KLANG: Polis menahan enam lagi wanita bagi membantu siasatan berhubung kes seorang lelaki tempatan mempromosi video seks melibatkan lebih 20 wanita, melalui media sosial.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata kesemua suspek berusia 21 hingga 36 tahun itu, diberkas pada minggu lepas menerusi fasa kedua Op Daddy.
"Siasatan mendapati kesemua wanita itu melakukan hubungan seks secara sukarela, tiada paksaan dan ada yang bermotifkan keuntungan. Kesemua mereka telah direman bagi membantu siasatan, bagi mengesan individu lain yang terlibat dalam penghasilan video seks," katanya pada sidang akhbar selepas program Dialog Awam bersamanya di sini, hari ini.
Mohd Shuhaily turut mengingatkan orang awam bahawa, tindakan undang-undang boleh diambil kepada mana-mana individu yang menyimpan bahan-bahan pornografi di dalam gajet termasuk telefon bimbit, mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan.
Pada Jumaat lepas, Bernama melaporkan seorang lelaki dan dua rakan wanitanya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, atas pertuduhan membuat pengiklanan khidmat persundalan menggunakan aplikasi X.
Sementara itu, mengulas mengenai Op Pintas Mega di seluruh negara, beliau berkata hasil 42 serbuan dengan kerjasama oleh 14 kontinjen polis bersama Jabatan Imigresen, Jabatan Tenaga Kerja, Jabatan Alam Sekitar, Tenaga Nasional Berhad dan Air Selangor, seramai 285 warga asing telah ditahan.
"Seramai 64 mangsa telah diselamatkan dengan empat daripadanya Orang Kurang Upaya di bawah Seksyen 44 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM 2007).
"Ini melibatkan secara pecahannya 22 wanita, lelaki (12), kanak-kanak perempuan (20) dan 10 kanak-kanak lelaki yang terdiri daripada pelbagai warga termasuk Filipina, Indonesia, Bangladesh, Kemboja dan Myanmar," katanya.
Mohd Shuhaily berkata siasatan dijalankan di bawah Seksyen 12 dan 14 Akta ATIPSOM 2007 selain Seksyen 55B, Seksyen 15 (1) (C) dan Seksyen 6 (1) (C) Akta Imigresen 1959/1963.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 29 2024

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata kesemua suspek berusia 21 hingga 36 tahun itu, diberkas pada minggu lepas menerusi fasa kedua Op Daddy. - Foto BERNAMA
10 Berita Pilihan - (20 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Bagai berpaling tadah, Trump selar Zelenskiy 'diktator'
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menggelar Presiden Ukraine sebagai 'diktator'. Beliau ketika menyelar Volodymyr Zelenskiy turut memberi amaran supaya pemimpin Ukraine itu bertindak segera jika tidak mahu kehilangan negaranya.
200 penjenayah siber dihantar pulang ke China
200 suspek yang terlibat dalam jenayah penipuan dalam talian atau scam tiba di China dari Myawaddy, Myanmar pada Khamis. Penghantaran pulang kumpulan penjenayah siber itu dibuat menerusi beberapa siri dengan penerbangan yang ditempah khas.
Dua terkorban dalam insiden tikaman di Republik Czech
Dua individu terbunuh dalam kejadian tikaman pisau di sebuah pusat beli belah di bandar Hradec Kralove, Republik Czech pada Khamis.
Polis dalam kenyataan berkata, suspek yang berusia 16 tahun ditahan sejurus kejadian berlaku.
Polis dalam kenyataan berkata, suspek yang berusia 16 tahun ditahan sejurus kejadian berlaku.
Longgokan sampah di Gaza ancam kesihatan, alam sekitar
Perkhidmatan perbandaran, termasuk kutipan sampah, tidak lagi berfungsi, menjadikan jalan raya satu-satunya pilihan sebagai tempat pembuangan sampah.
NASA rakam video, gambar menakjubkan dari planet marikh
Dan bagi mengakhiri Buletin Awani malam ini, kita saksikan video beserta gambar panorama planet marikh yang berjaya dirakam pentadbiran aeronautik dan angkasa kebangsaan (NASA).
Imej dan video menakjubkan dirakam oleh rover nasa dikenali sebagai 'curiosity' diambil dari lokasi berbukit yang dinamakan 'mont mercou' melihat ke arah 'gale crater'
'curiosity mendarat di marikh pada 2012.
Imej dan video menakjubkan dirakam oleh rover nasa dikenali sebagai 'curiosity' diambil dari lokasi berbukit yang dinamakan 'mont mercou' melihat ke arah 'gale crater'
'curiosity mendarat di marikh pada 2012.
Empat jasad tebusan diserah kepada Israel
Hamas pada Khamis menyerahkan empat jasad tebusan warga Israel pada Khamis. Antara empat jasad itu termasuk seorang ibu dan dua anaknya. Jasad Shiri Bibas dan dua anaknya Ariel dan Kfir serta seorang warga emas Oded Lifshitz, 83 tahun diserahkan kepada kerajaan Israel sebagai sebahagian daripada perjanjian genjatan senjata. Anak kepada Bibas, Kfir adalah tebusan termuda yang mana ketika hayatnya baru berusia 9 bulan.
Doktor haiwan di Lubnan mahu segera kembali berkhidmat
Shamoun, yang dipindahkan dari Khiam pada akhir September semasa konflik antara Israel dan Hizbullah, cuba untuk pulang sejurus selepas perjanjian gencatan senjata dicapai, namun gagal kerana kehadiran tentera Israel.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 20 Februari 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Op Daddy: Enam lagi wanita ditahan
Polis menahan enam lagi wanita bagi membantu siasatan berhubung kes seorang lelaki tempatan mempromosi video seks melibatkan lebih 20 wanita, melalui media sosial.