu, Hussain yang bekerja sebagai juruwang di Tanjung Karang, Selangor, berkata beliau mahu mengubah mentaliti masyarakat dalam memartabatkan Bahasa Melayu.
"Kita lihat ada banyak penggunaaan bahasa rojak, macam mana kita nak betulkan mentaliti masyarakat khususnya generasi muda untuk menggunakan Bahasa Melayu dengan betul. Itulah yang menyebabkan saya tertarik dengan bidang ini," katanya.
Istiadat konvokesyen UPM yang bermula hari ini sehingga 24 Mac melibatkan seramai 6,142 graduan merangkumi 484 penerima Ijazah Doktor Falsafah (PhD), Sarjana (1,611), Bacelor (3,564) dan Diploma (483).
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 19 2022
![OKU pendengaran atasi kekurangan jadi doktor veterinar OKU pendengaran atasi kekurangan jadi doktor veterinar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/81647683013_GraduanDoktorPeru.jpg)
Anak kelahiran Kuala Lumpur itu kini bertugas sebagai doktor veterinar di sebuah klinik di Shah Alam. - Bernama
![China atasi Jepun, mara ke final kejohanan badminton berpasukan campuran Asia China atasi Jepun, mara ke final kejohanan badminton berpasukan campuran Asia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739656231_TBBadminton.jpg)
China atasi Jepun, mara ke final kejohanan badminton berpasukan campuran Asia
Pasangan Jepun Hiroki Midorikawa dan Natsu Saito menewaskan pasangan China, Gao Jiaxuan dan Wu Mengying untuk memperoleh mata pertama buat Jepun.
![Fahmi ucap takziah kepada keluarga bekas wartawan Utusan Melayu Muhammad Basir Fahmi ucap takziah kepada keluarga bekas wartawan Utusan Melayu Muhammad Basir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739657048_TBFahmi.jpg)
Fahmi ucap takziah kepada keluarga bekas wartawan Utusan Melayu Muhammad Basir
Fahmi mendoakan agar seluruh keluarga Allahyarham tabah dan dikurniakan kekuatan dalam menghadapi kehilangan itu.
![Prabowo rancang 15 projek mega teruskan dasar hiliran Jokowi Prabowo rancang 15 projek mega teruskan dasar hiliran Jokowi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41734388703_Prabowo.jpg)
Prabowo rancang 15 projek mega teruskan dasar hiliran Jokowi
Prabowo menjelaskan bahawa usaha hiliran sumber semula jadi bagi meningkatkan nilainya selaras dengan misi utama pentadbirannya.
![Keharmonian, kesejahteraan dan keadilan sosial teras ketamadunan bandar - Dr Zaliha Keharmonian, kesejahteraan dan keadilan sosial teras ketamadunan bandar - Dr Zaliha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739655954_TBAaronAgoDagang.jpg)
Keharmonian, kesejahteraan dan keadilan sosial teras ketamadunan bandar - Dr Zaliha
Tidak ada maknanya ibu negara memiliki bangunan pencakar langit tertinggi, tetapi masih ada rakyat yang bergelut dalam kesukaran hidup.
![Dihukum kad merah, Selangor FC tetap benam PDRM FC 3-2 Dihukum kad merah, Selangor FC tetap benam PDRM FC 3-2](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739655416_TBChallengeCup.jpg)
Dihukum kad merah, Selangor FC tetap benam PDRM FC 3-2
Selangor dan PDRM seterusnya akan bertemu sekali lagi bagi final kedua pada 22 Feb ini di venue yang sama.
![MOF jangka peruntukan Kampung Angkat MADANI dibelanjakan sepenuhnya tahun ini MOF jangka peruntukan Kampung Angkat MADANI dibelanjakan sepenuhnya tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739654077_TBAmirHamzah.jpg)
MOF jangka peruntukan Kampung Angkat MADANI dibelanjakan sepenuhnya tahun ini
Peruntukan itu, yang diumumkan dalam Belanjawan 2024, bertujuan merapatkan jurang antara desa dan bandar dengan menyediakan kemudahan diperlukan.
![Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71732712031_NajwanHalimi.jpg)
Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua
Selangor akan memastikan pemilihan jenis sukan yang dipertandingkan pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 adil kepada semua negeri.
![Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739623650_DatinWongPoiHong.jpg)
Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas
Sebanyak 16,328 laporan direkodkan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak (CSAM) di negara ini sepanjang tahun lepas.
![Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739636564_Videotular.jpg)
Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam
Baru-baru ini tular satu rakaman di media sosial yang memaparkan notis berunsur perkauman oleh seorang penjual jagung bakar di Kota Warisan, Sepang.
![Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40 Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739628918_MKulasegaranJust.jpg)
Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40
Ketika ini terdapat lima van bergerak tersedia termasuk tiga yang diperoleh sewaktu kepimpinan Kerajaan MADANI.
![Starbucks lancar 'cawangan bahasa isyarat' pertamanya di Kuching Starbucks lancar 'cawangan bahasa isyarat' pertamanya di Kuching](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61692321071_TBFatimahAbdullah.jpg)
Starbucks lancar 'cawangan bahasa isyarat' pertamanya di Kuching
Ia didedikasikan bagi menawarkan peluang pekerjaan dan pembangunan kepada orang kelainan upaya pendengaran.
![Tukang jahit Indonesia hasilkan topeng lutsinar bantu golongan OKU pendengaran Tukang jahit Indonesia hasilkan topeng lutsinar bantu golongan OKU pendengaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-04/41588087851_TopengMukaBisu.jpg)
Tukang jahit Indonesia hasilkan topeng lutsinar bantu golongan OKU pendengaran
Pasangan tukang jahit di Indonesia ini berjaya menemui penyelesaian kepada masalah berkenaan.
![USIM hasilkan aplikasi al-Quran Isyarat untuk OKU pendengaran USIM hasilkan aplikasi al-Quran Isyarat untuk OKU pendengaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-10/41570224277_950x600.jpg)
USIM hasilkan aplikasi al-Quran Isyarat untuk OKU pendengaran
Aplikasi yang menyokong peranti android ini juga, mampu menjadi model aplikasi mesra OKU pendengaran di peringkat antarabangsa.