KULIM: Kira-kira 30,000 keluarga di seluruh negara menerima manfaat daripada pelaksanaan Program Op Bantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dijalankan sejak Julai lalu.
Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani menyatakan program penyampaian bantuan makanan itu dilihat sebagai medium terbaik dalam membantu meringankan bebanan keluarga yang terjejas ekoran pandemik COVID-19.
Tambahnya, program yang dilakukan itu juga adalah merupakan sebahagian daripada inisiatif PDRM yang akan bertindak sebagai orang tengah atau pemudah cara bagi proses penyaluran bantuan kepada penduduk setempat.
Acryl Sani turut memaklumkan bahawa tiada sasaran penerima ditetapkan bagi program Op Bantu sebaliknya ia akan dijadikan medium yang akan memanfaatkan ramai golongan yang terjejas ketika ini.
"Setakat hari ini yang saya tengok, (penerima itu) ada kira-kira 30,000 (keluarga yang terima manfaat), jadi perkara ini (akan dijalankan secara) berterusan. Kita akan dapatkan bantuan bantuan daripada pihak yang sudi membantu (golongan terjejas) daripada wabak COVID-19 ini.
"Idea asal (Op Bantu ini adalah) untuk kita jadi pemudah cara, kita akan kenal pasti (pihak yang terjejas), sebab dalam PDRM kita ada bahagian balai polis, ketua polis balai, pondok polis yang sewajarnya mengenali masyarakat di tempat mereka bertugas," jelas Acryl Sani.
Beliau berkata demikian ketika menyertai program Op Bantu di Kulim, Kedah yang turut dihadiri Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat.
Untuk rekod, Op Bantu adalah merupakan inisiatif yang membabitkan kolaborasi strategik PDRM bersama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
Ia akan menjadikan kesemua Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di seluruh negara sebagai pusat pengagihan bantuan terbabit.
Abd Hadi Che Awang
Thu Aug 26 2021

ACRYL SANI: Tiada sasaran penerima ditetapkan bagi program Op Bantu sebaliknya ia akan dijadikan medium yang akan memanfaatkan ramai golongan yang terjejas ketika ini. - Bernama

Imbau tragedi ngeri, berdoa kejadian tidak berulang setiap kali terlihat Highland Towers
Peristiwa itu menjadi titik mula kepada penambahbaikan prosedur operasi standard (SOP) JBPM.

Ragbi Malaysia intai khidmat tiga pemain naturalisasi
Ragbi Malaysia kini dalam proses mendapatkan tiga pemain naturalisasi bagi memperkuatkan skuad 15 sebelah kebangsaan.

JKR pantau 29 projek sakit, tiga faktor dikenal pasti
Sebanyak 29 daripada 801 projek fizikal yang sedang dalam pembinaan dan di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya (JKR) dikategorikan sebagai projek sakit, setakat bulan lepas.

Umat Islam di Indonesia mula berpuasa Sabtu, Singapura, Thailand, Kemboja mulai Ahad
Umat Islam di Indonesia akan mula berpuasa pada 1 Mac manakala Singapura, Thailand dan Kemboja akan mula berpuasa pada 2 Mac.

Dataran Merdeka hingga Carcosa Seri Negara jadi Tapak Warisan Kuala Lumpur - Anwar
Anwar menyembah maklum kepada Sultan Selangor bahawa Bangunan Sultan Abdul Samad perlu dikekalkan sebagai tanda Warisan Kesultanan Melayu yang agung.

Umat Islam perlu utamakan perpaduan ummah - Raja Muda Perlis
Baginda bertitah umat Islam tidak boleh membiarkan sebarang perbezaan kecil menjadi punca persengketaan sebaliknya perlu mengutamakan nilai persaudaraan dan kasih sayang.

KPN cadang Modul Pendidikan Rukun Negara diperluas ke semua tadika
Modul itu antara tiga modul khusus yang dibangunkan dan diajar di Tabika Perpaduan ketika ini.

PM zahir terima kasih kepada UMNO, Ahmad Zahid
nwar Ibrahim mengulangi penghargaan beliau kepada kepimpinan parti dalam Kerajaan Perpaduan yang terus kukuh mempertahankan kestabilan kerajaan.

Aaron-Wooi Yik perkemas corak permainan agresif
Beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik mahu kembali memperkemas corak permainan agresif yang pernah menjadi 'senjata' kemenangan mereka dalam beberapa kejohanan sebelum ini.

Impian berkecai, wang lesap: Jurukimpal Malaysia ditipu sindiket pekerjaan di Kemboja
Warga Malaysia berusia 24 tahun dari Kuala Lumpur itu sebaliknya terperdaya untuk bekerja di Siem Reap.

Polis lancar Op Bantu selaras bantuan kepada mangsa banjir
PDRM. melancarkan 'Op Bantu' bagi menyelaras penyampaian bantuan daripada pertubuhan bukan kerajaan dan organisasi lain kepada mangsa banjir terutama yang ditempatkan di PPS.

PDRM lancar Op Bantu mangsa banjir
Polis Diraja Malaysia (PDRM) melancarkan Op Bantu bagi tujuan menyelaras penyampaian bantuan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kepada mangsa banjir.

KDN lancar Op Bantu, bantu rakyat terputus bekalan makanan
KDN melancarkan Op Bantu bagi memberikan bantuan segera kepada mana-mana individu yang terputus bekalan makanan di seluruh negara.