IPOH: Seramai lapan pengusaha kedai makan dan restoran di Perak dikompaun kerana melanggar Akta Timbang dan Sukat (ATS) 1972 dan Akta Kawalan Harga Dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011 dalam Op Menu yang dijalankan sejak 6 Nov hingga 3 Dis.
Ketua Pegawai Penguatkuasa, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Perak, Dottie Azlina Ismail berkata, lima daripada mereka dikompaun di bawah ATS 1972 dan tiga lagi di bawah AKHAP 2011 dengan nilai keseluruhan RM2,200.
Menurutnya, sepanjang tempoh operasi itu, pihaknya telah melakukan 287 pemeriksaan.
“Op Menu memberi tumpuan kepada restoran dengan memeriksa tanda harga yang dipamerkan adakah sama dengan makanan yang dijual.
"Juga, pemeriksaan ke atas restoran yang menggunakan alat timbang bagi menentukan harga setiap makanan yang dibeli terutama makanan yang berasaskan hasil laut,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Dottie Azlina berkata, pemeriksaan itu adalah selaras dengan langkah proaktif KPDNHEP dalam mempertingkatkan aktiviti penguatkuasaan ke atas pengusaha kedai makan dan restoran.
Ia bagi memastikan mereka mengamalkan budaya perniagaan yang beretika, adil dan tidak mengelirukan atau memperdayakan pengguna.
Menurutnya, dalam Op Menu yang dijalankan di Lembah Kuala Kangsar semalam, pihaknya telah mengambil tiga tindakan, masing-masing dua kes di bawah ATS 1972 dan satu di bawah AKHAP 2011.
Katanya, seramai 19 anggota penguat kuasa dari Ipoh, Kuala Kangsar dan Gerik telah melakukan pemeriksaan ke atas pengusaha kedai makan, restoran dan trak makanan.
“KPDNHEP akan bertindak tegas dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana peniaga yang melanggar undang-undang yang dikuatkuasakan kerana amaran dan peringatan telah diberikan sebelum ini untuk tidak mengaut keuntungan yang tidak munasabah,” tegasnya.
Kata Dottie Azlina, selain menumpukan usaha menangani isu kenaikan harga sayuran, ayam, telur dan hasil laut, KPDNHEP Perak juga meningkatkan pemeriksaan ke atas pengusaha kedai makan dan restoran.
Abd Razak Mohd Ali
Fri Dec 03 2021

Seramai 19 anggota penguat kuasa dari Ipoh, Kuala Kangsar dan Gerik melakukan pemeriksaan ke atas pengusaha kedai makan, restoran dan trak makanan dalam Op Menu yang dijalankan bermula 6 Nov lalu. - Foto KPDNHEP

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Op Penyamaran: Gagal patuhi lampu isyarat kesalahan paling tinggi
Jabatan Pengangkutan Jalan Selangor mengeluarkan 298 notis membabitkan pelbagai kesalahan lalu lintas menerusi Op Penyamaran sempena Op Tahun Baharu Cina 2025 dalam tempoh 20 Jan lepas hingga semalam.

75 kes dengan kompaun RM8,600 dikesan sepanjang SHMMP Krismas - KPDN
Kesalahan itu dikesan menerusi 2,748 pemeriksaan yang dijalankan terhadap premis runcit, borong dan pengeluar di seluruh negara.

'Saya dah bayar kompaun kesalahan merokok' - Tok Mat
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan mengesahkan telah menjelaskan kompaun kesalahan merokok yang dikenakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terhadapnya baru-baru ini.

Tidak patuh PPKHT 2004: JKNPP keluar 7,839 notis, kompaun lebih RM1 juta
Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) mengeluarkan 7,839 notis kehadiran ke mahkamah membabitkan tawaran kompaun bernilai RM1.11 juta.

KKM keluarkan RM24.5 juta kompaun merokok di tempat larangan
Angka berkenaan meningkat berbanding bilangan notis dikeluarkan sepanjang tahun lepas iaitu 96,127 dengan nilai kompaun RM24 juta.

Tujuh pemilik tanah di Kelantan dikompaun kerana pembakaran terbuka
Kesemua mereka dikompaun RM2,000 setiap seorang menjadikan jumlah keseluruhan kompaun sebanyak RM14,000.

Kompaun RM4.4 juta dikeluarkan kepada 12 syarikat berkaitan GISB - Armizan
KPDN telah mengenakan kompaun berjumlah RM4.4 juta terhadap 12 syarikat yang berkaitan dengan GISB baru-baru ini.

Kompaun RM1,000 jika buang puntung rokok di pantai
Kesedaran awam masih rendah dan ada yang membuang putung rokok di merata tempat.

Pemandu gagal selenggara kenderaan keluarkan asap hitam dikompaun
Ops bersepadu ini akan terus dijalankan oleh JAS di seluruh daerah bagi memastikan kualiti udara di negeri ini terpelihara.

DBKL laksana kadar kompaun baharu bagi kesalahan trafik mulai 1 Julai
Kadar kompaun kategori motosikal adalah sebanyak RM30 bagi tempoh bayaran satu hingga 15 hari, RM50 (16 hingga 30 hari) dan RM80 (31 hingga 60 hari).