KUALA LUMPUR: Skuad badminton kebangsaan bakal berkampung selama 10 hari di wilayah Aire Sur La Lys, Perancis dari 10 hingga 20 Julai ini bagi menjalani kem latihan pra-Sukan Olimpik 2024 di Paris.
Penyelaras Program Road To Gold (RTG) Datuk Stuart Ramalingam berkata selain kem latihan pra-Olimpik, Jawatankuasa RTG turut menunaikan dua lagi permintaan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bagi menjalani kem latihan di luar negara sebagai persiapan menghadapi dua kejohanan di China iaitu Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2024 di Ningbo (9 hingga 14 April), diikuti Piala Thomas dan Uber 2024 di Chengdu (28 April hingga 5 Mei).
"Kem latihan pertama sebelum BAC akan bermula dari 26 Mac hingga 6 April, manakala kem latihan kedua sebelum Piala Thomas dan Uber dari 15 hingga 24 April," katanya selepas mesyuarat Jawatankuasa RTG semalam.
Setakat ini, tujuh pemain di bawah naungan BAM disenaraikan ke dalam Program RTG iaitu pemain perseorangan lelaki Ng Tze Yong, juara beregu lelaki dunia 2022 Aaron Chia-Soh Wooi Yik, beregu wanita utama negara Pearly Tan-M. Thinaah dan beregu campuran nombor satu negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei.
Dalam pada itu, Stuart berkata Jawatankuasa RTG telah memberi lampu hijau buat jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang dan rakan sepasukan Muhammad Shah Firdaus Sahrom untuk menjalani kem latihan berpusat sebelum ke temasya sukan terbesar dunia itu.
Beliau berkata kedua-dua pelumba berkenaan bakal menjalani dua kem latihan masing-masing di Brisbane, Australia dari 23 Mac hingga 13 April ini dan Silverstone, United Kingdom dari 9 hingga 13 Jun ini, manakala kem latihan pra-Olimpik pula bakal diadakan di Mallorca, Sepanyol dari 13 Jun hingga 1 Ogos.
Stuart pada masa sama memaklumkan pihaknya turut memantau perkembangan kesihatan Mohd Azizulhasni selepas menjalani pembedahan jantung terbuka pada April 2022 di Hospital Epworth Richmond, Melbourne dan terus menyokong keperluan latihan serta perubatannya dari semasa ke semasa.
Dalam perkembangan lain, Pengerusi Bersama RTG Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata Tze Yong selamat menjalani pembedahan di bahagian belakang oleh Institut Sukan Negara baru-baru ini dan mendoakan agar pemain berusia 23 tahun itu segera sembuh.
Selain kecederaan belakang, impian Tze Yong untuk beraksi pada Sukan Olimpik 2024, dijadual dari 26 Julai hingga 11 Ogos, sukar dipastikan selepas turut mengalami kecederaan otot bawah belakangnya semasa Kejohanan Terbuka Malaysia Januari lepas.
Pembedahan di bahagian belakang dijangka mengetepikan Tze Yong daripada beraksi di gelanggang selama beberapa minggu dan tempoh kelayakan ke Paris 2024 akan berakhir pada 28 April.
Sesebuah negara hanya boleh mempunyai dua wakil dalam acara perseorangan, jika kedua-dua pemain berada pada kedudukan 16 teratas dunia dalam ranking Race to Paris menjelang tempoh akhir kelayakan, dengan pemain profesional Lee Zii Jia kini menduduki ranking ke-10, sementara Tze Yong di ranking ke-15, tetapi berisiko kehilangan kedudukan itu jika beliau terus tidak beraksi dalam kejohanan kelayakan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 01 2024

Stuart berkata setakat ini, tujuh pemain di bawah naungan BAM disenaraikan ke dalam Program RTG. - Foto fail/BERNAMA
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Hafiq yakin mampu bawa cabaran lebih besar
Pelumba endurance ini melakar impian besar untuk membawa nama Malaysia ke pentas Olimpik.

Sze Fei-Nur Izzuddin layak jadi pasangan nombor satu negara - Aaron
Pemain beregu lelaki negara Aaron Chia mengakui bahawa Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani layak menjadi pasangan utama negara ketika ini.

Gimnas legenda Hungary Agnes Keleti meninggal dunia
Agnes Keleti, legenda gimnastik dan seorang daripada atlet terkenal di Hungary, meninggal dunia awal pagi Khamis pada usia 103 tahun.

Jelajah Dunia Akhir BWF: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik tempah slot separuh akhir
Lee Zii Jia mengesahkan tempat ke aksi separuh akhir selepas melakar kemenangan kedua peringkat Kumpulan A, Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China hari ini.

PM Anwar bangga pencapaian wira negara di Sukan Olimpik dan Paralimpik Paris 2024
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa bangga atas pencapaian tujuh wira negara yang telah mengharumkan nama Malaysia di temasya Sukan Olimpik dan Paralimpik Paris 2024.

Sze Fei-Nur Izzuddin dipertimbang sertai RTG - Hannah
Ia dibuat selepas beregu lelaki berkenaan berjaya menampilkan aksi cemerlang pada beberapa kejohanan sebelum ini.

Pusat Badminton Berprestasi Tinggi Asia dibina di Malaysia - Norza
Inisiatif pertama dilakukan Mohamad Norza selepas terpilih sebagai Naib Presiden OCA bagi Asia Tenggara ialah pembinaan Pusat Badminton Berprestasi Tinggi Asia di Kuala Lumpur, Malaysia.

Wanita Kampala tunjuk solidariti terhadap kematian Rebecca Cheptegei
Sebilangan besar wanita di Kampala menunjukkan solidariti terhadap kematian atlit maraton Olimpik Uganda, Rebecca Cheptegei yang dibunuh teman lelakinya di Kenya pada Jumaat.

Tarik diri Olimpik Paris, Sinner pertahan gelaran Canadian Open
Pemain tenis nombor satu dunia, Jannik Sinner, mempertahankan gelaran Canadian Open dengan kemenangan 6-2 6-4 ke atas Borna Coric dari Croatia.

‘Penyakit dalam sukan Malaysia, tumpu kepada atlet menang sahaja’ - Penganalisis
"Tengok apabila Pandelela Rinong tidak boleh bertanding, tidak ada orang yang boleh menggantikan tempatnya, begitu juga berlaku selepas Lee Chong Wei bersara. Terkapai-kapai cari pengganti."