IPOH: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengeluarkan 33,092 notis pelbagai kesalahan manakala 1,516 buah motosikal disita sepanjang tempoh tujuh hari Operasi Khas Motosikal 2023.
Pengarah Kanan Bahagian Penguatkuasa JPJ Datuk Lokman Jamaan berkata notis dikeluarkan hasil pemeriksaan terhadap 64,980 motosikal manakala sitaan dilakukan kerana ubah suai ekstrem pada motosikal.
"Sepanjang tempoh operasi, kita telah mengesan beberapa kesalahan utama iaitu 11,445 notis dikeluarkan atas kesalahan tiada insurans, tiada lesen memandu (9, 496 notis) dan ubah suai kenderaan (1,315 notis).
"Selain itu pengguna motosikal turut melakukan kesalahan tidak mematuhi lampu isyarat (474 notis) dan 306 notis dikeluarkan bagi kesalahan tidak memakai topi keledar dan mereka melakukan pelanggaran peraturan- peraturan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) dan Kaedah-Kaedah di bawahnya," katanya dalam sidang media di sini malam tadi.
Beliau berkata hasil dapatan juga mendapati kebanyakan pengguna motosikal melakukan kesalahan dengan mengubah suai struktur asal kenderaan yang boleh menjadi punca kepada berlakunya kemalangan.
"Sebahagian besar kenderaan yang disita didapati diubah suai pada bahagian ekzos, membuang sistem brek belakang termasuk ubah suai ekstrem hingga meningkatkan kelajuan motosikal.
"Bagi motosikal yang diubah suai secara ekstrem dan tidak boleh diubah kembali kepada struktur asal, kenderaan itu akan disuraikan serta dilelong kerana ia tidak lagi boleh berada di atas jalan raya," katanya.
Mengulas lanjut, Lokman menambah pelaksanaan operasi khas yang bermula 1 Sept sehingga semalam itu berdasarkan kaedah risikan atau penyamaran di lampu isyarat lokasi tumpuan, sekatan jalan raya (SJR) dan 'snap check' membabitkan laluan motosikal di sekitar Ipoh.
"Dalam usaha meminimumkan kadar kemalangan, JPJ mengambil tindakan penguatkuasaan bagi mendidik pengguna supaya mematuhi peraturan dan berhemah semasa berada di jalan raya," katanya.
Katanya, operasi tersebut melibatkan 85 pegawai dan anggota dari JPJ ibu pejabat serta JPJ Perak dengan kerjasama bersepadu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS).
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 09 2023

Lokman (kiri) menunjukkan komponen motosikal yang diubahsuai ketika Operasi Khas Motosikal 2023 di Jalan Sultan Idris Shah malam tadi. - Foto BERNAMA

Spotify catat rekod pembayaran tahunan terbesar cecah US$10 bilion
Spotify telah mencatatkan rekod pembayaran tahunan tertinggi kepada industri muzik daripada mana-mana peruncit tunggal dengan pembayaran sebanyak US$10 bilion.
Tumpuan Khamis – 13 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Tujuh lelaki ditahan jadikan gerai bazar Ramadan 'port' hisap dadah
Polis menahan tujuh lelaki yang dipercayai menjadikan gerai bazar Ramadan sebagai 'port' untuk menghisap dadah dalam dua serbuan di Bayan Baru, semalam.

Kes bunuh pelajar kolej vokasional: Tertuduh kedua mengaku tendang, pijak mangsa
Tertuduh kedua dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, atau Ijat, hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa dia menampar muka, memukul bah
10 Berita Pilihan - (12 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Tengku Zafrul masih ahli UMNO - Ahmad Zahid
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz telah menyatakan hasrat untuk meninggalkan parti itu kepadanya pada minggu lepas.

Pemilik hartanah di Negeri Sembilan disaran rebut peluang tukar hak milik
Pemilik hartanah di Negeri Sembilan disaran merebut peluang melaksanakan pertukaran status pegangan hak milik daripada pajakan kepada kekal di PDT sebelum tawaran itu ditamatkan.

Bergurau ada bom dalam beg rakan, warga emas ditahan di LTAPP
Lelaki itu secara berseloroh mendakwa bagasi milik rakannya mengandungi bom ketika pemeriksaan barang di kaunter daftar masuk LTAPP.

Tindakan tegas terhadap sesiapa saja cuba timbul perpecahan dalam negara - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran kepada mana-mana pihak supaya tidak sesekali cuba mencetuskan perpecahan di negara ini.

Persatuan Hartanah Bumiputera bantah RUU Pembaharuan Semula Bandar
Persatuan Hartanah Bumiputera itu juga mempersoalkan mengapa RUU URA perlu dibentangkan ketika ini.

Pemandu bas ‘Live' TikTok ketika memandu berdepan tindakan berat
Lokman berkata, pihak JPJ akan meletakkan pegawai penyamaran dalam setiap bas ekspres untuk memastikan tiada yang melakukan kesalahan itu.

JPJ laksana 3 operasi khas sempena musim perayaan - Lokman
JPJ akan memastikan tiada pengguna jalan raya melakukan kesalahan utama seperti menggunakan telefon pintar semasa memandu.

Lebih 17,000 saman dikeluarkan kepada pemandu warga asing sepanjang Februari - JPJ
Sebanyak 17,762 saman dikeluarkan terhadap pemandu warga asing ketika pelaksanaan Ops Khas sempena Tahun Baharu Cina, sepanjang bulan ini.

14 pemandu bas gagal ujian air kencing Op Khas musim perayaan
JPJ mengesan 14 pemandu bas terlibat dalam penggunaan bahan terlarang pada Op Khas Kenderaan Awam bersempena musim perayaan Tahun Baharu Cina.

Ops Tahun Baru Cina 2024: Bas persiaran ditahan, pemandu tiada lesen - JPJ
Bas persiaran itu ditahan ketika pemeriksaan dokumen ke atas pemandu dalam satu operasi di Plaza Tol Kemuning, Shah Alam.

Kenderaan berat dilarang guna jalan raya selama empat hari sempena Tahun Baharu Cina - JPJ
Lokman berkata larangan ini bertujuan memastikan kelancaran trafik bagi mereka yang hendak pulang ke kampung atau bercuti.

Ops Patuh: JPJ keluar 122,208 notis pelbagai kesalahan
Operasi tersebut dilaksanakan selama 29 hari bermula 1 Nov dengan memeriksa 719,766 kenderaan.

90 peratus kemalangan jalan raya berpunca sikap tidak acuh pemandu - JPJ
JPJ kesal dengan peningkatan kes kemalangan jalan raya walaupun sebelum mendapat lesen pemandu telah menjalani kursus pemanduan.

Tahap pematuhan terhadap peraturan, Akta JPJ masih rendah
JPJ menggesa semua pihak untuk sentiasa mematuhi peraturan, termasuk meningkatkan tahap kawal selia keselamatan operasi kenderaan komersial.

JPJ keluarkan lebih 14,000 saman kepada warga asing dalam operasi khas motosikal
Kesalahan utama yang dikesan adalah tiada lesen memandu dengan 6,268 saman.