JOHOR BAHRU: Polis menahan 219 individu termasuk 23 warga asing atas pelbagai kesalahan jenayah harta benda menerusi Op Delta Bersepadu di kawasan Wilayah Pembangunan Iskandar dan Kulai, bermula 5 Mac hingga Selasa lepas.
Ketua Polis Johor CP M Kumar berkata operasi itu memfokuskan pemeriksaan terhadap bengkel kenderaan, kedai menjual dan membeli barangan lusuh, kedai pajak gadai, kedai menjual dan membeli alat ganti kenderaan serta peralatan elektronik terpakai.
Beliau berkata selain itu, pihaknya turut menyasarkan bekas penjenayah, orang yang dikehendaki dan subjek yang berpotensi untuk diambil tindakan di bawah Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
"Susulan itu, kesemua 207 lelaki dan 12 wanita yang berusia dalam lingkungan 22 hingga 59 tahun itu akan dibawa ke mahkamah bagi permohonan tahanan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.
"Hasil siasatan yang dijalankan, 77 tangkapan berjaya dituduh di mahkamah di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan (KK), Seksyen 379 KK, Seksyen 457 KK, Seksyen 411 KK, Seksyen 326 KK, Seksyen 426 KK dan Seksyen 186 KK," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata 38 tangkapan pula telah diambil tindakan di bawah Seksyen 39C ADB 1952 dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Johor dan tindakan agresif di bawah peruntukan ini dilaksanakan bagi mengawal kegiatan jenayah melibatkan penagih tegar.
"Operasi terancang seumpama ini akan diteruskan secara agresif sebagai usaha komited polis Johor untuk membanteras kegiatan jenayah demi memastikan negeri ini selamat didiami dan dikunjungi.
"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menyalurkan kepada balai polis berhampiran atau talian hotline di 019-2792095 atau bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor dengan menghubungi 07-2212999," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 21 2024

M Kumar berkata operasi itu memfokuskan pemeriksaan terhadap antaranya bengkel kenderaan serta kedai menjual dan membeli barangan lusuh. - Gambar fail/Bernama

Bekas ahli perniagaan warga China rugi RM4.2 juta terpedaya Macau Scam
Seorang bekas ahli perniagaan warga China kerugian RM4.2 juta selepas terpedaya dengan sindiket penipuan macau scam yang mendakwa sebagai pegawai polis.

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

Senarai hitam peniaga sewa, jual tapak bazar Ramadan pada warga asing - Exco
Kerajaan Perak akan bertindak tegas termasuk membatalkan lesen dan menyenaraihitamkan mana-mana peniaga tempatan yang didapati menyewa atau menjual tapak jualan bazar Ramadan kepada warga asing.

Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Penahanan dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Serdang selepas menerima aduan orang awam.

Tindakan tegas ke atas peniaga jual semula tapak bazar Ramadan - MBAS
Tindakan tegas juga ke atas perbuatan membatalkan tapak jualan mereka dan membukanya untuk disewa kepada peniaga lain.

KPDN rampas 5,500 barangan tiruan bernilai RM360,000 di Petaling Street
KPDN merampas 6,500 unit barangan yang disyaki tiruan bernilai RM360,000 daripada 20 premis di sekitar Jalan Petaling di sini hari ini.

Ramai berpisah bila pasangan pulang ke negara asal - Peguam
Suriani Awaludin berkata, perkahwinan dengan warga asing agak berisiko memandangkan banyak prosedur yang perlu dipatuhi.

Tindakan terhadap peniaga jika sewakan tapak bazar Ramadan kepada warga asing - MPKB-BRI
Di bawah seliaan MPKB-BRI terdapat 478 petak niaga di sembilan lokasi bazar Ramadan.

Pekerja, peniaga warga asing dilarang berniaga di bazar Ramadan di N.Sembilan
PBT akan menyita dan menyenarai hitam peniaga tempatan yang didapati menyewakan tapak bazar mereka kepada warga asing, termasuk mereka yang mengambil pekerja asing.

273 warga asing ditahan masuk Myanmar secara haram
Pihak berkuasa Myanmar pada Isnin menahan seramai 273 warga asing yang memasuki negara itu secara haram di perbandaran Myawaddy.

PGA tumpas kegiatan proses e-waste haram, babitkan rampasan RM1.3 bilion
PGA Ulu Kinta berjaya menumpaskan kegiatan memproses e-waste secara haram dalam serbuan di sebuah kilang di Jalan Sungai Siput-Kuala Kangsar di sini semalam.