KUALA LUMPUR: OKU Sentral hari ini menyuarakan rasa kecewa, dan membantah tindakan Senator Isaiah Jacob berterusan menggunakan istilah "specially abled", yang jelas bertentangan sama sekali dengan istilah yang diperakui oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan termaktub dalam Akta Orang Kurang Upaya 2008.
Presiden OKU Sentral Senator (B) Datuk Ras Adiba Radzi berkata istilah 'Orang Kurang Upaya' telah diterima secara meluas dan dipersetujui di Malaysia apabila merujuk kepada komuniti berkenaan.
Beliau berkata penggunaan bahasa eufemistik melemahkan perjuangan dan cabaran yang dihadapi oleh komuniti OKU, di samping mengalihkan perhatian daripada isu kritikal yang memerlukan perhatian segera.
Dengan menyokong perubahan dalam istilah daripada OKU kepada kepada 'keupayaan khas' atau 'kelainan upaya' seperti yang dicadangkan oleh Senator Jacob, menurutnya ia mungkin menyebabkan Malaysia ditegur oleh masyarakat antarabangsa dan PBB.
"Malaysia telah meratifikasi Konvensyen Mengenai Orang Kurang Upaya (CRPD) PBB pada 2010, dan sebarang kelewatan dalam menangani isu istilah boleh menghalang kemajuan dalam memperbaiki keadaan orang kurang upaya," katanya dalam kenyataan hari ini.
Ras Adiba berkata sekiranya Senator Jacob yang diberi mandat untuk mewakili suara komuniti OKU berhasrat untuk memberi tumpuan kepada aspek bahasa, langkah praktikal yang pertama adalah untuk menghapuskan istilah 'cacat' atau 'kecacatan' daripada dokumen kerajaan dan menggantikan ia kepada istilah yang lebih bermaruah seperti 'kurang upaya'.
Beliau berkata ketika ini kerajaan masih menggunakan 'Borang C (Cacat)' yang terdapat dalam Kementerian Pendidikan berkaitan keperluan penginapan.
Beliau turut menyeru agar lebih banyak libat urus serta kolaborasi dan tindakan lebih bermakna yang mengutamakan tindakan substantif ditampilkan, dalam menangani keperluan dan cabaran yang dihadapi komuniti OKU.
"Ini termasuk usaha untuk mengukuhkan undang-undang dan dasar, meningkatkan kebolehcapaian dan infrastruktur, menggalakkan pekerjaan dan penyertaan ekonomi, meningkatkan akses dan kesejahteraan penjagaan kesihatan, serta menegakkan hak dan keterangkuman untuk semua ahli komuniti OKU," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 06 2024

OKU Sentral berpandangan istilah 'Orang Kurang Upaya' telah diterima secara meluas dan dipersetujui di Malaysia apabila merujuk kepada komuniti berkenaan. - Gambar fail/Bernama

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

OKU Sentral bantah istilah digunakan Isaiah Jacob dalam merujuk kepada OKU
OKU Sentral menyuarakan rasa kecewa, dan membantah tindakan Senator Isaiah Jacob berterusan menggunakan istilah "specially abled".

OKU Sentral saran KKM wujud dasar penyakit jarang jumpa
Ia merangkumi dana sokongan kerajaan, penyelidikan jujukan genom, jumlah pakar genetik dan penyediaan fasiliti rawatan di hospital atau klinik pakar.

OKU Sentral sambut Hari OKU Antarabangsa dengan Konsert ILHAM Isnin ini - Ras Adiba
Konsert ILHAM 2022 diharap dapat menaikkan semangat golongan OKU kerana ia merupakan platform untuk menonjolkan bakat mereka.

Kemudahan warga emas tidak mencukupi menjelang status 'negara tua' 2030 - Ras Adiba
Walaupun berbaki beberapa tahun sahaja lagi sebelum negara dijangka mencapai status 'negara tua' pada 2030, namun kemudahan untuk warga emas masih lagi tidak mencukupi.

Bioteknologi beri harapan baharu kepada OKU - Ras Adiba
Bioteknologi dalam penjagaan kesihatan dan kesejahteraan adalah aspek yang penting untuk OKU.

Enam OKU antara 22 pendaki bakal takluk Gunung Kinabalu hujung bulan ini
Enam pendaki Orang Kurang Upaya (OKU) antara 22 peserta yang bakal menggalas cabaran ekspedisi Kinabalu OKU Challenge 2022 yang dijadual bermula hujung bulan ini.

Komuniti OKU diseru guna pengangkutan awam
Komuniti Orang Kurang Upaya (OKU) diseru untuk menggunakan pengangkutan awam dengan lebih banyak, agar pihak bertanggungjawab dapat menambah baik keperluan golongan itu.

Rancakkan penglibatan OKU dalam ekonomi digital - Ras Adiba
Usaha merancakkan dan mengarusperdanakan penglibatan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dalam ekonomi digital harus dilipat ganda.

Kerajaan wajar pertimbang kenaikan elaun OKU - Ras Adiba
Kerajaan wajar mempertimbangkan untuk menaikkan elaun golongan orang kurang upaya (OKU) bagi membantu mengurangkan bebanan kos hidup mereka.

Komuniti OKU minta kerajaan pertimbang luluskan perkhidmatan refleksologi
-Saya sebenarnya terkilan apabila mendapati bahawa perkhidmatan tersebut tidak disenaraikan bersekali dengan perkhidmatan-perkhidmatan lain yang boleh memulakan perniagaan semula."