MELAKA: Sebanyak 17 individu termasuk lapan remaja ditahan kerana menganjurkan parti persendirian dalam serbuan menerusi Op Noda di dua unit kondominium di Jalan Persisiran Bunga Raya di sini, malam tadi.
Ketua Polis Jabatan Siasatan Jenayah Melaka ACP Mohd Sukri Kaman berkata dalam serbuan pada kira-kira 11 malam itu, kesemua tahanan terdiri daripada 15 lelaki dan dua wanita itu berusia 17 hingga 35 tahun.
Beliau berkata kedua-dua unit kondominum berkenaan diserbu pegawai dan anggota dari Cawangan Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat Jabatan Siasatan Jenayah ibu pejabat Polis Melaka hasil maklumat awam.
"Masing-masing sembilan dan lapan individu ditahan di dalam unit kondominium berlainan ketika sedang berdisko dan minum minuman keras.
"Ketika serbuan dilakukan, parti berkenaan dipercayai baru bermula pada kira-kira 9 malam dan setiap unit kondominum itu disewa pada kadar RM450 semalam," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata saringan air kencing ke atas semua individu yang ditahan mendapati seorang daripada mereka iaitu remaja berusia 19 tahun dikesan positif dadah jenis methamphetamine.
Katanya kes disiasat di bawah Seksyen 6 Enakmen Hiburan Negeri Melaka dan Seksyen 15 (1) Akta Dadah Merbahaya 1952 dan semua individu terlibat yang tinggal di Melaka dilepaskan dengan jaminan polis.
Mohd Sukri berkata kesemua individu terlibat juga dikompaun sebanyak RM51,000 kerana melanggar prosedur operasi standard COVID-19 di bawah Peraturan 16 PU(A) 293 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) Pelan Pemulihan Negara (PPN) 2021.
Dalam pada itu, beliau berkata Polis Melaka sentiasa memantau sebarang aktiviti 'private party' dan tidak bermoral yang diadakan secara haram di negeri itu dan tindakan tegas akan diambil ke atas individu yang terlibat.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 11 2021

Mohs Sukri berkata dalam serbuan pada kira-kira 11 malam itu, kesemua tahanan terdiri daripada 15 lelaki dan dua wanita itu berusia 17 hingga 35 tahun. - Gambar fail/Astro AWANI

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Op Noda: 17 termasuk lapan remaja ditahan sedang berparti
Sebanyak 17 individu termasuk lapan remaja ditahan kerana menganjurkan parti persendirian dalam serbuan menerusi Op Noda di Melaka malam tadi.

Op Noda: 26 individu diberkas, sindiket persundalan ditumpaskan polis
Dalam operasi itu, premis yang diserbu dan diperiksa melibatkan dua buah hotel bajet, tiga rumah apartmen, sebuah rumah kediaman dan rumah kedai.

20 individu ditahan terbabit aktiviti pelacuran di daerah Sentul
Serbuan dilakukan bermula 2.03 pagi di beberapa premis yang disyaki menjadi sarang pelacuran.

31 pelacur warga asing, 13 anggota sindiket dicekup di Johor
Aktiviti persundalan yang beroperasi 24 jam sehari itu menawarkan bayaran antara RM190 hingga RM650 bergantung kepada pakej ditawarkan.