MELAKA: Sebanyak 252 pengguna jalan raya dikesan memotong barisan daripada keseluruhan 556 orang yang diambil tindakan atas pelbagai kesalahan lalu lintas dalam Op Rentas Sempadan Zon Selatan yang dilaksanakan selama tiga hari bermula Selasa lepas.
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka Muhammad Firdaus Shariff berkata kesalahan memotong barisan merupakan yang tertinggi direkodkan sepanjang operasi itu dan banyak dikesan dilakukan di Cheng Heights, Bertam Malim dan Padang Keladi.
"Antara alasan pengguna jalan raya yang memotong barisan ialah hendak cepat dan tidak mahu menunggu giliran namun kita tidak berkompromi dengan alasan diberikan.
"Lorong kecemasan hanya boleh digunakan kenderaan yang dibenarkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 antaranya ambulans, kereta polis serta JPJ selain mereka yang menjalankan tugas," katanya pada sidang akhbar Op Rentas Sempadan Zon Selatan Siri Dua Tahun 2022 di sini hari ini.
Turut hadir Pengarah JPJ Negeri Sembilan Hanif Yusabra Yusuf dan Pengarah JPJ Johor Azmil Zainal Adnan.
Muhammad Firdaus berkata memotong barisan boleh dikenakan tindakan mengikut APJ 1987 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM2,000 dan boleh dipenjara tidak lebih enam bulan.
Beliau berkata sepanjang operasi itu juga, sebanyak 956 kenderaan diperiksa dan 662 kenderaan diambil tindakan atas pelbagai kesalahan termasuk mengubah suai kenderaan, cermin gelap dan tayar tidak mengikut spesifikasi ditetapkan.
Katanya selain itu, empat lelaki warga asing berusia antara 30-an hingga 40-an turut ditahan kerana tidak memiliki lesen memandu.
Muhammad Firdaus berkata Op Rentas Sempadan berkenaan merupakan kerjasama antara JPJ Melaka, Johor dan Negeri Sembilan yang membabitkan 95 pegawai penguat kuasa termasuk 71 daripada JPJ Melaka.
"Operasi ini bertujuan memastikan keselamatan dan pematuhan pengguna jalan raya terhadap peraturan lalu lintas yang ditetapkan di bawah APJ 1987, Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 dan Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor 1957.
"Sembilan kesalahan utama yang diberi fokus dalam operasi ini antaranya memotong barisan, tidak mematuhi isyarat lampu merah, tidak memakai tali pinggang atau topi keledar dan membawa lebih muatan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 29 2022

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka, Muhammad Firdaus Shariff (kanan) memeriksa kenderaan dalam Op Rentas Sempadan yang dilaksanakan bersama JPJ Negeri Sembilan dan Johor hari ini. - Foto BERNAMA

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.

Op Rentas Sempadan JPJ: 252 pengguna jalan raya dikesan potong barisan
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka Muhammad Firdaus Shariff berkata kesalahan memotong barisan merupakan yang tertinggi direkodkan sepanjang operasi itu.