JOHOR BAHRU: Menganggap derma darah sebagai satu daripada cara untuk bersedekah menjadi titik permulaan buat Ong Wah Pu yang telah menderma sebanyak 141 kali.
Ong, 52, yang berasal dari Kuala Lumpur dan menerima anugerah Penderma Darah Terbanyak Pusat Darah Negara, telah menderma darah sejak berusia 18 tahun lagi.
Timbalan Pengarah Pembangunan Perniagaan di sebuah syarikat itu berkata menderma darah turut memberikannya kepuasan diri.
"Selepas setiap kali derma darah, saya tidak rasa lemah atau letih, tetapi akan rasa sangat puas dan rasa bermotivasi dapat buat sesuatu yang baik, kerana dengan menderma kita dapat menolong orang lain.
"Bagi individu seperti orang muda yang mungkin tidak mempunyai duit yang banyak untuk menderma atau sertai kerja amal, maka jadikanlah menderma darah sebagai satu daripada cara untuk kita bersedekah," katanya yang ditemui pada Sambutan Hari Penderma Darah Sedunia 2023 Peringkat Kebangsaan dan Ulang Tahun ke-75 Bulan Sabit Merah Malaysia, di sini semalam.
Bapa kepada seorang cahaya mata dan berdarah O itu, pada masa sama turut menggalakkan orang ramai menderma darah bermula daripada usia muda.
Sementara itu, usahawan Diana Lim Kyun Yen, 54, yang juga penerima anugerah Penderma Darah Terbanyak Pusat Darah Negara berkata meskipun takut dengan jarum, dia telah menderma sebanyak 123 kali sejak berusia 21 tahun.
Beliau yang memiliki dua anak dan berasal dari Kuala Lumpur berkata ketakutannya dapat diatasi kerana menyedari apa yang dilakukannya itu dapat membantu menyelamatkan nyawa orang lain.
"Setiap kali saya derma darah, saya fikir dengan ini saya dapat membantu menyelamatkan nyawa orang sebab saya bukan doktor atau jururawat.
"Jadi ini adalah cara saya untuk membantu orang lain dan saya akan menderma selagi mampu dan diberikan kesihatan yang baik," katanya yang berdarah O.
Beliau berkata menderma darah juga telah menjadi tabiatnya selain turut mengajak ahli keluarga, rakan, malahan pembantu rumah untuk turut sama berbuat demikian.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 19 2023

Orang ramai digalakkan menderma darah bermula daripada usia muda. - Gambar hiasan

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.

'Ini beg darah ke-99, dua minggu lagi boleh genapkan 100' - Azhan Rani
Tekad mahu membantu pesakit yang memerlukan mendorong pelakon, Azhan Rani untuk menderma darah sebanyak 99 kali dan menyasarkan untuk mencapai angka 100 dalam tempoh dua minggu lagi.

Pemandu e-hailing terima anugerah penderma darah terbanyak
Berkat menderma darah sebanyak 158 kali membolehkan pemandu e-hailing Kang Eng Tean, 50, menerima anugerah sebagai penderma darah terbanyak di Kelantan.

Insan mulia Mansor Puteh derma darah 631 sepanjang hayatnya - Menteri Kesihatan
Pusat Darah Negara Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merakamkan takziah ke atas pemergian Mansor.

Bekalan darah jenis O negatif kritikal di Hospital Dutches of Kent, Sandakan
Orang ramai yang mempunyai darah kumpulan tersebut di sekitar bandar ini diminta tampil menderma bagi membantu keperluan mendesak hospital berkenaan.

Kutipan dan bekalan menurun, HSI pohon orang ramai derma darah
Kutipan dan pembekalan darah bagi kesemua kumpulan darah di Unit Perubatan Transfusi, Hospital Sultan Ismail (HSI) semakin menurun.

Derma darah penting untuk selamatkan nyawa
Pemindahan darah perlu untuk mengekalkan fungsi organ, pertumbuhan dan kesihatan, serta membolehkan pesakit meneruskan kehidupan.

Ong anggap derma darah cara bersedekah
Bapa kepada seorang cahaya mata itu pada masa sama turut menggalakkan orang ramai menderma darah bermula daripada usia muda.

Kadar derma darah: KKM sasar 35 hingga 40 orang per 1,000 populasi menjelang 2030
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi Perkhidmatan Perubatan Transfusi, menyasarkan kadar pendermaan darah negara 35 hingga 40 orang per 1,000 populasi penduduk, menjelang tahun 2030.

Anggota Rela derma darah 219 kali sejak 1995
Zakaria Omar yang berumur 48 tahun, aktif menderma darah sejak berusia 20 tahun.

Gempa bumi Turkiye, Syria: Penduduk Palestin derma darah untuk mangsa
Bertemakan "One Body", kempen sehari itu "menghantar mesej kasih sayang dan keamanan untuk semua."