KUALA LUMPUR: Walaupun disebut sebagai pasukan pilihan, pasukan Oman tidak akan memandang rendah pasukan lawan mereka termasuk skuad Harimau Malaya dalam saingan Kelayakan Piala Dunia pada November ini.
Pengarah Pasukan Kebangsaan Oman, Waleed Al Noumani berkata, kesemua pasukan yang diundi dalam Kumpulan D pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 mempunyai peluang sama rata untuk melangkah ke peringkat seterusnya.
Beliau berkata, prestasi kebanyakan pasukan bertanding telah meningkat ketika ini dan setiap pasukan juga telah menggunakan pendekatan baharu dalam strategi permainan mereka.
"Walaupun kita pernah berdepan pasukan itu sebelum ini, tapi kita perlu lebih berwaspada dengan apa yang akan dihadapi akan datang. Yang pasti, semua pasukan sedang bekerja keras untuk layak dan menang setiap perlawanan," katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Malaysia tewas dalam tiga perlawanan persahabatan menentang Oman, dengan pertemuan terakhir pada 2015 menyaksikan skuad Harimau Malaya dimalukan 0-6.
Selain Oman dan Malaysia, turut diundi dalam Kumpulan D ialah Kyrgyszstan dan pemenang bagi playoff antara Taiwan dan Timor Leste.
Pasukan menamatkan saingan di kedudukan dua teratas akan layak ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 sekali gus meraih slot automatik ke pentas Piala Asia 2027 manakala pasukan di tangga ketiga dan keempat kumpulan pula berpeluang merebut slot ke saingan Piala Asia 2027.
Berdasarkan ranking dunia, Oman berada di kedudukan ke-73, diikuti Kyrgyzstan (97), Malaysia (136), Taiwan (153) dan Timor-Leste (192) dan kelima-lima pasukan ini tidak pernah layak ke Piala Dunia.
Harimau Malaya di bawah kendalian Ketua Jurulatih, Kim Pan Gon, mencipta sejarah tahun lepas apabila menamatkan penantian 42 tahun untuk layak secara merit ke saingan Piala Asia 2023 di Qatar, dijadual pada 12 Jan hingga 10 Feb tahun depan. - BERNAMA
Bernama
Sat Jul 29 2023
![Oman tidak pandang rendah Harimau Malaya Oman tidak pandang rendah Harimau Malaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/81690452980_bolasepak.jpg)
Walaupun disebut sebagai pasukan pilihan, pasukan Oman tidak akan memandang rendah pasukan lawan mereka termasuk skuad Harimau Malaya dalam saingan Kelayakan Piala Dunia pada November ini. - Gambar fail/Facebook FAM
![Penipuan pinjaman peribadi: Pegawai institusi kewangan antara tujuh ditahan Penipuan pinjaman peribadi: Pegawai institusi kewangan antara tujuh ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739269028_Handcuffedwomen.jpg)
Penipuan pinjaman peribadi: Pegawai institusi kewangan antara tujuh ditahan
Polis menahan tujuh individu termasuk seorang pegawai wanita sebuah institusi kewangan semalam kerana disyaki menipu untuk mendapatkan pembiayaan peribadi berjumlah RM1.325 juta.
![Presiden Senat Kemboja berkata plot serangan dron ke atas rumah agamnya digagalkan Presiden Senat Kemboja berkata plot serangan dron ke atas rumah agamnya digagalkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2017-11/81510921285_HunSen.jpg)
Presiden Senat Kemboja berkata plot serangan dron ke atas rumah agamnya digagalkan
Hun Sen, yang juga presiden Parti Rakyat Kemboja yang memerintah, berkata seorang daripada perancang ditangkap di wilayah selatan Takeo.
Projek SOGIP RM8.88 bilion pemangkin Sabah jadi hab tenaga Asia Tenggara
Sabah dijangka muncul sebagai hab tenaga utama di Asia Tenggara susulan pelancaran projek hab tenaga minyak dan gas (OG) bernilai RM8.88 bilion di Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP).
![Trump 'isytihar perang' terhadap straw kertas Trump 'isytihar perang' terhadap straw kertas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739268563_PaperStraw.jpg)
Trump 'isytihar perang' terhadap straw kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump "mengisytiharkan perang" terhadap straw kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
![Penjawat awam perlu ambil perhatian isu libatkan kesejahteraan rakyat - Hajiji Penjawat awam perlu ambil perhatian isu libatkan kesejahteraan rakyat - Hajiji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41737882414_TBhajijiNoor.jpg)
Penjawat awam perlu ambil perhatian isu libatkan kesejahteraan rakyat - Hajiji
Penjawat awam perlu kurangkan kerenah birokrasi dengan mempermudah proses untuk memastikan sesuatu perkara dapat diselesaikan.
Filipina mulakan kempen pilihan raya
Tempoh kempen 90 hari bagi pilihan raya pertengahan penggal Filipina bermula hari ini dalam suasana politik yang semakin tegang.
Sebanyak 18,280 kerusi akan dipertandingkan pada pilihan raya 12 Mei ini, termasuk kesemua 317 kerusi di Dewan Perwakilan Rakyat.
Sebanyak 18,280 kerusi akan dipertandingkan pada pilihan raya 12 Mei ini, termasuk kesemua 317 kerusi di Dewan Perwakilan Rakyat.
China dan Thailand perdalam kepercayaan, perluas kerjasama
Dalam pertemuan tersebut, Xi Jinping juga menyentuh mengenai projek seperti kereta api berkelajuan tinggi yang dijadualkan menghubungkan Bangkok dengan Kunming di barat daya China.
![Harumanis Perlis berbuah lebih awal, hasil penyelidikan bersama UniMAP Harumanis Perlis berbuah lebih awal, hasil penyelidikan bersama UniMAP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/41597302921_Mempelamharumanis.jpg)
Harumanis Perlis berbuah lebih awal, hasil penyelidikan bersama UniMAP
Melalui penanaman lebih sistematik, Harumanis boleh dihasilkan lebih awal dengan kualitinya setanding dengan musim biasa.
Azalina, Rith bincang kerjasama undang-undang dua hala
Pengukuhan kerjasama undang-undang dua hala Malaysia-Kemboja antara perkara dibincangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said pada lawatan kerja ke Kemboja pada Isnin.
ASEAN bersatu sokong gencatan senjata - Anwar
ASEAN mengambil pendirian tetap menyokong gencatan senjata yang berkekalan di Semenanjung Gaza, dengan Malaysia berikrar memberikan sokongan penuh terhadap usaha pembinaan semula wilayah itu
![Angka korban insiden tembakan di masjid Oman meningkat kepada enam orang Angka korban insiden tembakan di masjid Oman meningkat kepada enam orang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721199094_insidentembakanber.jpg)
Angka korban insiden tembakan di masjid Oman meningkat kepada enam orang
Angka kematian susulan insiden tembakan berhampiran masjid di kawasan Al-Wadi Al-Kabir, Oman meningkat kepada enam termasuk seorang anggota polis.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Sekurang-kurangnya 4 maut, insiden tembakan di masjid di Oman Sekurang-kurangnya 4 maut, insiden tembakan di masjid di Oman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721096727_RoyalOmanPolice.jpg)
Sekurang-kurangnya 4 maut, insiden tembakan di masjid di Oman
Beberapa orang turut cedera akibat terkena tembakan di sekitar masjid di Wadi al-Kabir, Muscat.
![Malaysia berpesta gol lagi, belasah Oman 12-1 Malaysia berpesta gol lagi, belasah Oman 12-1](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715612279_MalaysianHockeyCon.jpg)
Malaysia berpesta gol lagi, belasah Oman 12-1
Skuad hoki dalam dewan wanita kebangsaan terus mempamerkan taring apabila membenam Oman 12-1 dalam aksi kedua kumpulan di Chonburi, Thailand hari ini.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![17 termasuk 9 pelajar sekolah maut banjir di Oman 17 termasuk 9 pelajar sekolah maut banjir di Oman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71713257266_mayat.jpg)
17 termasuk 9 pelajar sekolah maut banjir di Oman
Tujuh belas orang termasuk sembilan pelajar sekolah terbunuh berikutan banjir besar di Oman, lapor Sputnik memetik laporan stesen penyiaran Al Arabiya.
![Kalah kepada Oman: Pan Gon tetap pertahan pemain Kalah kepada Oman: Pan Gon tetap pertahan pemain](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41711531289_KimPanGon.jpg)
Kalah kepada Oman: Pan Gon tetap pertahan pemain
Ketua Jurulatih Harimau Malaya Kim Pan Gon mempertahankan barisan pemainya meskipun pasukan negara kecundang 0-2 kepada Oman.
![Padang bukan faktor penentu kekalahan Malaysia kepada Oman - Darren Padang bukan faktor penentu kekalahan Malaysia kepada Oman - Darren](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51711513219_TBharimaumalaya.jpg)
Padang bukan faktor penentu kekalahan Malaysia kepada Oman - Darren
Pemain itu menegaskan, keadaan padang tidak seharusnya dijadikan alasan kerana kedua-dua pasukan menghadapi situasi yang sama.
![Komisioner Perlawanan FIFA tak benarkan berlatih di SNBJ - Hannah Komisioner Perlawanan FIFA tak benarkan berlatih di SNBJ - Hannah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71699680430_HannahYeoh.jpg)
Komisioner Perlawanan FIFA tak benarkan berlatih di SNBJ - Hannah
Keputusan itu dibuat mengambil kira keadaan cuaca yang sering hujan di waktu petang dan malam sejak kebelakangan ini.
![Malaysia-Oman: Pan Gon tuntut janji padang dalam keadaan terbaik Malaysia-Oman: Pan Gon tuntut janji padang dalam keadaan terbaik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41711359234_KimPanGon.jpg)
Malaysia-Oman: Pan Gon tuntut janji padang dalam keadaan terbaik
Ketua Jurulatih Harimau Malaya Kim Pan Gon menuntut janji yang diberikan bahawa kualiti padang akan berada dalam keadaan terbaik.