KOTA BHARU:Sejumlah 10 guni berisi syabu dengan berat 402 kilogram ditemui di tebing Sungai Golok di Lubok Stol, Rantau Panjang pada pagi Isnin.
Panglima 8 Briged, Brigedier Jeneral Zamsari Abu Hassan berkata syabu yang dianggarkan bernilai RM16.08 juta itu ditemui sepasukan anggota Tentera Batalion Ke-empat, Rejimen Sempadan dalam rondaan Op Benteng sekitar jam 10 pagi.
Syabu berkenaan dibungkus dalam beg berlabel jenama teh cina.
“Anggota ronda menjumpai sebanyak 10 guni hitam berlabel teh jenama Guang Ying Wang yang ditinggalkan dua individu mencurigakan di tebing Sungai Golok," kata Zamsari.
Beliau menjelaskan syabu berkenaan ditinggalkan oleh dua individu yang menaiki bot menyeberang dari tebing Sungai Golok, sebelah Thailand.
Suspek berjaya melarikan diri selepas menyedari kehadiran pasukan keselamatan.
Beliau berkata demikian ketika mengumumkan kejayaan Rejimen Sempadan melakukan penugasan Ops Benteng, di sini, pada Isnin malam.
“Rampasan ini memberi impak yang begitu signifikan kepada keseluruhan kejayaan Operasi Benteng yang dihasratkan oleh Menteri Kanan Pertahanan.
"Ia juga sesuai dengan hasrat Panglima Angkatan Tentera supaya Operasi Benteng ini bertujuan mencegah sebarang anasir jenayah rentas sempadan serta bolos di perbatasan,” kata Zamsari.
Tambahnya, syabu itu dipercayai diseludup masuk ke negara ini untuk pasaran luar Kelantan termasuk Johor dan Kuala Lumpur.
Pihak tentera yang bertugas dalam Ops Benteng mempertingkatkan kawalan sempadan terutama di laluan tikus bagi mengekang aktiviti jenayah rentas sempadan susulan penutupan pintu sempadan kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan.
Muhafandi Muhamad
Tue Feb 09 2021
Sejumlah 10 guni berisi syabu dengan berat 402 kilogram ditemui di tebing Sungai Golok di Lubok Stol, Rantau Panjang pada pagi Isnin. -Astro AWANI
Projek ECRL capai kemajuan lebih 78 peratus setakat Januari - Amir Hamzah
Tahap kemajuan jajaran fasa pertama dari Kota Bharu ke Terminal Bersepadu Gombak selari dengan jadual ditetapkan iaitu pada Disember 2026.
AWANI Ringkas: Kes pelawak, netizen hina Islam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 4 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 4 Februari 2025
1️⃣ Pemberi maklumat tidak dilindungi jika buat pendedahan umum
2️⃣ Kes pelawak, netizen hina Islam
3️⃣ Jumlah kemalangan, angka kematian menurun
#awaniringkas
1️⃣ Pemberi maklumat tidak dilindungi jika buat pendedahan umum
2️⃣ Kes pelawak, netizen hina Islam
3️⃣ Jumlah kemalangan, angka kematian menurun
#awaniringkas
Penangguhan kenaikan tarif AS bantu ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.4400/4495 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.4710/4800 pada Isnin.
Pembantu tadbir kewangan ditahan buat tuntutan palsu RM20,000
Suspek lelaki berusia 30-an itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM di sini, kira-kira 10 pagi hari ini.
Lebih 66,000 kes bencana kerja dilaporkan Perkeso pada 2024 - Abdul Rahman
Kes kemalangan semasa perjalanan meningkat sedikit kepada 33,638 kes pada 2024, berbanding 33,181 kes pada tahun sebelumnya.
Agenda AWANI: Bina Semula Gaza
Apa cabaran untuk membangunkan semula Gaza selepas hampir keseluruhan kawasan musnah akibat dibedil rejim Zionis sejak Oktober 2023? Sejauh mana keperluan untuk melaksanakan gencatan senjata sepenuhnya demi capai kedamaian berpanjangan dan berkekalan di semenanjung itu? Diskusi 9 malam.
Agenda AWANI: Perang Dagang Global, Apa Nasib Kita?
Apa ‘plan B’ oleh Malaysia jika wujud kesan secara tidak langsung perang dagang global akibat langkah pelaksanaan tarif oleh Amerika Syarikat terhadap beberapa buah negara? Diskusi 8.30 malam.
Ibu bapa serbu premis jual pakaian seragam sekolah RM5, tudung RM1
Sebuah premis di Jalan Telaga di Butterworth, Pulau Pinang menjual pakaian seragam sekolah serendah RM5 dan tudung RM1.
Tarif Trump mungkin dikenakan keatas Malaysia - Penganalisis
Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik Universiti Malaya (UM), Dr. Lam Choong Wah berkata kenaikan tarif yang ditetapkan oleh Amerika Syarikat dibawah pentadbiran presiden Donald Trump mungkin dikenakan keatas Malaysia. Jelasnya, ia berikutan eksport barangan yang berasal dari China melalui negara ini. #AgendaAWANI
Lelaki punyai 19 rekod lampau ditahan, rampas dadah lebih RM11,000
Suspek berusia 50 tahun itu ditahan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik yang menjalankan operasi hasil maklumat dan risikan.
Kastam Sabah rampas dadah bernilai RM2.89 juta
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah merampas 98.33 kilogram dadah jenis methamphetamine dan ganja bernilai RM2.89 juta dalam tiga serbuan berasingan di sini baru-baru ini.
Keldai dadah bawa syabu RM800,000 ditahan di KKIA
Polis merampas syabu seberat 24.5 kilogram bernilai RM800,000 selepas menahan seorang keldai dadah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.
Polis tahan dua lelaki, rampas dadah RM370,000 di Bukit Mertajam
Polis merampas enam bekas tin bertulis 'Royal British Butter' mengandungi tujuh paket plastik lut sinar disyaki dadah syabu dianggarkan berat 5.2 kilogram bernilai RM170,000.
Dua beranak antara tiga ditahan dipercayai terlibat sindiket edar dadah
Ibu dan anak merupakan antara tiga individu yang ditahan dipercayai terlibat sindiket pengedaran dadah.
Polis rampas lebih 10kg syabu disembunyikan dalam tayar ganti, tahan dua warga asing
Polis menahan dua lelaki warga Thailand selepas menemukan syabu seberat 10.6 kilogram yang disembunyikan di dalam tayar ganti kenderaan.
'Tokan' dadah lolos diri dari polis akhirnya dicekup
Suspek berusia 42 tahun itu ditahan sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) IPK Perlis jam 10.30 malam.
Dua nelayan jadi 'transporter' ditahan bersama syabu bernilai RM660,000
Polis menahan dua nelayan bersama 20.748 kilogram (kg) dadah jenis syabu bernilai RM660,000 dalam serbuan di Kepala Batas.
Polis tumpas kegiatan dadah didalangi wanita Thailand, rampas dadah bernilai RM520,000
Polis menumpaskan kegiatan pengedaran dadah syabu didalangi seorang wanita Thailand berusia 30 tahun, yang menjadikan sebuah kereta sebagai stor simpanan dalam tiga serbuan berasingan.
Polis Sarawak rampas syabu RM1.89 juta, remaja 18 tahun ditahan
Hasil siasatan awal mendapati suspek tidak mempunyai kesalahan jenayah lampau dan ujian saringan awal air kencing didapati negatif dadah.