PUTRAJAYA: Inisiatif penubuhan Ombudsman Malaysia, yang menjadi platform untuk orang awam menyalurkan aduan terhadap sistem penyampaian perkhidmatan, merupakan satu milestone penting bagi negara dalam usaha menambah baik tadbir urus dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam.
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata Ombudsman ialah badan bebas yang mengamalkan kesaksamaan dalam menyelesaikan kes aduan salah tadbiran.
Beliau berkata Biro Pengaduan Awam (BPA) dengan kerjasama Jabatan Perdana Menteri, telah memulakan inisiatif penubuhan Ombudsman Malaysia itu di mana Draf Rang Undang-Undang Ombudsman Malaysia telahpun disediakan, dan kini dalam tindakan penambahbaikan sebelum dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara dan seterusnya dibentangkan di Parlimen.
"Saya berharap agar Ombudsman Malaysia yang bakal ditubuhkan nanti, akan menjadi penyambung legasi Biro Pengaduan Awam dan menjadi pelengkap kepada kerajaan, dalam menegakkan ketelusan dan akauntabiliti," katanya pada Majlis Anugerah Biro Pengaduan Awam di sini hari ini.
Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi) Datuk Dr Anesee Ibrahim.
Pada 14 Jun lepas, Ketua Pengarah BPA S. Letchumanan berkata penubuhan Ombudsman Malaysia, bertujuan untuk menggantikan dan menambah baik fungsi Biro BPA, dalam menyelesaikan aduan awam dan menggalakkan tadbir urus yang baik dalam perkhidmatan awam.
Letchumanan berkata penubuhan Ombudsman Malaysia juga ialah untuk memastikan badan itu mempunyai kuasa yang jelas untuk menyiasat sesuatu aduan diterima.
Dalam pada itu, Mohd Zuki berkata sekiranya pengurusan aduan awam dijadikan sebagai teras strategik di kementerian dan agensi, perkhidmatan awam negara akan menjadi lebih baik dengan jumlah aduan yang diterima dapat dikurangkan.
"Jumlah aduan ini merupakan kayu pengukur terhadap keberkesanan perkhidmatan yang disediakan. Dalam pengurusan aduan awam yang efektif, pendekatan yang terbaik dan perlu ialah dengan menganggap aduan itu sebagai suatu hadiah.
"Agensi perlu melihat ia sebagai satu peluang untuk menambahbaik perkhidmatan kita dan bukan satu masalah yang menyusahkan," katanya.
Mohd Zuki berkata aduan yang substantif, yang mempunyai merit dan asbab yang munasabah perlu dimanfaatkan, untuk menambah baik sebarang kelemahan dalam prosedur, piagam pelanggan, pengurusan organisasi dan sistem penyampaian perkhidmatan agensi.
Beliau turut meminta pengurus aduan untuk menerapkan elemen lebih fleksibel, dalam mencari jalan penyelesaian.
"Pendekatan mesra pengadu boleh mengurangkan tekanan, tidak rigid dan perlu dalam pelbagai arah, memandangkan sebahagian penyelesaian juga memerlukan input dari pelbagai agensi," katanya.
Mengenai program naziran iaitu Raqib MADANI, Mohd Zuki meminta program yang telah dilaksanakan di semua kementerian tahun ini, turut diperluaskan ke pentadbiran kerajaan negeri.
Raqib MADANI dilaksanakan untuk memastikan pematuhan kepada pekeliling atau peraturan-peraturan pengurusan aduan awam, yang sedang berkuat kuasa.
Pada majlis itu, sembilan daripada 26 kementerian yang dinilai melalui program Raqib MADANI, menerima anugerah kerana memperoleh pencapaian cemerlang.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 10 2023

Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi), Datuk Dr Anesee Ibrahim (enam, kiri) bersama pengurusan tertinggi kementerian yang menerima Anugerah Biro Pengaduan Awam pada majlis anugerah itu hari ini. - Foto Bernama
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Turkiye di kedudukan ke-11 dunia dalam eksport industri pertahanan - Erdogan
Erdogan berkata negara itu berada di ambang transformasi besar dan kejayaan ekonomi yang memberangsangkan.

Ombudsman Malaysia 'milestone' tambah baik perkhidmatan awam - KSN
Inisiatif penubuhan Ombudsman Malaysia merupakan satu milestone penting bagi negara dalam usaha menambah baik tadbir urus dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam.

Penubuhan Ombudsman langkah tepat tangani penyelewengan - Lee Lam Thye
Lam Thye berkata, pewujudan tersebut juga adalah langkah progresif sekiranya diluluskan kerana boleh mendengar dan menyiasat kes penyelewengan dengan lebih telus.

Salah guna kuasa: RUU Ombudsman Malaysia di peringkat akhir
Rang Undang-Undang (RUU) Ombudsman Malaysia kini di peringkat akhir untuk dimuktamadkan dan dijangka dibentangkan di Parlimen pada Oktober ini.

'Ombudsman Malaysia' ditubuh bagi tangani aduan awam - Tun Mahathir
Kerajaan bersetuju menukar status Biro Pengaduan Awam sebagai Ombudsman Malaysia sebagai usaha memastikan tindakan ke atas pengaduan berkaitan kementerian dan agensi dapat ditangani dengan efektif.