KUALA LUMPUR: Hanya dua pelari pecut negara Muhammad Azeem Fahmi dan Shereen Samson Vallabouy berada dalam senarai Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) untuk diberikan satu slot wildcard bagi mewakili Malaysia dalam Sukan Olimpik Paris 2024.
Pengarah Kejurulatihan KOM Robert Ballard berkata jawatankuasa pemilihan KOM perlu menyerahkan nama seorang daripada mereka kepada Majlis Olimpik Malaysia (MOM) sebelum 8 Julai depan sekiranya kedua-dua atlet itu tidak dapat melayakkan diri secara merit.
"MOM mesti menyerahkan nama (atlet) dengan jurulatih atau pegawai yang mengiringi (kepada Majlis Olimpik Antarabangsa)...tetapi kita harapkan kedua-dua atlet ini melayakkan diri (secara merit), dan jika mereka layak secara merit maka tiada keputusan yang perlu dibuat," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media di Mini Stadium Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil di sini hari ini.
Namun Ballard mengakui Shereen bakal menempuh jalan berliku apabila perlu memecahkan rekod 400 meter (m) yang dipegangnya menerusi beberapa kejohanan yang akan disertainya dengan terdekat di Nashville, Amerika Syarikat pada minggu depan.
"Dari Nashville, kita akan kembali ke Malaysia untuk Terbuka Malaysia dan kita juga telah meminta penyertaan acara di Kazakhstan pada 22 Jun bagi kedua-dua Shereen dan Muhammad Azeem untuk cuba melayakkan diri ke Olimpik secara merit," katanya.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata kehadiran dua bekas atlet dari Cuba, Jorge Luis Alfaro (lompat tinggi) dan Yunaika Crawford Roger (tukul besi) yang berada di Malaysia kira-kira enam minggu ini akan membantu menerusi perkongsian kepakaran mereka kepada sukan olahraga di Malaysia.
Ballard memaklumkan Jorge Luis yang pernah membimbing jaguh lompat tinggi negara Lee Hup Wei dan bekas pemenang gangsa Olimpik 2004, Yunaika akan mengemudi bengkel kemahiran yang disertai kira-kira 100 jurulatih di Stadium Ranau, Sabah pada 6 hingga 8 Jun ini.
"Mereka juga menyatakan minat untuk memohon (sebagai jurulatih tetap), jadi sudah semestinya saya meminta mereka untuk berbuat demikian," katanya.
Sementara itu Presiden Olahraga Sabah Mohamat Hassan menghargai usaha semua pihak berkepentingan untuk membawa bengkel berkenaan ke Sabah bagi melahirkan lebih ramai jurulatih berkaliber dari peringkat akar umbi hingga antarabangsa.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 25 2024

Jawatankuasa pemilihan KOM perlu menyerahkan nama seorang daripada mereka kepada Majlis Olimpik Malaysia (MOM) sebelum 8 Julai depan.
LCS 1 diserah Ogos 2026, pembinaan LCS 2-5 ikut jadual
Kapal Tempur Pesisir (LCS) 1 bakal diserahkan kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada Ogos 2026, manakala LCS 2 hingga 5 sedang dalam pembinaan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

MOTAC perkasa inap desa, tingkat kemahiran pengusaha
Kerajaan terus komited memperkasa komuniti inap desa dengan meningkatkan kemahiran pengusaha melalui bantuan pembangunan kapasiti khususnya dalam program Pengalaman Homestay Malaysia (PPHM).

Rasuah pendaftaran kelahiran: 12 individu direman, empat dibebaskan dengan jaminan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman 12 individu bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan pendaftaran lewat kelahiran.

Wartawan portal berita didakwa tuduhan rasuah Jumaat ini - Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki ketika mengesahkan perkara itu berkata tindakan tersebut diambil selepas perkara itu dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya hari ini.

Wakil wanita dalam pengurusan kanan dijangka turun kepada 36.2 peratus pada 2025
Laporan bertajuk Women in Business oleh Grant Thornton mendedahkan berlaku penurunan yang membimbangkan melibatkan perwakilan wanita dalam jawatan pengurusan kanan di Malaysia.

1,821 veteran terima kenaikan kadar pencen hilang upaya
Sebanyak 1,821 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mengalami kecederaan semasa dalam perkhidmatan menerima Kenaikan Kadar Pencen Hilang Upaya (PHU) yang berkuat kuasa 1 Jan lepas.
AWANI Borneo [12/3/2025] – Peruntukan baik pulih| Balik kampung| Pendidikan Tinggi Percuma
AWANI Borneo bersama Assim Hassan
1. Sekolah terjejas banjir di Sabah akan terima peruntukan baik pulih
2. Lee Kim Shin beri jaminan penerbangan untuk Sarawak mencukupi untuk hari raya.
3. Senarai kursus terlibat Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak diumum November ini.
1. Sekolah terjejas banjir di Sabah akan terima peruntukan baik pulih
2. Lee Kim Shin beri jaminan penerbangan untuk Sarawak mencukupi untuk hari raya.
3. Senarai kursus terlibat Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak diumum November ini.

Panel dinding stesen LRT Masjid Jamek runtuh, tiada kemalangan jiwa - Rapid Rail
Insiden terbabit bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa dan kerosakan besar pada struktur binaan stesen.
Thailand ramal jana RM131 bilion Sambutan Tahun Baharu
Festival Songkran menarik minat ramai pelancong khususnya daripada kalangan pelawat antarabangsa, tidak ketinggalan juga rakyat Malaysia.
Agenda AWANI: Mengurus perpaduan, cakap baik-baik
Apa cabaran terbesar dalam menguruskan perpaduan dan mempromosi hidup bersama dalam budaya damai di Malaysia? Jadikan media sosial sebagai platform semai kecintaan, bukan kebencian? Diskusi 8.30 malam

Azeem Fahmi pecah rekod kebangsaan lagi!
Azeem berjaya menamatkan larian di tempat ketiga dalam perlumbaan akhir Southeastern Conference Indoor Track and Field Championships.

Azeem Fahmi cipta sensasi lagi, layak ke final acara 60m di Texas
Azeem berjaya layak ke saingan akhir Southeastern Conference Indoor Track and Field Championships selepas menamatkan larian di tempat kedua.

Muhammad Azeem mahu jadi Raja Pecut Asia 2025
Katanya, beliau kini dalam fasa transisi perubahan corak latihan di bawah kendalian Ken Harden yang dijangka beri kesan positif terhadap prestasinya.

Hannah percaya Azeem mampu bangkit tebus kekecewaan di Olimpik Paris
Hannah berkata tidak ramai rakyat Malaysia yang mampu berlari dalam acara 100m di Sukan Olimpik, dan Muhammad Azeem seharusnya berbangga dengan pencapaian itu.

Terbuka Kazakhstan: Shereen, Azeem raih podium - Slot Sukan Olimpik kian samar?
Kedua-dua mereka masih menunggu peluang saat akhir untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik Paris.

Azeem Fahmi, Shereen tempah slot final acara 100m, 400m Terbuka Kazakhstan
Harapan dua pelari negara, Muhammad Azeem Fahmi dan Shereen Samson Vallabouy untuk beraksi di temasya Olimpik Paris masih terbuka.

Muhammad Azeem lakukan ‘false start’ di Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia
Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia mencipta kejutan apabila penyertaan Muhammad Azeem Fahmi dibatalkan kerana 'false start' atau salah mula.

Azeem dipilih penerima Anugerah Khas 100PLUS
Pelari pecut sensasi negara, Muhammad Azeem Fahmi dipilih sebagai penerima Anugerah Khas 100PLUS sempena majlis Anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM)-100PLUS 2022.

DUN Perak lulus Belanjawan Negeri 2023 bernilai RM1.19 billion
Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Perak sebulat suara meluluskan Belanjawan Negeri 2023 yang memperuntukkan RM1.19 billion pada Persidangan Dewan Undangan Negeri, di sini pada Rabu.

Jelajah Benua Olahraga Dunia: Azeem bakal beraksi di Jepun?
Azeem menjadi perhatian susulan penamat sukar dalam saingan 200 meter Sukma yang dimenangi pelari pecut Johor, Muhammad Arsyad.