KUALA LUMPUR: Sebanyak 28 notis saman dikeluarkan terhadap 28 pemilik kenderaan di atas pelbagai kesalahan dalam Op Khas Trafik Samseng Jalanan di sebuah stesen minyak berhampiran Plaza Tol Gombak, pagi ini.
Pegawai Turus Risik Operasi Jabatan Siasatan dan Pengurusan Trafik Bukit Aman ASP Mohd Rizam Surani berkata antara kesalahan yang dilakukan ialah, tidak mempunyai lesen memandu yang sah, mengubah suai ekzos dan mempamerkan nombor pendaftaran fancy.
"Sebanyak 80 kenderaan telah diperiksa. Operasi ini dilakukan bagi memastikan pengguna jalan raya mematuhi undang-undang termasuk kenderaan yang digunakan mengikut spesifikasi yang betul, berikutan banyak aduan diterima di sepanjang Lebuhraya Pantai Timur.
"Operasi juga bertujuan sebagai advokasi kepada pengguna jalan raya tentang keutamaan keselamatan semasa menggunakan lebuh raya," katanya kepada Bernama, di lokasi operasi dekat sini hari ini.
Mohd Rizam berkata operasi yang bermula pukul 7 pagi itu turut disertai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).
Beliau berkata dalam operasi sama, seramai 12 individu telah diarah menjalani ujian saringan air kencing namun keputusannya negatif dan pihak JPJ juga turut mengeluarkan sebanyak 18 notis melibatkan pelbagai kesalahan JPJ.
Tinjauan Bernama mendapati lebih kurang 50 kenderaan diperiksa dalam operasi selama satu jam itu dan rata-rata pengguna jalan raya yang ditemui memberitahu mereka dalam perjalanan menuju ke pameran automotif yang diadakan di Genting Highland, hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 26 2024
Operasi dilakukan bagi memastikan pengguna jalan raya mematuhi undang-undang termasuk kenderaan yang digunakan mengikut spesifikasi yang betul. - Gambar hiasan/Bernama
Bangkok laksanakan langkah bekerja dari rumah berikutan ramalan kemerosotan kualiti udara
Ramalan cuaca menunjukkan sekurang-kurangnya 35 daerah di Bangkok berpotensi alami peningkatan tahap PM2.5.
Remaja perempuan hilang sejak Rabu
Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun dilaporkan hilang di Semenyih, Selangor sejak Rabu lalu.
KDNK China tumbuh 5 peratus pada 2024, tepati unjuran
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China mencatat pertumbuhan sebanyak lima peratus pada 2024, sejajar dengan unjuran.
KKM perkenal dasar, program pencegahan kesihatan paru-paru
Inisiatif itu merupakan langkah penting dalam menangani risiko penyakit berkaitan paru-paru yang berkait rapat dengan tempat kerja.
Tumpuan Sabtu – 18 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (17 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
11 pendatang tanpa izin ditahan di Muallim
Jabatan Imigresen (JIM) Perak menahan 11 pendatang tanpa izin dalam serbuan di tujuh premis perniagaan berasingan di sekitar daerah Muallim, semalam.
Bekas Datuk Bandar disyaki lulus projek, 3 yang lain terima imbuhan
Bekas Datuk Bandar yang ditahan dalam Op Ragada bersama dua wanita dan seorang lelaki pada Rabu dan semalam disyaki antara individu yang bertanggungjawab meluluskan projek diselewengkan pegawai pengurusan tertinggi sebuah stesen penyiaran di Sarawak.
Dua lelaki terlibat pelbagai jenayah di empat negeri ditahan
Dua lelaki disyaki terlibat dalam 19 siri jenayah pecah kedai dobi layan diri, samun dan curi kenderaan yang berlaku di Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur, dan Perak, ditahan polis semalam.
Polis Selangor terima 31 laporan libatkan RM2.1 juta kerugian
Polis setakat ini menerima 31 laporan membabitkan kerugian RM2.1 juta berhubung penipuan umrah di negeri itu.
Op Khas Trafik: 28 saman dikeluarkan di atas pelbagai kesalahan
28 notis saman dikeluarkan terhadap 28 pemilik kenderaan di atas pelbagai kesalahan dalam Op Khas Trafik Samseng Jalanan pagi ini.