Biarpun cacat kedua belah tangan sejak lahir, namun ia tidak menjadi penghalang bagi Rahim Yusoff, mengusahakan ternakan lembu untuk dijual kepada orang ramai bagi meraih pendapatan menampung keluarganya.
Rahim, 54, berkata dia mula menternak lembu sejak enam tahun lalu bermodalkan RM2,500 dengan membeli seekor lembu bunting daripada seorang penternak lembu di Machang.
"Pada Aidiladha tahun lepas, saya berjaya menjual 10 ekor lembu bagi tujuan ibadah korban sekitar harga RM2,500 hingga RM3,700 seekor untuk memenuhi permintaan penduduk setempat.
"Dengan pendapatan yang diperoleh ini, sekurang-kurangnya ia dapat menampung perbelanjaan kami lima beranak daripada terus menagih simpati dan mengharapkan bantuan orang ramai," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bukit Pangkal Gong, Pulai Chondong di sini pada Rabu.
Katanya dia kini mempunyai lima ekor lembu iaitu tiga yang dipelihara sendiri manakala dua ekor lagi melalui sistem pawah iaitu milik penduduk kampung itu yang menyuruhnya menjaga ternakan mereka dan daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Kelantan.
Bapa kepada tiga anak ini berkata untuk mengelakkan ternakan dijangkiti penyakit yang boleh menyebabkan kematian termasuk penyakit kuku dan mulut, dia akan mendapatkan khidmat veterinar untuk memberi suntikan sekurang-kurangnya enam bulan sekali.
"Bagi makanan, selain memberi palet berharga RM31 untuk 50kg yang hanya mampu bertahan tiga hari, saya juga akan melepaskan lembu di bendang berdekatan, sekitar waktu pagi hingga petang untuk meragut rumput.
"Lembu-lembu ini sudah jinak dan terbiasa dengan rutin harian seolah-olah ia sudah memahami, sekali gus memudahkan saya untuk mengawal walaupun dari jauh," katanya yang cekap menguruskan ternakannya termasuk mencuci kandang dan memberi lembunya makan walaupun hanya menggunakan kakinya.
Katanya sebelum ini dia juga memelihara itik, namun tragedi bah kuning pada 2014 menyebabkannya mengalami kerugian kira-kira RM15,000 apabila 400 itik yang dipelihara mati dibawa arus banjir dan walaupun gagal ketika itu, namun ia tidak mematahkan semangatnya untuk bangkit berusaha dan mencuba nasib dalam bidang ternakan lembu.
Rahim berkata dia dan isteri, Noraidah Hamzah, 45, turut menerima bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM400 dan RM250 setiap seorang.
Katanya, dia juga berharap agar usaha dan kecekalannya itu dapat dijadikan inspirasi dan tidak menjadikan kekurangan diri kepada golongan yang senasib dengannya sebagai penghalang untuk berjaya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 08 2020

Biarpun cacat kedua belah tangan, namun ia tidak menjadi alasan untuk terus berpeluk tubuh bagi seorang Orang Kurang Upaya (OKU) Rahim Yusoff, 54, untuk menternak lembu di rumahnya di Kampung Bukit Pangkal Gong, Pulai Chondong di sini. - Bernama

Lebih 12,000 wanita jadi korban keganasan Israel di Gaza - Kementerian
Konflik di Gaza menyebabkan 12,298 wanita terkorban akibat serangan udara dan serangan tentera Israel.
Tumpuan Isnin – 10 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (9 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sindiket penipuan: Ribuan terperangkap selepas dipaksa jadi 'scammer'
Bulan lalu, satu operasi oleh pihak berkuasa Thailand, China dan Myanmar membawa kepada pembebasan lebih 7,000 mangsa dari lokasi di mana mereka terpaksa memperdayakan orang ramai untuk melabur wang simpanan mereka.
BN tiada masalah cari calon sesuai
Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai masalah untuk mencari calon yang sesuai bagi mewakili parti itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini.
Jalan TAR meriah, warga kota buat persiapan awal Hari Raya
Meskipun baru seminggu umat Islam berpuasa, warga kota sudah memulakan persiapan awal bagi menyambut Aidilfitri.
Bagi mendapatkan suasana kemeriahan itu, kita bersama rakan setugas, Khalis Khadir yang kini berada di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.
Bagi mendapatkan suasana kemeriahan itu, kita bersama rakan setugas, Khalis Khadir yang kini berada di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 9 Mac 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 9 Mac 2025.

Mayat lelaki warga asing ditemukan terapung di Sungai Pantai
Mayat seorang lelaki warga asing ditemukan terapung di Sungai Pantai berdekatan Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Angkasapuri, pada 4.39 petang tadi.

Jumlah mangsa banjir di Sabah semakin meningkat, Sarawak kekal
Keadaan banjir di Sabah dilaporkan semakin buruk manakala jumlah mangsa di Sarawak yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) kekal malam ini.

Banjir: Korban meningkat kepada enam, jumlah mangsa di seluruh negara berkurang
Jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencatat penurunan kepada 140,896 orang setakat 8 malam ini berbanding 148,024 orang pada 4 petang tadi.

Remaja mati lemas ketika mandi bersama rakan
Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun mati lemas ketika mandi-manda bersama rakannya di kawasan pam pasir Kampung Bagan, Pulai Chondong di sini semalam.

JBPM Kelantan selamatkan empat remaja dihanyut banjir
Mereka berjaya diselamatkan oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Machang.

Dua termasuk budak 10 tahun maut nahas empat kenderaan
Dua individu maut dalam kemalangan membabitkan tiga motosikal dan sebuah kereta di Kilometer 38 Jalan Kota Bharu-Kuala Krai, Machang.

Lelaki ditembak sempat larikan kereta polis sebelum maut
Seorang lelaki maut ditembak selepas menyerang pihak polis dengan senjata tajam dalam kejadian jam 4.30 pagi di Tok Bok, di sini pada Isnin.

Lelaki serang polis maut ditembak
Seorang lelaki maut ditembak selepas dipercayai bertindak agresif menyerang polis dengan senjata tajam di Tok Bok, di sini pada Isnin.

Lelaki maut bergaduh depan kedai
Seorang kakitangan awam maut dalam pergaduhan di hadapan sebuah kedai di Kampung Cabang Sungai Hala di sini.

Dua individu maut, van bertembung treler
Dua individu maut selepas van yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah treler di jalan Kota Bharu-Machang-Jeli berhampiran Kampung Batang Merbau dekat sini pada Selasa.

Polis tahan lelaki miliki pistol, lima peluru
Turut ditemukan 4 butir peluru hidup dalam kelopak, dua bilah keris kecil, sembilan bilah pedang, dan satu bilah parang berhulu kayu.

'Adik Kiss' dan 'Long' tenang 'bersiar-siar atas motosikal
Aksi Muhammad Amir bersama ayam dan kucingnya bersiar-siar dengan motosikal sering menarik perhatian pengguna jalan raya.