LUMUT: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berjaya menahan sebuah bot nelayan Vietnam kerana menceroboh Zon Maritim Malaysia (ZMM), kira-kira 30 batu nautika utara Pulau Tioman, lewat petang semalam.
Menurut Bahagian Komunikasi Strategik, Markas Pemerintahan Armada Barat di sini, kejayaan itu adalah hasil maklumat yang dikongsi rakan maritim Endau-Rompin.
Katanya, hasil maklumat itu, TLDM berjaya mengesan enam bot nelayan Vietnam yang kesemuanya cuba melarikan diri ke arah utara sejurus menyedari kehadiran aset TLDM.
“KD Pendekar yang sedang melaksanakan Rondaan ZMM dan Op Kekal Warisan berjaya memintas dan menahan sebuah bot terhampir, serta melaksanakan penggeledahan ke atas bot tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, terdapat 14 awak-awak warga Vietnam di atas bot berkenaan yang kesemuanya tiada dokumen yang sah.
Tambahnya, hasil pemeriksaan juga menemui sebanyak lapan peti simpanan yang penuh dengan hasil laut, dianggarkan bernilai RM1.5 juta.
Katanya, maklumat tersebut telah disalurkan kepada pihak Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) iaitu KM Marudu untuk pemeriksaan dan tindakan lanjut.
Dalam masa sama, ujarnya, aset TLDM meneruskan rondaan bagi mengesan kesemua bot nelayan Vietnam yang dipercayai telah keluar dari ZMM.
Abd Razak Mohd Ali
Tue Oct 18 2022

Pihak TLDM mendapati terdapat 14 awak-awak warga Vietnam di atas bot nelayan yang menceroboh perairan negara pada Isnin, kira-kira 30 batu nautika utara Pulau Tioman. - Foto ihsan TLDM
AWANI Ringkas: JIM gempur flat Chow Kit, tahan 124 PATI
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Saya sokong menggantung lesen atas kesalahan yang serius '- YB Jelutong
Menteri Pengangkutan berkata lesen tidak boleh dibatal sewenang-wenangnya oleh JPJ. Hukuman untuk menggantung lesen bergantung kepada tahap keseriusan dan ditentukan oleh mahkamah. #AWANInews

Pengasuh dengar suara Zayn Rayyan cuba lepaskan diri daripada seseorang
Pengasuh Zayn Rayyan telah mendengar suara kanak-kanak autistik itu seakan-akan mahu melepaskan diri daripada seseorang di Blok R, Pangsapuri Idaman pada 5 Disember 2023 lalu.

Sun Life Malaysia lantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai CEO unit takaful
Sun Life Malaysia (Sun Life) melantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sun Life Malaysia Takaful Bhd (SLMT) berkuat kuasa 3 Feb, 2025.
'Kapal yang berlabuh tidak perlu serah dokumen secara fizikal'-Anthony
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke telah mengumumkan satu aplikasi di mana semua dokumen kapal yang berlabuh tidak perlu diserahkan secara fizikal dan akan dilakukan secara dalam talian. #AWANInews

Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan
Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang akan dilaksanakan oleh PLUS adalah atas usaha persendirian syarikat konsesi itu.
'Tapi sedih dia tak jemput' - Timbalan Yang di-Pertua
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof mengucapkan ucapan selamat pengantin baru kepada YB Sandakan dan Timbalan Yang di-Pertua berseloroh bahawa tidak dijemput ke majlis tersebut. #AWANInews

Penyanyi rap A$AP Rocky bebas tuduhan serangan senjata api
Penyanyi Rap Amerika Syarikat, A$AP Rocky dibebaskan daripada pertuduhan serangan jenayah, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
PETRONAS masih di peringkat awal eksplorasi- Azalina
PETRONAS masih di peringkat awal aktiviti eksplorasi bagi Lembangan Langkasuka dengan perolehan data seismik 2D selesai pada 2024.

Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio bangga dengan kejayaan anak buahnya mara ke pusingan 16 saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).

APMM tahan 21 nelayan Vietnam ceroboh perairan negara
Bot itu ditahan kira-kira 160 batu nautika dari muara Tok Bali oleh Kapal Maritim (KM) Amanah yang sedang melaksanakan rondaan Op Naga Barat dan Op Kuda Laut di perairan Pantai Timur.

Lapan nelayan Indonesia ditahan ceroboh perairan negara
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Pulau Pinang menahan dua bot nelayan asing bersama lapan kru Indonesia yang menceroboh perairan negara untuk menangkap ikan di Pulau Kendi pada Isnin.

Op Kekal Warisan: TLDM pintas bot nelayan Vietnam ceroboh perairan negara
Kejayaan itu adalah hasil maklumat yang dikongsi rakan maritim Endau- Rompin.

'Sudah lali dengan pencuri hasil laut di perairan negara'
Mereka mengakui sering berdepan dengan nelayan asing yang agresif dan tidak pernah berasa bersalah menceroboh perairan negara ini.

Dua bot nelayan Vietnam, 20 kru ditahan ceroboh perairan negara
Hasil rampasan dianggarkan bernilai RM3 juta merangkumi peralatan menangkap ikan, hasil tangkapan 9,000 kilogram dan 11,500 liter diesel.

Op Khas Pagar Laut: Maritim Perak tahan nelayan asing ceroboh perairan negara
Siasatan mendapati bot itu dikendalikan oleh empat kru termasuk tekong warga Myanmar berusia dalam lingkungan umur 40 hingga 44 tahun.

Op Benteng: TLDM patahkan cubaan lima bot nelayan asing ceroboh perairan negara
Kejayaan itu hasil tindakan pantas kapal KD Mahawangsa sebaik menerima maklumat yang disalurkan MCC Barat.

TLDM patahkan cubaan empat bot nelayan asing ceroboh perairan Pulau Perak
Kapal KD Teguh Samudera yang digerakkan ke lokasi terbabit mengusir semua nelayan itu kembali ke perairan Indonesia.

Isu ceroboh perairan negara, lewat bantuan banjir dijangka tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Mohamad bertanya mengenai langkah Malaysia bersama ASEAN dalam menangani isu China yang dikatakan sering menceroboh perairan negara.

Nelayan Vietnam nekad terjun laut elak ditahan
Beberapa nelayan asing itu juga cuba melarikan diri dengan terjun ke laut sebaik menyedari kehadiran anggota.