KAJANG: Seorang kontraktor binaan lelaki warga Indonesia nekad terjun dari tingkat empat sebuah rumah kedai untuk melarikan diri sebelum ditahan Jabatan Imigresen Malaysia dalam Operasi Kutip di Hentian Jalan Reko, di sini yang dijalankan bermula 12 tengah malam semalam.
Lelaki terbabit dipercayai cedera di kaki kanan akibat terjunannya yang tersangkut di bumbung zink di tingkat dua premis itu sebelum jatuh ke tingkat bawah serta cuba melarikan diri ke belukar berhampiran namun tidak berdaya kerana kesakitan.
Lelaki berumur 27 tahun itu berkata dia bertindak demikian kerana takut ditahan memandangkan pasport miliknya sudah tamat tempoh pada Disember tahun lepas.
"Saya masuk ke Malaysia sejak tiga tahun lepas dan pasport sudah tamat tempoh sejak Disember tahun lalu. Disebabkan itu, saya takut dan melarikan diri," katanya yang merupakan antara 175 individu ditahan imigresen setelah melakukan pemeriksaan ke atas 134 unit kediaman di enam blok di kawasan itu.
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud yang menyertai operasi itu berkata pihaknya telah memeriksa 425 warga asing dan semua yang ditahan itu berumur lingkungan dua hingga 55 tahun terdiri daripada 132 lelaki dan 41 wanita serta masing-masing seorang kanak-kanak lelaki dan perempuan warga asing.
"Daripada jumlah itu, warga Myanmar paling ramai ditahan dengan 115 orang, Indonesia (33), Nepal (9), Sri Lanka (4), Bangladesh (13) dan India (1)," katanya kepada pemberita pada sidang media selepas operasi tersebut.
Khairul Dzaimee berkata antara mereka ditahan itu didapati bekerja sebagai tukang cuci, pekerja restoran dan kilang serta beberapa premis di sekitar kawasan terbabit.
"Tahanan juga melibatkan individu pencari suaka dari Myanmar (etnik Shan) yang mempunyai surat kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) serta sudah mempunyai keluarga di sini," katanya.
Selain itu, Khairul Dzaimee berkata turut operasi itu menemukan sebuah unit keidaman yang dijadikan pusat judi dalam talian, namun suspek sempat melarikan diri melalui tingkap yang telah diumpil.
"Terdapat kira-kira 20 komputer riba ditemui di dalam unit itu manakala terdapat kamera litar tertutup (CCTV) dipasang di luar pintu masuk dikawal dari jauh bagi memantau pergerakan keluar masuk," katanya.
Beliau berkata kebanyakan individu warga Indonesia ditahan didapati memasuki negara ini melalui perairan Johor manakala individu dari Myanmar pula masuk menerusi jalan darat di sempadan Kedah.
Katanya warga asing itu didapati melakukan kesalahan tidak mempunyai dokumen, pas lawatan sosial tamat tempoh serta tamat permit kerja dan mereka kemudiannya dibawa ke Depot Tahanan Imigresen Semenyih untuk siasatan lanjut mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 09 2022

Sebahagian warga asing yang ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia dalam operasi bersepadu di kawasan Kompleks Hentian Kajang. - Foto BERNAMA

Usaha basmi miskin tegar akan dilipat ganda, lebih agresif - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
AWANI 7:45 [22/2/2025] – Perlu Tambah Baik | Tingkat Keselamatan OKU | Taktik Unik | Ajal Di Padang Bola Sepak
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.

Pihak berkuasa, pengurusan masjid diseru ambil tindakan proaktif jaga keselamatan jemaah
Pihak berkuasa dan pengurusan masjid perlu segera mengambil tindakan proaktif bagi menjaga keselamatan jemaah, terutama kanak-kanak.
Agenda AWANI Asia: Pembangunan AI untuk kebaikan manusia
Sejauh mana pembangunan teknologi AI seperti ChatGPT, DeepSeek dan terkini Grok-3 membantu kehidupan manusia dan memacu perkembangan industri?
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.

Thailand tegas banteras sindiket penipuan pusat panggilan dengan kerjasama serantau
Kerajaan Thailand kini memperkukuh kerjasama dengan negara jiran bagi menghapuskan operasi sindiket penipuan pusat panggilan rentas sempadan yang mengeksploitasi kelemahan sistem sedia ada.

ATC 2025: Nurul Izzah Izzati pecah rekod kebangsaan, mara ke separuh akhir
Nurul Izzah Izzati mencipta rekod kebangsaan baharu acara pecut individu pada pusingan kelayakan Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ATC) 2025.

Kes Bukit Cerakah: Peka akan failkan prosiding hina mahkamah terhadap kontraktor
Dua badan bukan kerajaan mengenai alam sekitar iaitu Khazanah Alam Malaysia (Peka) dan Shah Alam Community Forest Society (SACF) akan memfailkan prosiding menghina mahkamah terhadap pemaju

PKBM lega, pakej PEMULIH berita gembira buat semua kontraktor
Menurut Presidennya, Datuk Azman Yusoff, tiga perkara yang diumumkan Perdana Menteri melegakan usahawan kontraktor di negara ini.

Kontraktor ingkar SOP MKN boleh dibatalkan pendaftaran - CIDB
Kontraktor yang didapati ingkar Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi mencegah penularan COVID-19 boleh diambil tindakan termasuk dibatalkan pendaftaran.

JKKP dalam peringkat akhir wajibkan Garis Panduan OSH di Industri Pembinaan
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (JKKP) dalam peringkat akhir kajian bagi mewajibkan Garis Panduan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) di Industri Pembinaan (Pengurusan)2017

Nak ubahsuai rumah? Tuan rumah berhak minta kontraktor jalani ujian saringan
Setakat ini kerajaan hanya mewajibkan kontraktor warga asing sahaja menjalani ujian saringan bagi mengawal penularan COVID-19.

PKBM cadang saringan kesihatan kontraktor dibuat oleh konsortium diluluskan KKM
Persatuan Kontraktor Bumiputera Malaysia (PKBM) menyambut baik keputusan kerajaan membenarkan Kontraktor kelas G1 dan G2 menyambung semula kerja pengubah suaian rumah

PKP: Kontraktor G1 dan G2 boleh beroperasi, sambung kerja ubah suai rumah pelanggan
Menteri Kanan (Infrastruktur), Datuk Seri Fadillah Yusof berkata kontraktor tersebut perlu terlebih dahulu membuat permohonan untuk kebenaran beroperasi daripada MITI.

Kerajaan percepat pelaksanaan projek skala kecil - Tengku Zafrul
Kerajaan akan mempercepatkan penyediaan dokumentasi projek dan proses cabut undi dalam talian terutama bagi projek berskala kecil yang terkesan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.