JOHOR BAHRU: Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi hari ini mengambil peluang untuk membangkitkan isu mengenai krisis kemanusiaan dan tragedi yang sedang berlaku di Semenanjung Gaza di sebuah platform Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di sini.
Bercakap pada Minggu Iklim Asia Pasifik (APCW) 2023 yang bermula hari ini, beliau meminta para peserta acara itu untuk bertafakur sejenak dan mengenang tragedi serta pembunuhan beramai-ramai yang menimpa rakyat Palestin di Semenanjung Gaza.
"Apa yang berlaku kepada mereka adalah satu titik hitam terhadap perikemanusiaan.
"Saya ingin merayu kepada audiens antarabangsa yang berfikiran rasional ini untuk berpihak kepada kasih sayang, belas ihsan dan keadilan.
"Seluruh dunia harus mengusahakan gencatan senjata di Gaza dan menoktahkan kematian serta penderitaan begitu ramai penduduk baik lelaki, wanita dan kanak-kanak yang tidak berdosa," katanya semasa majlis pelancaran Pusat Kelestarian Johor (JSC) dan Johor Green Deal di APCW 2023 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor di sini.
Turut berkenan berangkat ke majlis itu Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah.
Onn Hafiz juga berkata langkah segera yang ingin diambil oleh negara di seluruh dunia bagi memerangi perubahan iklim hendaklah diguna pakai dalam menyelesaikan tragedi yang menimpa rakyat Palestin.
"Kita memerlukan tenaga, semangat dan komitmen yang sama untuk menyelesaikan krisis kemanusiaan ini. Sama seperti perubahan iklim, ia juga adalah isu kewujudan generasi kita.
"Justeru, kita perlu bertindak atas nama kemanusiaan. Kita perlu bertindak demi kesejahteraan sesama manusia. Kita perlu bertindak demi generasi masa hadapan kita," katanya.
Pertempuran di Palestin yang membabitkan Hamas iaitu pihak yang berkuasa di Gaza, dan rejim Israel telah memasuki hari ke-38 hari ini serta meragut beribu-ribu nyawa di kedua-dua belah pihak.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 13 2023

Onn Hafiz berucap pada Majlis Persidangan Asia Pasific Climate Week 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor Bahru hari ini. -fotoBERNAMA

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Johor penyumbang terbesar KDNK sektor pertanian negara - Onn Hafiz
Kerajaan negeri akan terus komited memperkasakan Johor sebagai 'bakul makanan' negara dan juga di peringkat antarabangsa.

Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.

Johor raih potensi pelaburan bernilai AS$190 juta dari Korea Selatan - Menteri Besar
Kerajaan negeri Johor telah mengadakan pertemuan dengan beberapa syarikat terkemuka Korea Selatan yang berpotensi membawa pelaburan strategik.

GISB: Johor tubuh jawatankuasa khas pulih akidah, selaras bantu anak pengikut
Jawatankuasa itu turut menyelaras pendidikan persekolahan, penempatan dan bantuan yang boleh disalurkan kepada anak-anak pengikut GISB.

MB Johor, TPM Fadillah bincang isu sumber bekalan air negeri
Turut dibincangkan ialah projek sumber dan bekalan air negeri, cadangan baharu projek sumber air, dan model pembekalan air ke pusat data.

BN Johor tekad kekalkan momentum kemenangan pada PRN akan datang - Onn Hafiz
BN Johor bertekad untuk merampas kembali empat kerusi yang dimenangi pembangkang dalam PRN lepas selain memperkasa gerak kerja PRU16.

Tindakan tegas dikenakan jika Johor alami gangguan bekalan air - MB
Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata isu tersebut masih lagi kerap berlaku di beberapa kawasan, termasuk ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri lepas.

Johor kutuk insiden serangan terhadap 3 pemain bola sepak - Onn Hafiz
Onn Hafiz tidak akan berkompromi, terhadap mana-mana pihak yang mencetuskan isu yang boleh menggugat keharmonian dan keselamatan di Johor.

Serang Safiq Rahim: Kerajaan Johor yakin kewibawaan PDRM siasat, kesan pelaku
Datuk Onn Hafiz Ghazi sedih dan terkejut dengan apa yang berlaku, namun yakin dengan keupayaan PDRM yang akan menyiasat perkara tersebut.

Johor pastikan masalah bekalan air ketika perayaan tidak berulang
Kerajaan negeri akan berusaha memastikan sifar masalah bekalan air pada hari raya tahun hadapan dengan beberapa langkah telah diambil.