IPOH: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak mengeluarkan 706 notis saman kerana pelbagai kesalahan sepanjang lapan hari Op Lejang yang dijalankan sejak 1 Ogos lalu.
Di samping itu, Timbalan Pengarah JPJ Perak Ab Aziz Awang Teh berkata, pihaknya turut menyita 17 buah motosikal sepanjang tempoh sama.
Menurutnya, operasi sehingga 30 September depan itu bertujuan membanteras kegiatan lumba haram dan menunggang secara merbahaya yang menjadi punca kemalangan dan kes kematian.
“JPJ Perak ingin memberi nasihat kepada pemilik dan penunggang motosikal supaya mengelak daripada terlibat dengan sebarang kegiatan lumba haram dan menunggang motosikal secara merbahaya.
“Apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh pemandu, seperti tiada cukai jalan atau lesen memandu, kita juga akan mengeluarkan saman kepada pemilik kenderaan.
“Perlu ambil perhatian, saman juga akan dikeluarkan kepada pemilik kenderaan. Jadi, dua-dua pihak akan dikenakan saman,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat JPJ Perak di sini, hari ini.
Menurutnya, sepanjang tempoh operasi, sebanyak 661 buah motosikal diperiksa dan jumlah notis saman tertinggi yang dikeluarkan sehari ialah 312.
Katanya, antara kesalahan yang dilakukan ialah tiada lesen memandu, cukai jalan tamat tempoh, tiada perlindungan insuran, mengubah suai motosikal dan tiada nombor pendaftaran atau tidak mengikut spesifikasi.
Pada awal pagi 17 Julai lalu, kemalangan melibatkan beberapa buah motosikal dan dua buah kereta mengakibatkan empat maut di Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu, Pulau Pinang, dipercayai akibat kegiatan lumba haram.
Abd Razak Mohd Ali
Mon Aug 08 2022

Ab Aziz (kanan) menunjukkan 17 motosikal yang disita sepanjang lapan hari operasi, yang melibatkan sebanyak 661 motosikal diperiksa, di Ibu Pejabat JPJ Perak, Ipoh, hari ini. - Foto Astro AWANI
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.
[TERKINI] 23 individu termasuk 7 polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, pada Sabtu malam.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 23 Februari 2025.

JPJ Perak keluarkan 10,568 saman dalam operasi khas motosikal
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak mengeluarkan 10,568 notis saman dalam Operasi Khas Motosikal 2023 bermula awal bulan ini.

Lori ditahan, bawa muatan lebih 30 bungkus daun ketum
Pemandu tiada lesen memandu, manakala, nombor casis dan enjin kenderaan itu disyaki palsu.

Op Lejang: JPJ Perak keluar 706 saman, sita 17 motosikal
Operasi bertujuan membanteras kegiatan lumba haram dan menunggang secara merbahaya yang menjadi punca kemalangan dan kematian

JPJ Perak kutip RM3.4 juta bidaan nombor pendaftaran ALL
JPJ Perak mengutip hasil bidaan lebih RM3.4 juta bagi siri nombor pendaftaran ALL selama lima hari bermula Khamis lepas sehingga semalam.

740 bida nombor pendaftaran kenderaan siri 'ALL' pada hari pertama
Kutipan bidaan tempahan bagi nombor pendaftaran siri itu melalui Sistem JPJeBid yang dibuka selama lima hari itu hampir mencecah sasaran pada hari pertama iaitu melebihi RM900,000.

JPJeBid Perak buka bidaan nombor plat ALL Khamis ini
Proses bidaan dalam talian itu pertama kali diperkenalkan di negeri ini dan dibuka selama lima hari bermula Khamis ini pada jam 12 tengah malam hingga 23 September depan jam 11.59 malam.