GEORGE TOWN: Sebanyak 10 warga asing yang bekerja sebagai kru nelayan tempatan ditahan atas pelbagai kesalahan menerusi operasi bersepadu oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Batu Maung di sini, hari ini.
Pengarah APMM Negeri Pulau Pinang Kapten Razali Kasim berkata tangkapan membabitkan lapan pekerja warga Myanmar atas kesalahan gagal mengemukakan permit kerja sah manakala dua lagi masing-masing seorang warga Myanmar dan India didapati menyalahgunakan dadah jenis syabu, dengan kesemuanya berusia lingkungan 20 hingga 45 tahun.
Beliau berkata operasi bermula 12.30 tengah hari itu turut melibatkan kerjasama Jabatan Imigresen, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Pasukan Polis Marin, Jabatan Perikanan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dengan kekuatan keseluruhan 80 orang.
"Operasi bersepadu ini dibuat susulan maklumat orang awam, bertujuan bagi memastikan kepatuhan pengusaha bot dan nelayan di sini dari segi permit pekerja asing, peralatan selain penyalahgunaan dadah," katanya kepada pemberita selepas operasi itu.
Razali berkata kejayaan operasi turut dibantu oleh penggunaan aset baharu iaitu kenderaan Mobile Surveillance Unit atau Unit Pengawasan Bergerak (MSU) yang berfungsi sebagai radar dan disesuaikan dengan pacuan empat roda sebagai platform pengesanan yang tahan lasak untuk mengesan sebarang pergerakan keluar masuk mahu pun aktiviti mencurigakan di perairan negara termasuk penyeludupan dan pencerobohan.
"Aset ini telah digerakkan sehari awal dan ditempatkan di kawasan tinggi bagi membuat liputan terhadap sebarang pergerakan mencurigakan dengan pemantauan adalah di Stesen Pengawasan Maritim Laut di Lumut, Perak," katanya.
Beliau berkara isyarat kemudian dihantar sekiranya terdapat pergerakan mencurigakan sebelum aset digerakkan ke lokasi untuk membuat pemeriksaan dan menahan bot di laut.
Menurut beliau, operasi seumpama itu akan diperhebat dari semasa ke semasa dengan tumpuan di kawasan titik panas dalam mengukuhkan dan melindungi kawasan perairan daripada diceroboh pihak tidak bertanggungjawab.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 13 2024

Anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menjalankan operasi bersepadu di jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Batu Maung hari ini. - Foto BERNAMA

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

Keselamatan perairan Selat Melaka terkawal - APMM
APMM tidak menerima sebarang laporan berkaitan insiden ancaman di Pantai Remis, Perak seperti didakwa dalam beberapa laporan media semalam.

Kerajaan teruskan projek dua OPV APMM, cari kontraktor baharu - Saifuddin Nasution
Saifuddin Nasution Ismail berkata Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Awang Alik Jeman dipertanggungjawabkan bagi meneliti perkara berkaitan termasuk pencarian kontraktor baharu.

APMM tahan lima warga Myanmar tangkap ikan di kawasan tidak dibenarkan
APMM Selangor menahan lima lelaki Myanmar termasuk seorang tekong bot nelayan kerana menangkap ikan di kawasan tidak dibenarkan di kedudukan 9.2 batu nautika barat daya Pulau Tengah, semalam.

Seorang lagi lelaki warga asing terlibat insiden tembakan di Morib meninggal dunia - Polis
Seorang lagi lelaki warga asing yang terlibat dalam insiden tembakan di perairan Tanjung Rhu, Banting, Selangor pada 24 Jan lepas meninggal dunia.

Insiden tembakan: Siasatan menjurus kepada kes lebih serius - Saifuddin
Menurut Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, siasatan awal menunjukkan keadaan corak atau situasi yang serupa berdasarkan kes-kes penyeludupan sebelum ini.

Insiden tembakan: Anggota Maritim Malaysia terbabit direhatkan - Saifuddin
Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, ini berdasarkan siasatan dalaman ke atas anggota yang terlibat.

Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta dilempar telur
Ia tanda protes terhadap kes tembakan membabitkan lima warga Indonesia di perairan Tanjung Rhu, Banting, pada 24 Jan lalu.

Polis Selangor sahkan kes tembakan libatkan APMM, warga asing
Pengadu terima tiga pesakit lelaki disyaki warga asing dalam keadaan sedar dan mengalami kecederaan kesan tembakan di anggota badan.

Kawasan pencarian tiga nelayan dikhuatiri hilang dekat Pulau Payar diperluas
Operasi mencari dan menyelamat tiga mangsa diteruskan pada 7.30 pagi ini.

Dua bot nelayan ditahan langgar syarat lesen, gajikan pekerja asing
APMM Selangor menahan dua bot nelayan tempatan kerana disyaki melanggar syarat sah lesen dengan menggajikan kru warga asing tanpa kebenaran.